"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

05 Julai 2005

Sergeant Saunders

Dulu.

Kalau menonton. Combat. Di TV. Akan berfantasi macam-macam. Aku. Mahu menjadi Sergeant Saunders (mendiang Vic Morrow). Sebab? Saunders tembak Jerman. Guna Sterling L2A3 (jenis 'megazine' cucuk di tepi).

Dan. Aku. Tak minat. Nak jadi Lieutenant Hanley (mendiang Rick Jason) Sebab? Hanley tembak Jerman. Guna M1 Carbine.

Ya ya. Apa 'class' tembak Jerman guna M1 Carbine. Jerman lambat mati. Ha ha.

Habis Combat. Di TV. Aku ajak 'Kirby', 'Little John', 'Cage'. Rumah sebelah. Main combat-combat. Siah pun nak main sama. Walaupun dia budak perempuan. Aaa... kami bagi dia jadi 'Doc'.

"Siah! Kau jadi Jerman eh! Kalau mati, kau boleh hidup semula! 'Best' apa... Eh! Eh? Ehh??"

Siah pun nak jadi Sergeant Saunders juga. Kalau aku tak bagi, dia akan mengadu kepada Makcik Bibah (emak Siah). Kepada Pakcik Mail (ayah Siah). Juga. "Biar esok kau tak dapat kahwin dengan aku!". Kata Siah.

Dulu.

11 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Engkau ni naga dari kecik orang mengidam nak buat laki rupanya ye? lala...haha..

Julai 05, 2005 4:14 PTG

 
Blogger Sufian said...

En Naga, segera-segerakanlah ke blog aku untuk buku percuma kau. Itupun kalau kau mau memilih dan mendapat buku cepat.

Aku ke Silverfish esok, untuk tinggalkan harta-harta dalam negeri aku di sana.

En Tok Harimau dan En Ayob sudah buat pilihan. Engkau bagaimana?

Julai 05, 2005 4:54 PTG

 
Blogger Anonymous said...

Dulu.

Ambil tin susu.Cucukkan kayu.Siap.

Bom tangan askar Jerman. Biasanya Saunders akan mati kalau kena lempar bom tu.

Puas main Combat.Bertukar watak.Jadi Buck Rogers, Battlestar Gallactica.Tembak alien.Guna bom yang sama.Mati juga.

Ko nih, suka mengembalikan kenangan lama.

Julai 06, 2005 9:01 PG

 
Blogger Unknown said...

Dulu. Aku juga. Mencipta senapang kayu. Sebab? Nak jadi macam Sarjan Saunders gak. Main waktu petang. Sampai lewat. Mak aku jerit-jerit. Panggil suruh pulang. Kena mengaji. Senapang. Aku sorok. Bawah rimbunan pelepah kelapa sawit. (Hahaha lenguhnya taip ikut stail kau...)

Julai 06, 2005 2:24 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Anak-anak kitakah yang bermain

...
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan
...


http://www.liriklagu.com/liriklagu_jm/MNasir_AnakAnak.html

kampo,
aku dgr battlestar gallactica juga sudah pindah jd movie..

Julai 06, 2005 3:13 PTG

 
Blogger spyz said...

...
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

...

http://www.liriklagu.com/liriklagu_jm/MNasir_AnakAnak.html

kampo,
aku dgr battlestar gallactica juga sudah pindah jd movie..

Julai 06, 2005 3:29 PTG

 
Blogger Zack said...

En Spyz, Battlestar Galactica bukan saja dah jadi filem, tapi juga dah jadi siri tv la pulak. Dalam versi baru ni, watak Starbuck (yg dulunya jantan, dilakonkan oleh Dirk Benedict), sekarang dah jadi pompuan. Sekian terima kasih.

Aku - dari generasi Buck Rogers, the A-Team, Misfits of Science, V, Battlestar Galactica dan The greatest American Hero.

Julai 06, 2005 4:27 PTG

 
Blogger Anonymous said...

Yo 'abang sembilan' Naga.

aku tak faham. tak faham.

Coba ko bilang.

Julai 07, 2005 9:56 PG

 
Blogger Anonymous said...

Spyz,

Orang sekarang sudah hilang kreativiti. Ambil benda lama. Buat baru. Laku.

Macam naga, dia wujud ketika naga-naga lain hilang bersama King Arthur.

Julai 07, 2005 9:58 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Aku. Lebih suka jadi koboi. Tunggang kuda. Pistol air. Sampai sekarang :P

-basri

Julai 07, 2005 12:16 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

battlestar gallactica versi baru dah ditayangkan setiap sabtu malam ahad di cinemax/star movie (aku lupa) kat astro. bersiri. tapi lembab jalan ceritanya. tak macam dulu. walaupun animasi lebih canggih tapi tak menarik.

aku rasa tengok star trek (yang tak best tu) lagi best.

Julai 08, 2005 8:40 PG

 

Catat Ulasan

<< Home