"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

18 Julai 2005

Pemandu pelancong yang 'oishi desu neh'

Amoi Jepun. Pemandu pelancong. Yang comel molek. Macam 'sailor moon'. Itu. Terangguk-angguk. Setia. Di sisi pintu bas. Pada setiap kali. Kami naik turun. Bas.

"Sila naik! Sila naik ya! Hati-hati!!" Dia.

Dan. Apabila penumpang. Telah duduk. Amoi Jepun. Pemandu pelancong. Yang comel molek. Macam 'sailor moon'. Itu. Masih terangguk-angguk. Setia.

"Terima kasih! Terima kasih kerana sudi memilih perkhidmatan kami ya! Bla bla bla... Bas sudah mahu bergerak ni... bla bla bla... Hati-hati! Bla bla bla... Kalau ada apa-apa masalah, sila beritahu saya ya! Sekarang kita akan ke Hakone..." Amoi Jepun. Pemandu pelancong. Yang comel molek. Macam 'sailor moon'. Itu.

Sesekali, dia membetul-betulkan letak duduk 'skirt'nya yang pendek. Dan lututnya yang kemerah-merahan itu. Membuatkan kau berfantasi macam-macam, alahai!

"Oit Naga!" Noriko.

"Oit oit!?" Aku.

"Penat dia bercakap dengan penumpang. Mengomel seorang-seorang. Tak ada siapa pun yang peduli terhadap apa yang dia cakapkan..." Noriko.

"So?" Aku.

"Say somethin' nice to her!" Noriko.

"Ooo, ok ok! Aaaaaa... oit amoi! You look so 'oishi desu neh!!!'" Aku.

"Hoi!!!!!??" Noriko.

NOTA KAKI BANGKU: Perkataan yang sepatutnya ialah 'kirei desu ne'. Ha ha.

SARIKATA: 1. kirei desu ne = uihh, cantiknya kauuuuu... 2. oishi desu neh = uihh, lazatnya kauuu... 3. So? = Jadi? 4. Say somethin' nice to her = katakan sesuatu yang cantik kepada perempuan berkenaan. 5. Sailor Moon = kelasi bulan.

5 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Naga macam dah 'merasa-sedap' ke tidaknya! Ermm kalau dia jawab aisteru desuka! Jadik warganegara kau kat Nihon..

Julai 19, 2005 8:59 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

1. Aku mengharapkan tulisan kau ini ada sarikata atau perempuan bisu memberi isyarat2 tangan pada sudut bawah macam berita tv.

2. Konduktor bas mini akan kata, "masuk-masuk dalam lagi. Boleh muat lagi." Kah kah kah.

Julai 19, 2005 9:01 PG

 
Blogger Anonymous said...

Naga,

awat ko tak cakap 'nyam nyam desu neh'?.

oh..itu ayat Mat Jan.

Julai 19, 2005 1:31 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

masa tu jepun dah keluarkan digital kamera tak? kenapa kau tak ambik gambar?
hehe

Julai 21, 2005 6:36 PG

 
Blogger neutronization said...

kimochii........ :)

Julai 27, 2005 4:38 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home