"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

11 Julai 2005

Askar Pejalan Kaki

Jika kau ada satu 'section' sepuluh orang. Kau akan disusun seperti ini: recce, rifleman, rifleman, sergeant, lieutenant (lt), signal, rifleman, rifleman, lmg, dan gpmg.

Kalau ada periuk api, recce yang akan kena dulu. Kalau musuh menyerang dari depan, recce juga yang kena dulu. Kalau musuh menyerang dari belakang, askar yang bawa 'general purpose machine gun' yang kena dulu. Kalau musuh menyerang dari sisi, semua pun ada kemungkian boleh kena dulu.

Tapi, kalau dalam siri Combat. Di TV. Kalau Jerman tembaklah. Rifleman empat-empat akan kena dulu. Sergeant Saunders? Dia kebal. Ha ha.

Matlamat kau susun sedemikian rupa adalah untuk melindungi 'lt'. Biar 'lt' lambat kena. Atau, lambat mati.

"Siapa nak jadi 'lt' ni?"

"Aku!"

"Aku!!"

"Aku!!!"

"Aku!!!!!"

Ya ya. Semua pakat nak jadi 'lt'. Alahai!

3 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Yang berpangkat last sekali berlawan. Maknanya dah jenuh orang lain hempuk musuh barulah dia terhegeh-hegeh masuk gelangang. Ermm lepas ni kau nak pegang peran apa ya?

Julai 11, 2005 12:31 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Aku? Aku mahu jadi general.

Julai 11, 2005 6:09 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Aku mahu jadi pilot starship. (cita-cita masa kecik-kecik dulu)

Julai 11, 2005 9:50 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home