"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

29 Julai 2005

Kawan aku Puteri UMNO

Hari ini. Kawan aku. Apachie. Berbaju Melayu. Warna pink. Sedondon. Tanpa sampin. Dan. Songkok.

"Oit, puteri umno!" Aku.

Dia? Ya ya. Dia balik (ke) rumah. Tukar baju. Alahai!

NOTA KAKI BANGKU: Pink, tak semestinya puteri umno.

26 Julai 2005

Mencari Cinta (bukan TV realiti)

Gunung itu. Seperti selalu-selalunya. Bungkam. Buram. Sesekali. Semilir menyapa. Parasnya yang penuh. Dingin. Bagaikan terasa. Sehingga tulang-temulang. Berkelubung pun tidak membantu. Terketar tangan. Yang memetik. Strawberi. Liar meranum.

"Ya. Akan kutawan gunung itu..." Getus hati. Sambil mata menikam. Meninggalkan kesan. Pada cerun-cerum. Gunung. Buram bungkam.

"Oit! Boleh makan ke strawberi ni?" Not. Mengusik-gusik. Strawberi. Dengan hujung lidah.

Nelly. Gadis. Di meja pendaftaran. Itu pun. Meranum liar. Seperti strawberi. Juga. Tak terpetik tangan. Terketar. Berkelubung pun tidak membantu.

"Encik!" Nelly.

"Opocot!!! Panggil saya ke?" Aku.

"Ya! Bilik untuk kumpulan ekpedisi encik di St. John's Peak Lodge ya!" Nelly.

Ketika mengambil anak kunci. Jari kami bersentuhan. Tak sengaja. Sungguh! Cepat-cepat. Nelly menarik tangannya. Jatuh ke riba.

"Oh, maaf ya encik!" Nelly.

"Tak apa! Tak apa!! Awak tak sengajakan?" Aku.

Dan Not. Zali. Arshad. Ghani. Aku pun. Berfantasi macam-macam. Tentang gunung. Ya, tentang gunung-gunung. Di Mesilau.

COMMA

Rimau. Ke Kundasang. Tak jauh. Dari Mesilau. Nelly masih. Di meja pendaftaran. Sayang Rimau tak sempat. Singgah ke sana. Alahai!

25 Julai 2005

Aku tak dapat...

Tik!

Tik!

Tik!

"Ya?" Boss aku. Yang macam. Darth Vader. Itu.

"Errrr..." Aku.

"Ya?? Nak apa?" Boss aku.

"Aaaa! Nak pinjam PA, boleh?" Aku.

"Tak boleh! Kau kuli. Kuli tak boleh ada PA!" Boss aku. Yang macam. Darth Vader. Itu.

22 Julai 2005

Aku akan dapat apa?

Lah menyeru. Agar. Diperkasakan bangsa nombor satu. Ini. Dan. Kawan-kawan Lah. Cepat-cepat menjadi. Seperti 'echo'. Mengulang-ulang. Seruan Lah. Dengan 'decibel' yang lebih tinggi lagi. Sambil ada yang mengacah-ngacah penumbuk. Ke langit.

"Ya ya. Perkasakan bangsa nombor satu!!!!! Ya ya." Kawan-kawan Lah.

Tetapi...

Apakah. Kerana boss aku. Dapat PA. Kau pun mahu. PA. Juga?

Apakah. Kerana boss aku. Dapat banyak PA. Cantik. Kau pun mahu. Boss aku agih-agihkan PA. Cantik. Boss aku. Kepada kau kau. Juga?

Apakah nanti. Apabila kau kau kau. Dan. Boss aku. Dapat banyak PA. Cantik cantik. Harga kereta. Yang aku dan 'kawan-kawan yang kita suka' mahu miliki. Akan jadi. Jauh lebih murah. Juga?

Sebab itu kan. Kau kau kau. Mahu. Nama boss aku. Terpampang. Di dada akhbar. Agar orang banyak. Tahu. Yang boss aku. Ada banyak PA. Cantik-cantik? Supaya orang banyak boleh desak. Boss aku. Agih-agihkan. PA cantiknya. Kepada kau kau kau kau? Ya? Ya??

So, aku akan dapat apa?

Bukankah. Boss aku itu. Bangsa nombor satu juga? Bukankah kau kau kau kau kau. Bangsa nombor satu juga? Bukankah aku. Bangsa nombor satu juga? Bukankah 'kawan-kawan yang kita suka' itu pun. Bangsa nombor satu juga?

So, aku akan dapat apa??? 'Kawan-kawan yang kita suka' akan dapat apa????

Bukankah. Disebabkan boss aku. Dapat banyak PA. Cantik-cantik. Maka. Anak-anak bangsa nombor satu. Dapat cari sesuap makan. Dan. Dapat pegang jawatan tinggi. Di kilang-kilang kereta. Milik boss aku?

Bukankah. Ini memperkasakan. Bangsa nombor satu. Juga. Namanya?

Kalau kau kau kau kau kau kau. Dapat banyak PA. Cantik-cantik. Nanti. Bolehkah kau. Yakinkan aku. Yang kau. Tak akan berikan. PA kau. Kepada Encik Baba?

Tik!

Tik!

Tik!

"Yes boss!" Aku.

"Psst, labu! Kau salah eja lagi!!" Boss aku.

"Oh! Iya ke boss?" Aku.

21 Julai 2005

Happy birthday komrad!

Hari ini. Birthday D (One Breast Bouncing). Dan. Birthday Ayis. Ayis minta hadiah. Birthday. Via SMS.

Aku. Dan. Jegang. Pakat-pakat. Kutuk. Ayis. Jegang kata Ayis 'belia'. Aku kata Ayis 'skema'. Sebab? Sebab Ayis masih sambut. Birthday. Ha ha.

Kejap-kejap aku telefon Ayis. Dan. Ucapkan Happy Birthday. Kepada Ayis. Kejap-kejap aku telefon Ayis. Semula. Dan. Ucapkan Happy Birthday. Kepada Ayis. Kejap-kejap...

Ring!

Ring!

Ring!

"Hello Bro. Aku tengah 'meeting'. Wahsup?" Ayis.

"He he. Aku nak ucap Happy Birthday kat kau lagi. Boleh?" Aku.

Ha ha. Aku. Ayis. Ketawa mengekek. Kalau Jegang tahu, dia pun akan ketawa. Mengekek. Juga.

COMMA

Kami. Dapat email. Dari Ayis. Dan katanya:

"Hari ini bukan birthday aku. Tapi, birthday anak aku!!"

Apapun, happy birthday komrad! Aku hadiahkan gelak ketawa sampai ke malam. Bersempena hari jadi kau. Harap kau sudi terima. Ha ha.

19 Julai 2005

The APprentice!

Hari ini. Di dada-dada. Akhbar. Penuh dengan berita. AP.

Si A dapat AP banyak ni. Si B dapat AP banyak tu. Si C dapat AP tak banyak mana. Si D tak dapat AP langsung.

Pagi-pagi tadi. Boss aku. Darth Vader. Senyum-senyum sahaja. Apabila melangkah masuk. Ke pejabat.

Boss aku pun dapat AP juga...

tick!

tick!

tick!

"Opocot! Yes boss?" Aku.

"Salah tu. Aku cuma dapat PA. Bukan AP." Boss aku.

"Tak sama ke boss?" Aku.

"Mana boleh sama, labu. Kalau dapat AP, kau cuma boleh senyum lebar. Kalau dapat PA, cantik pula tu, kau boleh senyum lebar-lebar. Kalau dapat AP, kau tak boleh tayang-tayang. Kalau dapat PA, cantik pula tu, kau boleh tayang-tayang." Boss aku.

Oh, iya ke?

18 Julai 2005

Pemandu pelancong yang 'oishi desu neh'

Amoi Jepun. Pemandu pelancong. Yang comel molek. Macam 'sailor moon'. Itu. Terangguk-angguk. Setia. Di sisi pintu bas. Pada setiap kali. Kami naik turun. Bas.

"Sila naik! Sila naik ya! Hati-hati!!" Dia.

Dan. Apabila penumpang. Telah duduk. Amoi Jepun. Pemandu pelancong. Yang comel molek. Macam 'sailor moon'. Itu. Masih terangguk-angguk. Setia.

"Terima kasih! Terima kasih kerana sudi memilih perkhidmatan kami ya! Bla bla bla... Bas sudah mahu bergerak ni... bla bla bla... Hati-hati! Bla bla bla... Kalau ada apa-apa masalah, sila beritahu saya ya! Sekarang kita akan ke Hakone..." Amoi Jepun. Pemandu pelancong. Yang comel molek. Macam 'sailor moon'. Itu.

Sesekali, dia membetul-betulkan letak duduk 'skirt'nya yang pendek. Dan lututnya yang kemerah-merahan itu. Membuatkan kau berfantasi macam-macam, alahai!

"Oit Naga!" Noriko.

"Oit oit!?" Aku.

"Penat dia bercakap dengan penumpang. Mengomel seorang-seorang. Tak ada siapa pun yang peduli terhadap apa yang dia cakapkan..." Noriko.

"So?" Aku.

"Say somethin' nice to her!" Noriko.

"Ooo, ok ok! Aaaaaa... oit amoi! You look so 'oishi desu neh!!!'" Aku.

"Hoi!!!!!??" Noriko.

NOTA KAKI BANGKU: Perkataan yang sepatutnya ialah 'kirei desu ne'. Ha ha.

SARIKATA: 1. kirei desu ne = uihh, cantiknya kauuuuu... 2. oishi desu neh = uihh, lazatnya kauuu... 3. So? = Jadi? 4. Say somethin' nice to her = katakan sesuatu yang cantik kepada perempuan berkenaan. 5. Sailor Moon = kelasi bulan.

15 Julai 2005

Kalau kau terpaksa jawab soalan yang kau tak mahu nak jawab

"Antara bini pakai jarang dengan perempuan lain pakai jarang. Kau lebih pantas melihat yang mana?" Aku. Via SMS.

Senyap. Tak lama.

"Tentulah bla bla bla... bla bla bla... bla bla bla..." Mop. Via SMS.

Lama. Senyap.

"Kalau kau? Kau wajib jawab soalan aku ni!" Mop. Via SMS.

Senyap. Tak lama.

"Aaaaaaa... aku 'gay'! EeeeeeiiiuoooOOOooooo!" Aku. Via SMS.

Ha ha.

14 Julai 2005

Hanyut

Jari Siah terhiris kaca. Ketika dia mengutip. Puing-puing pinggan. Yang berselerakkan. Di muka lantai. "Aduh!" Siah menyonyot. Hujung jari. Spontan.

Kami. Sudah seratus meter. Melepasi tapak musuh.

Ya ya. Apabila seseorang ketua 'section' telah memastikan bahawa musuh sudah ditumpaskan tuntas, beliau sepatutnya memberikan arahan 'pertahanan keliling'. Dan. Anggota 'section' yang masih hidup akan membuat formasi bulatan. Dengan muka menghala ke luar. Bersiap sedia, kalau-kalau ada saki-baki musuh yang mungkin menyerang hendap. Dan. Dua tiga orang anggota 'section' akan masuk ke tengah kawasan kepungan; memeriksa musuh-musuh yang tumpas, satu persatu - sama ada mereka telah benar-benar mati atau mereka telah berpura-pura mati!

Bila Adem mahu memberi arahan 'berhenti'? Bila Adem mahu memberi arahan 'pertahanan keliling'?

"Adeeeeeeemmmmm!" Sarjan Leman.

"'Sorry' jan! Saya lupa bagi arahan 'berhenti'lah..." Adem.

"Kau. Dengan 'budak-budak' kau. Pergi terjun dalam sungai tu!!! Jangan naik selagi aku tak suruh." Sarjan Leman.

Cebur! Cebur!! Satu. Dua. Tiga. ... Sembilan! Tanpa membantah. Kami. Terjun. Ke dalam sungai. Estate. (Well, kau tahu sajalah apa benda-benda lain yang turut berada di dalam sungai estate... ha ha.)

"Jannnnnn!"

"Hah! Apa hal lagi tu????"

"'Spec' hanyut, jannnnnnnnnnnn!"

Cermin mata berbingkai damar hitam. Milik Azhar (kini bekerja sebagai penyelia di Makro Shah Alam). Hanyut. Di dalam sungai. Yang airnya tidak bersungguh-sungguh. Mahu menderas.

Siah. Biarkan. Luka di jarinya. Kering sendiri.

"Besar nanti, aku mahu jadi Sarjan Saunders!" Siah.

12 Julai 2005

Serang hendap

Rat-tat-tat-tat-tat-tat!

Kami. Diserang hendap. Spontan. Meniarap. Mencari tempat berlindung. Pegun. Sedang mata terus melilau. Mencari letaknya musuh. Sedang telinga terus bingit. Tepu rat-tat-tat-tat 'machine gun'. Musuh. Sedang tangan terus menggengam erat. M16. Sesekali meraba-raba tubuh. Mencari. Kalau-kalau ada. Peluru buta yang menyinggah.

"Musuh dari atas bukit..." Beritahu Adem. Ketua 'section' kami.

"Celaka!" Bisik hati. Aku. "Kalau nak 'ambush'pun, tunggulah lepas aku makan tengah hari dulu..."

Masing-masing. Sabar. Menunggu arahan. Dari Adem. Untuk memulakan serangan balas. Pada bila-bila masa sahaja.

"Sedia! Dalam posisi 'katak lompat'... Serang!!!!" Adem. Memberi arahan.

Rat-tat-tat-tat-tat! Bunyi peluru yang muntah. Dari muncung M16 masing-masing. Bagaikan bertih digoreng. Bagaikan garam di dalam kuali. Bunyinya. Serentak itu. Kami. Memanjat bukit curam 25 darjah. Yang penuh dengan rotan bersirat dan akar bersarat. Dan. Tambah lagi, kami perlu berlari. Dalam satu barisan selari yang lurus. Sambil menembak. Dalam posisi 'katak lompat'. Agar tidak tertembak. Punggung kawan. Azabnya. Untuk melepasi. Halangan ini, alahai!

Senyap. Seketika. Yang tinggal hanyalah dengus nafas masing-masing. Seperti bunyi tapak-tapak. Kuda. Yang birah.

"Hoi! Kenapa senyap dah?" Adem.

"Peluru habisss, Dem..." Kami.

"Guna mulut! Ayuh, maju terus!!" Adem.

"Ok Dem! Rat-tat-tat-tat-tut-tut... tut-tut!!" Bunyi 'machine gun'. Dengan mulut. Kami. Mara. Sehingga melewati kawasan musuh. Di atas bukit. Sana. Yang ada cuma. Sebatang. Pohon meranggas. Tanpa lain-lain.

Satu. Dua. Tiga. Musuh tumpas. Di tangan...

Peng!!!

Pinggan. Di tangan Siah. Terlepas. Lalu menghempas. Ke lantai. Berderai. Kaca. Berlaukkan masak lemak ikan kembung + belimbing buluh. Nasi. Berlambakkan. Tanda alamat tak baik.

"Abanggg!!!" Siah.

...

11 Julai 2005

Askar Pejalan Kaki

Jika kau ada satu 'section' sepuluh orang. Kau akan disusun seperti ini: recce, rifleman, rifleman, sergeant, lieutenant (lt), signal, rifleman, rifleman, lmg, dan gpmg.

Kalau ada periuk api, recce yang akan kena dulu. Kalau musuh menyerang dari depan, recce juga yang kena dulu. Kalau musuh menyerang dari belakang, askar yang bawa 'general purpose machine gun' yang kena dulu. Kalau musuh menyerang dari sisi, semua pun ada kemungkian boleh kena dulu.

Tapi, kalau dalam siri Combat. Di TV. Kalau Jerman tembaklah. Rifleman empat-empat akan kena dulu. Sergeant Saunders? Dia kebal. Ha ha.

Matlamat kau susun sedemikian rupa adalah untuk melindungi 'lt'. Biar 'lt' lambat kena. Atau, lambat mati.

"Siapa nak jadi 'lt' ni?"

"Aku!"

"Aku!!"

"Aku!!!"

"Aku!!!!!"

Ya ya. Semua pakat nak jadi 'lt'. Alahai!

07 Julai 2005

Matematik dan Undang-undang

D'Ark, MJ,
Aku perlukan tunjuk ajar kalian.

Aku rujuk -
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Thn 2000, Panduan Pengurusan Personel untuk Agensi Awam yang akan Diswastakan, milik JPA.

di bawah -
BAB 3
TANGGUNGJAWAB SYARIKAT
Tanggungjawab Syarikat Yang Mengambilalih
3.1 Syarikat yang mengambilalih agensi awam yang diswastakan bertanggungjawab:
(iii) menawarkan pilihan dua skim perkhidmatan, iaitu:
(a) SKIM A: ...
(b) SKIM B: skim yang mengandungi terma dan syarat perkhidmatan syarikat yang bercorak komersial, yang tidak kurang baiknya (as a package) dibandingkan dengan terma dan syarat perkhidmatan agensi awam.

DGN KATA LAIN (yang aku faham): maksud yang tidak kurang baiknya = sama atau lebih baik. Aku betul tak ni?

Maksudnya, kalau semasa bekerja dengan 'state', kau terima kenaikan gaji (tahunan) sebanyak 5% – kalau kau masuk syarikat D, kau akan terima kenaikan gaji (tahunan) minima atau lebih 5% jugakan? Aku betul tak ni?

Ok, aku rujuk pula –
Terma dan Syarat Perkhidmatan Skim A dan Skim B, Penswastaan Aktiviti-aktiviti yang Ditetapkan (agensi 'state') XYZ.

Di bawah –
FASAL 6
GAJI
6.4 Kenaikan Gaji Tahunan
6.4.1 Kenaikan gaji tahunan bermaksud kenaikan gaji pokok pada kadar minimum 5% bagi Pekerja Kumpulan Bukan Eksekutif dan 2% atau RM60 bagi pekerja Kumpulan Eksekutif bergantung pada budibicara Syarikat.
6.4.2 Kenaikan gaji tahunan hanya akan diberi berdasarkan kepada prestasi pekerja.

DGN KATA LAIN (yang aku keliru): Mantan XYZ akan tetap dapat kenaikan gaji (tahunan) minimum 5% walaupun prestasi beliau tak ok. Aku betul tak ni?

Atau

Syarikat D boleh, jika memberi kenaikan gaji (tahunan) kurang daripada 5% kepada mantan XYZ (dgn alasan, prestasi mantan XYZ tak sampai standard yang ditetapkan atau dgn alasan, prestasi kewangan syarikat D belum mantap). Aku betul tak ni?

Tapi

Bukankah di dalam pekeliling 'state' sudah memberitahu bahawa mantan XYZ yang menyertai syarikat D akan menerima faedah YANG SAMA ATAU LEBIH BAIK? Tidakkah 'perkeliling' itu bercanggah dengan 'terma'? Adakah syarikat D dah langgar terma berdasarkan pekeliling 'state'?

05 Julai 2005

Sergeant Saunders

Dulu.

Kalau menonton. Combat. Di TV. Akan berfantasi macam-macam. Aku. Mahu menjadi Sergeant Saunders (mendiang Vic Morrow). Sebab? Saunders tembak Jerman. Guna Sterling L2A3 (jenis 'megazine' cucuk di tepi).

Dan. Aku. Tak minat. Nak jadi Lieutenant Hanley (mendiang Rick Jason) Sebab? Hanley tembak Jerman. Guna M1 Carbine.

Ya ya. Apa 'class' tembak Jerman guna M1 Carbine. Jerman lambat mati. Ha ha.

Habis Combat. Di TV. Aku ajak 'Kirby', 'Little John', 'Cage'. Rumah sebelah. Main combat-combat. Siah pun nak main sama. Walaupun dia budak perempuan. Aaa... kami bagi dia jadi 'Doc'.

"Siah! Kau jadi Jerman eh! Kalau mati, kau boleh hidup semula! 'Best' apa... Eh! Eh? Ehh??"

Siah pun nak jadi Sergeant Saunders juga. Kalau aku tak bagi, dia akan mengadu kepada Makcik Bibah (emak Siah). Kepada Pakcik Mail (ayah Siah). Juga. "Biar esok kau tak dapat kahwin dengan aku!". Kata Siah.

Dulu.

Peminat

Dalam sebuah pertemuan, di ibukota, Rimau mengatakan, "Kepuasan bagi seorang 'blogger' ialah apabila seseorang pembaca meninggalkan komen kepada sesuatu entrinya."

Hari ini. Ada yang menelefon. Aku. Peminat? Naa... Perempuan. Yang tidak pernah. Meninggalkan sebarang komen. Kepada entri-entri. Aku.

"Semalam, I tak boleh buka blog youlah!" Dia.

"I buka ok je..." Aku.

Lupa pula. Mahu meminta. Nombor telefon tangannya. Alahai!

04 Julai 2005

Britney Lembings

Aku: (Singing) I'm not a jedi, not yet a vader!

Kirinz: Ha ha.