Aku akan dapat apa?
Lah menyeru. Agar. Diperkasakan bangsa nombor satu. Ini. Dan. Kawan-kawan Lah. Cepat-cepat menjadi. Seperti 'echo'. Mengulang-ulang. Seruan Lah. Dengan 'decibel' yang lebih tinggi lagi. Sambil ada yang mengacah-ngacah penumbuk. Ke langit.
"Ya ya. Perkasakan bangsa nombor satu!!!!! Ya ya." Kawan-kawan Lah.
Tetapi...
Apakah. Kerana boss aku. Dapat PA. Kau pun mahu. PA. Juga?
Apakah. Kerana boss aku. Dapat banyak PA. Cantik. Kau pun mahu. Boss aku agih-agihkan PA. Cantik. Boss aku. Kepada kau kau. Juga?
Apakah nanti. Apabila kau kau kau. Dan. Boss aku. Dapat banyak PA. Cantik cantik. Harga kereta. Yang aku dan 'kawan-kawan yang kita suka' mahu miliki. Akan jadi. Jauh lebih murah. Juga?
Sebab itu kan. Kau kau kau. Mahu. Nama boss aku. Terpampang. Di dada akhbar. Agar orang banyak. Tahu. Yang boss aku. Ada banyak PA. Cantik-cantik? Supaya orang banyak boleh desak. Boss aku. Agih-agihkan. PA cantiknya. Kepada kau kau kau kau? Ya? Ya??
So, aku akan dapat apa?
Bukankah. Boss aku itu. Bangsa nombor satu juga? Bukankah kau kau kau kau kau. Bangsa nombor satu juga? Bukankah aku. Bangsa nombor satu juga? Bukankah 'kawan-kawan yang kita suka' itu pun. Bangsa nombor satu juga?
So, aku akan dapat apa??? 'Kawan-kawan yang kita suka' akan dapat apa????
Bukankah. Disebabkan boss aku. Dapat banyak PA. Cantik-cantik. Maka. Anak-anak bangsa nombor satu. Dapat cari sesuap makan. Dan. Dapat pegang jawatan tinggi. Di kilang-kilang kereta. Milik boss aku?
Bukankah. Ini memperkasakan. Bangsa nombor satu. Juga. Namanya?
Kalau kau kau kau kau kau kau. Dapat banyak PA. Cantik-cantik. Nanti. Bolehkah kau. Yakinkan aku. Yang kau. Tak akan berikan. PA kau. Kepada Encik Baba?
Tik!
Tik!
Tik!
"Yes boss!" Aku.
"Psst, labu! Kau salah eja lagi!!" Boss aku.
"Oh! Iya ke boss?" Aku.
12 Comments:
Pengucapan dan tindakan. Antara angguk dan geleng. Antara sokong dan ampu. Tu..cakap banyak tu ada statistik atau main tibai/hentam saja nak isi slot? Mana statistik pelaksanaan saranan dalam ucapan tahun lepas. Berapa yang telah dilaksanakan? Bagaimana struktur perancangan pelaksanaannya. Golongan sasar siapa. Tolong tujuk sikit boleh.Kena ada pengkalan data untuk rakyat semak dan kaji bagi mereka yang pakar.
Bagai azam tahun baru juga..setahun sekali perbaharui. Yang lepas-lepas telah menjadi perkasa atau pekasam? Kokok berdegar-degar, ekor bergelumang tahi. Bercakap siapa pun boleh, Labu. Amat malang bagi orang yang bijak berkata-kata tapi jahi dalam pengertian! Bukau kau Naga. Sebab boss kawan sebab kawan ada AP- Approval Projek!Dan. Bukan kau Naga..sebab kau ada PA. cantik pulak tu...
Julai 22, 2005 10:44 PG
Labu,
Aku CEMBURU, sebenarnya! Aku pun. Mahu ada PA juga. Mahu ada kereta MyVi juga. Mahu ada dusun buah-buahan juga. Penatlah buat buku teks ini. Gaji ciput! Ha ha.
Julai 22, 2005 11:21 PG
Kalau ada pengkalan data yang rakyat boleh semak - Apa rakyat boleh buat? Apa rakyat boleh dapat? Sekadar dapat semak tak cukup dek!!!
Julai 22, 2005 11:47 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Julai 22, 2005 11:47 PG
PA lalu oi! PA lalu oi!!
Julai 22, 2005 11:49 PG
>>...rakyat boleh semak - Apa rakyat boleh buat? Apa rakyat boleh dapat?
Rakyat akan buat semak (belukar?)!
Ha ha.
Julai 22, 2005 11:51 PG
Jika kau perasan sebelum ini ada isu kapaltak siap. Dan. Kelab penyokong kerajaan menyatakan mereka adalah kumpulan pendesak. Nah setelah data di'seamak' tugas kumpulan pendesak itu untuk bertindak. Namanya pun desak. Jangan sampai keluar mulut RIMAU masuk mulut NAGA sudahlah. Desaklah apa yang sepatutnya. Kalau kat Britain begitulah yang terjadi...Dan itulah ketikanya kita melihat wakil dan calon yang diundi memainkan peranan yang sepatutnya atau sepatutnya untuk diri sendiri, rakyat yang diwakilinya. Kejantanan adalah mewakili sikap bukan alat kelamin. Naga ada email.
Julai 22, 2005 12:10 PTG
dan kata pyan habib lagi....
melayu kata melayu bodoh
biarkan,
biarkan.
oi, akulah yang tegur kau tu, baju kemeja berpetak gelap, dan rambut panjang. dan banyak hutang, takda pa. apatah lagi ap...
Julai 22, 2005 2:34 PTG
Madcap,
Apsal kau mcm 'touch and go'? Tak sempat aku nak menjawab sapaan kau. Ingatkan kau 'dudae'.
Madcap,
Thanks fer comin'!
Julai 22, 2005 2:44 PTG
aku dapat 'doa' pun cukup lah..
Julai 22, 2005 2:59 PTG
aku dapat kawan bangsa no satu dua dan tiga yg boleh berkongsi kesedihan, kegembiraan dan apa jua..
Julai 22, 2005 4:40 PTG
aku. macam antara ada dan tiada, atau macam cokelat. kejap ada kejap takda...
Julai 22, 2005 5:53 PTG
Catat Ulasan
<< Home