"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

28 Februari 2007

Kempunan

Kampung Kasipillay. 1978.

Satu hari. Aku teringin sangat. Nak makan chocolate wafer. Trebor. Paket warna oren. Bukanlah mahal sangat. Satu paket dua puluh sen. Masa tu.

Tapi, mak bukannya orang berduit. Jadi, dia tak belikanlah...

Nak jadikan cerita. Aku balik sekolah petang tu. Semasa turun dari bas LEN nombor 93. Ada satu motosikal laju. Datang dari sebelah kiri bas dan rempuh aku. Aku nampak bumi kat atas. Aku nampak langit kat bawah. Aku dengar orang dalam bas pekik, "WO!!!" Sedar sedar, aku dah tergolek 'dog'. Kemudian, aku nampak motosikal tu 'cabut lari'!

Aku ok. Tapi, peha kiri aku ada kesan bunga tayar motosikal. Kemudian, ada 'brother' hantar aku pergi klinik. Doktor kata tak patah. Tapi, lebam tu - lamaaaaaa baru hilang!

"Kena langgar sebab kempunan ni!" Mak beritahu bibi sebelah rumah sewa kami. Bibi angguk-angguk kepala. Bibi tanya aku nak makan capati tak. Aku geleng-geleng kepala. (Aku nak Trebor *sob*)

Malam tu. Mak belikan aku chocolate wafer. Tapi, bukan Trebor. Cap Cina! Paket kertas timah warna merah. Bukanlah mahal sangat. Satu paket sepuluh sen. Masa tu.

"Lain kali, kalau teringin nak makan apa-apa... tapi tak dapat makan lagi - jilat tapak tangan dulu. Supaya tak kempunan!" Pesan mak.

"Ooo...." Aku kata. Aku simpan tekad dalam hati, "Apabila aku besar nanti, dah kerja, aku nak beli chocolate wafer Trebor banyak-banyak!"

25 Februari 2007

Batu karang di pusat bandar Bikini Bottom

Kawan aku. Adam Malek. Dulu, kami satu dorm. Kami panggil dia 'Minang'. Sebab, dia satu-satunya dude berketurunan Minang di kalangan kami.

Hari itu. Minang masuk hospital. Kerana disyaki mengidap sakit batu karang.

"Tak tahulah. Doktor kena scan dulu. Nak tentukan jantina batu karang tu lelaki atau perempuan, agaknya!" Minang beritahu.

Aku tergelak.

KOMA

Tadi. Aku tidur tengah hari. Dan. Aku bermimpi.

"Lihat SpongeBob, saya ada batu karanggg!!!!"

"Patrick, awak mana ada batu karanggg!!!! Encik Minang adalahhh...."

Plop!

Aku terjaga.

22 Februari 2007

Selepas waktu pejabat yang pre.oc.cu.pied

Apabila aku membaca buku, Nordeen akan memperlahankan bunyi lagu.

“Kenapa?”
“Takut mengganggu.”
“Tak apa. Otak aku ada dua. Satu untuk membaca. Satu lagi untuk mendengar lagu.”
“Macam otak Kyle XY?”
“Tak. Macam otak SpongeBob.”

Ekekekekekeke... Kami mengekek.

Seketika kemudian. Nordeen mendengar lagu. Aku membaca buku. Kuben? Kuben mendengkut tidur. Adakalanya, dengkut itu seakan-akan bunyi deruan ombak yang menghempas ke pantai. Fssh! Fsssh! Fssssssh!

Fssh… KruuuuuUOooook ook ook! Fsssh! Fssssssh!

“Bunyi apa pula tu?”
“Oh! Itu bunyi encik Crab. Dia terlanggar batu karang, barangkali.”

Ekekekekekeke... Kami mengekek.

17 Februari 2007

Selamat Tahun Babi

Tahun harimaulah best, sebab harimau mempunyai penglihatan yang monocular, semua haiwan di bawah label monocular adalah pemangsa, aummmm, harimau boleh makan kambing, kata Emily, yang lahir pada tahun harimau.

Tahun ayamlah best, sebab ayam mempunyai penglihatan yang stereoscopic, kiri boleh tengok kanan pun boleh tengok, lagipun, Emily memang suka makan ayamkan, kata Muhammad, yang lahir pada tahun ayam.

Aku fikir-fikir juga, kambing tu di bawah label apa… monocular atau stereoscopic?

Hah! Tahun kambing pun best juga, sebab kambing bukan saja ada penglihatan yang stereoscopic, malahan ia mempunyai tanduk dan janggut, kata aku, yang lahir pada tahun kambing.

Haiya! Sumuah taun binatang pun ada ‘ong’ ooo, tapi aaa, ini taun ala lain sikit aaa, ini taun ada ‘oing! oing!’ ha ha ha, kata nyonya, jiran depan rumah, yang lahir pada tahun naga, aku rasa.

Rakyat Malaysia kini memiliki tahap keselesaan dan kebahagian keluarga yang tinggi. Menurut satu kajian yang dijalankan mendapati, indeks keselesaan dan kebahagian keluarga yang dicapai oleh rakyat negara ini ialah 8.2 daripada skala tertinggi 10. Lebih menarik lagi, kajian yang sama juga menunjukkan, indeks budi bahasa rakyat negara ini adalah 7.2 daripada skala tertinggi 10. Kata Abdullah yang satu lagi.

Ha ha. Selamat Tahun Babi, Pak Lah! We lurves ya! Ha ha haiii.

15 Februari 2007

Ketika impian dikatakan igauan

Dulu. Aku suka lukis kartun. Jadi, impian abah ialah untuk hantar aku ke sekolah seni lukis. Tapi, berlain dengan emak. Impian mak ialah untuk hantar aku ke sekolah perubatan. Dan, jauh dalam lubuk hati: Aku nak jadi sol-jah!

"Besar nanti nak jadi apa?" Pakcik Jamal Kerdil tanya.

"Nak jadi doktor!" Aku jawab.

"Nak jadi doktor apa?" Pakcik Jamal Kerdil tanya. Lagi.

"Nak jadi doktor orang beranak!" Aku jawab. Lagi.

"Kalau makan nasi... suka makan lauk apa?" Pakcik Jamal Kerdil tanya. Lagi. Dan lagi.

"Tauge!" Aku jawab. Lagi. Dan lagi.

"Ha ha ha. Doktor taugelah ni!!!" Pakcik Jamal Kerdil ketawakan aku.

Sejak hari itu, aku tidak mahu bercita-cita untuk jadi doktor. Dan, aku tidak suka makan tauge lagi.

Tapi. Hari ini, aku tengok tivi. Dalam itu tivi ada Hannah T. Tiba-tiba, rasa kesal menderas bak sekawan lebah. Kenapalah aku tak teruskan impian mak: supaya anaknya ini jadi seorang doktor (sakit puan).... Well, manalah tahu kalau-kalau... aaa... kalau-kalau... manalah tahu....

Ermmm, alahai!

13 Februari 2007

Cinta yang ini

Ayako tinggal di Sydney, Australia. Cintanya dengan seorang lelaki New Zealand terkandas di pertengahan jalan. Untuk merawat hatinya yang walang – dia mengunjungi kami di Malaysia. Minum teh o dan makan karipap. Ha ha.

Kata Ghafaru sensei, “Tidak perlu untuk bersedih terlalu lama. Satu jam sudah mencukupi. Kemudian, cepat-cepat beritahu kami – kami sedia untuk menjadi penganti.”

Tambah Ghafaru sensei lagi, “Tapi, panggillah aku ‘abang’! Jangan panggil aku ‘sensei’, kerana sensei dan gakusei tak molek bercinta! Ha ha.”

Aku sedikit tersedak. Dan, beberapa butir kiub kentang yang menjadi inti karipap tersembur keluar dari mulut. Ayako? Ayako ketawakan sahaja.

Kata aku pula, “Lelaki Jepun sudah. Lelaki Melayu sudah. Lelaki New Zealand pun sudah. Ayako, kau tak nak cuba bercinta dengan lelaki Maori pula ke?”

Ayako sedikit tersedak. Dan, beberapa butir kiub kentang yang menjadi inti karipap tersembur keluar dari mulut. Aku? Aku ketawakan sahaja.

Image Hosted by ImageShack.us
Ayoko Maki. Sedikit gemuk, tapi masih cantik seperti dulu.

10 Februari 2007

The Marine: satu DVD cetak rompak

Kehidupan ini sungguh menyeronokkan (bagi mereka yang tahu).

Hari ini. Ada seorang kawan. Yang bersungguh-sungguh mahu berseronok. La la la la…

Kadang-kadang. Kalau difikirkan. Bukanlah susah sangat. Untuk mencari sebuah keseronokan dalam sebuah kehidupan. - Dengan membaca sarikata filem, misalnya.

“Hai bayi!”

“Ermmm… bagaimana kau buat.”

“Ah! Hidup menyedutkan!”

Sambil membaca, kau akan ketawa dan berseronok. Ha ha.

Hidup ini macam warna-warna pelangi. Pelangi ada tujuh warna. Pada sela-sela setiap warna sekunder itu ada pula warna-warna tertiar. Dan, dalam hidup, kau tak boleh tertumpu hanya pada satu-satu warna sahaja. - Warna merah jambu, misalnya.

“Lebih baik kamu tergesa-gesa, satu buah lautan!”

Ha ha.

08 Februari 2007

Khamis malam yang disiarkan secara langsung

Ayako bertamu di KL city. Di Australia cintanya putus lagi. Esok lusa akan pulang ke Sydney. Aku kata, soredewa matane.

Kemudian. Aku bertemu Ayis di KL city. Kami mabuk ice espresso lagi. Nikotina menyelinap di serata sendi. Aku kata, soredewa matane.

Kemudian. Aku berlibur di kedai CD. Album Meor (adik kepada Sohaimi Meor Hassan) tidak jadi aku beli. Aku kata, next time maybe.

Kemudian. Aku berteleku di depan tivi. Thursday Nite Live with Harith Iskandary. Asmadi Rasim (busker dari Lenggong, Perak) nyanyi I Want to Read. Aku kata, bagus sungguh mamat ni!

"Kenapa tulis lagu ni?"

"Sebab tak ada orang tulis lagu pasal minat membaca!"

Kemudian. Aku terima SMS dari Nordeen. Muka Kyle XY cute gileee... macam Sinaganaga, kata Awie. Serious shit!

Ha ha. Aku rasa, mabuk aku dah completed. Oyasuminasai.

Zzzz...

05 Februari 2007

Ratu prepaid

Dulu. Kalau abah dan mak kena pergi dancing party di mess – mak kena telefon maklong di Pasir Besar, Gemas. Suruh maklong datang naik teksi ke Kuantan; jaga aku. Masa tu, industri pembantu rumah belum wujud lagi. Ha ha.

Mak guna telefon awam yang terletak di bawah berek kami. Mak angkat ganggang. Mak tekan butang A (tombol warna merah) dan dail angka kosong. Mak beritahu operator, “Hello hello! Kak Teh nak buat panggilan jauh, ya!” Ya ya, operator tu bukan kenal mak pun…. tapi, mak lebih selesa membahasakan dirinya ‘Kak Teh’. Nama mak, Puteh. Puteh bte Ali. Ha ha.

Kemudian, operator put mak on hold. Lamaaaaaaaaaaaaaaaaa baru operator suruh mak masukan duit syiling dan suruh mak tekan butang B (tombol warna hitam).

Sekarang. Mak dah tak guna telefon awam lagi. Mak dah ada telefon bersel. Fuyooo!

Trut trut truuuuut!

“Hello! Ini mak, ni!”

“Aik! Nombor baru lagi?”

“Kredit dah habis! Jadi, mak belilah yang lain!”

“Alahai! Kalau kredit dah habis – mak boleh beli top up saja! Tak payah beli nombor baru deh! Mak pergi kat Cina tu, mak cuma kata, boy, gua mau beli top up, hah!”

“Oooo! Macam tu ke… Kalau nak beli top up tu, empunya telefon kena pergi beli sendiri ek?”

“Ho’ lah!”

Syyyt! Kau jangan beritahu mak ya... yang aku pun boleh top upkan kredit telefon bersel mak tu.

Ha ha.

02 Februari 2007

Thursday Nite Live wi' pakcik Sami

Semalam hari Thaipusam. Pakcik Sami ada dalam tivi. Biskut lemak yang aku sedang kunyah hampir tersembur keluar. Aku tekup mulut kuat-kuat. Buf buf... buf!

"Itu lima ringgit untuk bayar sembahyanglah! ...Tuhan pun kita mahu marah ke?" Kata pakcik Sami.

Aku perasan, kening gergasi yang berwarna kuning keemasan itu terjongket sedikit.

01 Februari 2007

ANUgerah Filem Pendek 2007: ARCA (kategori khidmat awam)

Image Hosted by ImageShack.us

"Siapa kata enche telah membeli sebuah rumah?" Kata encik Mat Khir.

"Habis tu... apa yang saya beli sebenarnya ni, encik?" Tanya lelaki itu. Yang perutnya sedikit gendut kerana tidak berkesempatan untuk bersenam. Tak ada masa. Sibuk. Dia bekerja siang dan malam untuk mencari sesuap makan.

"Ooo, enche telah membeli sebuah arca! Uuu, karya seni ni, enche! Mahal harganya! Tak ramai yang dapat memilikinya tau! Emmm, satu pelaburan yang bijak!" Jawab encik Mat Khir.

"Oh! Iye ke... Bertuahnya saya, ya!" Kata lelaki itu. Yang perutnya sedikit gendut kerana tidak berkesempatan untuk bersenam. Tak ada masa. Sibuk. Dia bekerja siang dan malam untuk mencari sesuap makan.

Satu hari. Di radio Panas FM. Encik Mat Khir telah mendapat kiriman lagu dan ucapan dari seorang 'enche'. "Lagu ini saya tujukan kepada encik Mat Khir dengan ucapan..., Selamat Setinggan Sifar, Selamat Selangor Maju, Selamat Hari Wilayah, dan, Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-50 Malaysia Merdeka. Kenang daku dalam doamu!"