"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

14 Julai 2005

Hanyut

Jari Siah terhiris kaca. Ketika dia mengutip. Puing-puing pinggan. Yang berselerakkan. Di muka lantai. "Aduh!" Siah menyonyot. Hujung jari. Spontan.

Kami. Sudah seratus meter. Melepasi tapak musuh.

Ya ya. Apabila seseorang ketua 'section' telah memastikan bahawa musuh sudah ditumpaskan tuntas, beliau sepatutnya memberikan arahan 'pertahanan keliling'. Dan. Anggota 'section' yang masih hidup akan membuat formasi bulatan. Dengan muka menghala ke luar. Bersiap sedia, kalau-kalau ada saki-baki musuh yang mungkin menyerang hendap. Dan. Dua tiga orang anggota 'section' akan masuk ke tengah kawasan kepungan; memeriksa musuh-musuh yang tumpas, satu persatu - sama ada mereka telah benar-benar mati atau mereka telah berpura-pura mati!

Bila Adem mahu memberi arahan 'berhenti'? Bila Adem mahu memberi arahan 'pertahanan keliling'?

"Adeeeeeeemmmmm!" Sarjan Leman.

"'Sorry' jan! Saya lupa bagi arahan 'berhenti'lah..." Adem.

"Kau. Dengan 'budak-budak' kau. Pergi terjun dalam sungai tu!!! Jangan naik selagi aku tak suruh." Sarjan Leman.

Cebur! Cebur!! Satu. Dua. Tiga. ... Sembilan! Tanpa membantah. Kami. Terjun. Ke dalam sungai. Estate. (Well, kau tahu sajalah apa benda-benda lain yang turut berada di dalam sungai estate... ha ha.)

"Jannnnnn!"

"Hah! Apa hal lagi tu????"

"'Spec' hanyut, jannnnnnnnnnnn!"

Cermin mata berbingkai damar hitam. Milik Azhar (kini bekerja sebagai penyelia di Makro Shah Alam). Hanyut. Di dalam sungai. Yang airnya tidak bersungguh-sungguh. Mahu menderas.

Siah. Biarkan. Luka di jarinya. Kering sendiri.

"Besar nanti, aku mahu jadi Sarjan Saunders!" Siah.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home