Matematik dan Undang-undang
D'Ark, MJ,
Aku perlukan tunjuk ajar kalian.
Aku rujuk -
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Thn 2000, Panduan Pengurusan Personel untuk Agensi Awam yang akan Diswastakan, milik JPA.
di bawah -
BAB 3
TANGGUNGJAWAB SYARIKAT
Tanggungjawab Syarikat Yang Mengambilalih
3.1 Syarikat yang mengambilalih agensi awam yang diswastakan bertanggungjawab:
(iii) menawarkan pilihan dua skim perkhidmatan, iaitu:
(a) SKIM A: ...
(b) SKIM B: skim yang mengandungi terma dan syarat perkhidmatan syarikat yang bercorak komersial, yang tidak kurang baiknya (as a package) dibandingkan dengan terma dan syarat perkhidmatan agensi awam.
DGN KATA LAIN (yang aku faham): maksud yang tidak kurang baiknya = sama atau lebih baik. Aku betul tak ni?
Maksudnya, kalau semasa bekerja dengan 'state', kau terima kenaikan gaji (tahunan) sebanyak 5% – kalau kau masuk syarikat D, kau akan terima kenaikan gaji (tahunan) minima atau lebih 5% jugakan? Aku betul tak ni?
Ok, aku rujuk pula –
Terma dan Syarat Perkhidmatan Skim A dan Skim B, Penswastaan Aktiviti-aktiviti yang Ditetapkan (agensi 'state') XYZ.
Di bawah –
FASAL 6
GAJI
6.4 Kenaikan Gaji Tahunan
6.4.1 Kenaikan gaji tahunan bermaksud kenaikan gaji pokok pada kadar minimum 5% bagi Pekerja Kumpulan Bukan Eksekutif dan 2% atau RM60 bagi pekerja Kumpulan Eksekutif bergantung pada budibicara Syarikat.
6.4.2 Kenaikan gaji tahunan hanya akan diberi berdasarkan kepada prestasi pekerja.
DGN KATA LAIN (yang aku keliru): Mantan XYZ akan tetap dapat kenaikan gaji (tahunan) minimum 5% walaupun prestasi beliau tak ok. Aku betul tak ni?
Atau
Syarikat D boleh, jika memberi kenaikan gaji (tahunan) kurang daripada 5% kepada mantan XYZ (dgn alasan, prestasi mantan XYZ tak sampai standard yang ditetapkan atau dgn alasan, prestasi kewangan syarikat D belum mantap). Aku betul tak ni?
Tapi
Bukankah di dalam pekeliling 'state' sudah memberitahu bahawa mantan XYZ yang menyertai syarikat D akan menerima faedah YANG SAMA ATAU LEBIH BAIK? Tidakkah 'perkeliling' itu bercanggah dengan 'terma'? Adakah syarikat D dah langgar terma berdasarkan pekeliling 'state'?
20 Comments:
Naga,
kenaikan gaji berdasarkan prestasi bukanlah sesuatu yang kurang dari apa yang telah ko dapat sebelum ini.
Tapi, kenaikan 5% adalah minimum untuk 'menjadikan tidak kurang'
Pendapat aku semata-mata.
Eh..aku nak balik ni...nanti petang masa main Combat, aku komen lagi.
Julai 07, 2005 4:49 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Julai 07, 2005 5:06 PTG
D'Ark,
Kau cakap macam 'lawyer'. Aku tak pahang. Cakap Melayulah weh awang!!!
Julai 07, 2005 5:07 PTG
Naga,
Dah kau mintak pendapat lawyer, memang itulah jawabnya. Kau belum dapat lagi pendapat ahli matematik kan? Dia cakap bahasa nombor, lagi susah kau nak paham.
Pendapat aku. Kurang tepat kalau dikatakan "tidak kurang baiknya" bermaksud "sama atau lebih baik". Mungkin lebih tepat kalau ia bermaksud "baik tapi ada kurangnya". Tu kalau kau baca di antara garisan. Barangkali.
6.4.1... Kau tertinggal terma "bergantung pada budibicara Syarikat". Maknanya, kalau Syarikat baik budibicaranya nak kasi naik, boleh dapat kenaikan paling minima 5%, tapi kalau tak naik, tak ada langsunglah.
6.4.2 memperjelaskan lagi "bergantung pada budibicara Syarikat".
Agaknyalah! Kot?
Julai 07, 2005 7:07 PTG
786,
Kau budak ALAM SHAH ek? Ya ya, ayat kau macam bunyi-bunyi budak ALAM SHAH le... Ha ha.
Julai 07, 2005 7:36 PTG
786,
Memang betul 'atas budi bicara syarikat', samada dia nak bagi berapa %. Tapi, cuba kau perati terma 'minimum 5%' tu, dan prasa 'yang tidak kurang baiknya'. Bukan ke maknanya Syarikat D harus beri benefit yang sama atau lebih baik kepada mantan XYZ dari apa yang mereka dapat semasa masih lagi menjadi kakitangan 'state'?
Julai 07, 2005 7:44 PTG
naga, aku pun faham seperti yang kau faham. maaf.
kampo, betul ke? ke tak betul?
Julai 08, 2005 12:46 PG
nak memohon transfer jabatan/kementerian ke naga?
Julai 08, 2005 8:36 PG
ermmmmm... mungkin encik rudy pun boleh komen tentang hal ini...
d'ark, mana lanjut komen kau? kau masih main combat-combat lagi?
op, antara banyak-banyak ahlil 'abang sembilan', aku yang tua paling muda. mereka pakat2 'vote' suruh aku 'handle' 'part-part' baca buku. doktrin. 'pick up' aku masih 'power', kata mereka. konon.
tu yang aku banyak tak faham bahasa undang2 tu.
atas kata 'boleh/mesti bagi/harus/wajib', bawah kata 'boleh bagi tapi dengan syarat'... itu yang kena rujuk pakar/ahlil dsb...
Julai 08, 2005 9:02 PG
SEKOLAH ALAM SHAH megah berjasa
Membimbing satria harapan bangsa
Cita Usaha Jaya amalan kita
Jadi cogankata setiap masa...
Julai 08, 2005 9:10 PG
Aaaa... Intan ZK dari SCIENCE SELANGOR pun boleh beri penjelasan tentang case study ini. Kalau ingat lagilah apa yang dibaca dulu.
Julai 08, 2005 9:52 PG
ok. ini budak lulus spm je plak nak jawab :-)
BAB3 adalah general benefit,
manakala FASAL6 pula merujuk khusus pada gaji sahaja.
kau terlupa "AS A PACKAGE' dlm BAB3 itu. kerana w/pun dia tak naikkan gaji ko 5%, mungkin dia bagi benefit lain, perubatan etc..
Julai 08, 2005 2:56 PTG
first of all,
pembetulan
"PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2000"
ok,
point untuk dibincangkan
Bab 3.1, perkara (iii) - menawarkan pilihan dua skim perkhidmatan, iaitu:
(a) Skim A: skim yang menawarkan gaji, elaun, imbuhan, kemudahan cuti dan kemudahan rawatan perubatan yang sama dengan apa yang sedang diterima oleh pegawai semasa mereka berkhidmat dengan agensi awam. Contohnya seperti di Lampiran I; dan
(b) Skim B: skim yang mengandungi terma dan syarat perkhidmatan syarikat yang bercorak komersial, yang tidak kurang baiknya (as a package) dibandingkan dengan terma dan syarat perkhidmatan agensi awam. Contohnya seperti di Lampiran II;
dan tambahan pada bab yang sama, perkara (x)
'memastikan pegawai yang memilih Skim A terus menikmati kemudahan yang layak mereka terima, yang ditawarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.'
Ok,
pada pandangan aku, jika seorang pegawai berkenaan ingin menerima kemudahan yang sama seperti yang diterima olehnya di dalam kerajaan, beliau hendaklah memilih Skim A. Ini kerana, beliau dilindungi oleh perkara (x). Jika tidak, jika mereka memilih skim B. Mereka harus akur dengan skim yang mengandungi terma dan syarat perkhidmatan syarikat yang bercorak komersial, yang tidak kurang baiknya (as a package). Mungkin dalam skim B itu, ada kurang di sini, tetapi ada lebih di sana. contohnya pemberian saham dan sebagainya di dalam satu pakej.
seterusnya
'Pegawai yang memilih untuk memasuki syarikat ditawarkan dua skim perkhidmatan, iaitu Skim A atau Skim B.' memilih salah satu, bukan kedua duanya.
Status Pegawai Selepas Opsyen
6.7 Apa juga skim yang dipilih oleh seseorang pegawai yang memilih memasuki syarikat, mereka adalah pekerja syarikat dan dengan itu hubungan mereka dengan Perkhidmatan Kerajaan adalah terputus.
itulah pandangan orang otak komputer yang minat undang undang. hehehe
hang tunggu pandangan peguam susahlah.
LAWYER,
You ask for advice
he give you the price
Julai 08, 2005 3:27 PTG
RALAT:
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2000 yang disebut terdahulu sepatutnya PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2000. Maklum.
Terima kasih Buah!
Aku dah 'dapat tangkap' sket dah; hasil penjelasan BUDAK LEPAS SPM + BUAH.
Setakat ini, aku tak akan panjangkan kes ke Jabatan Perusahaan Awam dulu ehh...
Tapi, soalan lagi, kalau syarikat D tak beri saham dan sebagainya (kpd pekerja) di dalam satu pakej, amacam???? Pekerja tu layak tak dapat kenaikan gaji (tahunan) minima 5%? Hah, siapa nak jawab ni? Buah? D'Ark?? Intan ZK?????
(NOTA TAMBAHAN: Syarikat D belum listing di 1st board lagi).
Dlm bulan ni, aku kena mengadap XYZ (majikan lama). Ada ura-ura juga akan kena panggil dengan JPA dan EPU. Kesatuan dah lulus. Majikan tak mahu iktiraf. Yuran tak dapat punggut. CA tak boleh nak dibuat. Jab. Perusahaan Awam dah bengang dgn syarikat D. Aku pun dah bengang baca buku...
Lalala...
Julai 08, 2005 4:00 PTG
Naga,
Adapun kenaikan gaji pokok itu bermula dengan keadaan gaji akarnya. Sekiranya gaji akar itu menerima banyak imbuhan air, maka gaji pokok itu akan meningkat setinggi mana pucuknya. Adapun, kenaikan terma yang lain bergantung kepada keadaan ranting dan dahan. Seberapa banyak bilangan ranting dan dahan itu, seberapa banyak itu lah imbuhan gaji pokok yang diperoleh. Adapun imbuhan berbentuk buah dan sebagainya adalah hasil yang ditanam selepas beberapa tahun ia memulakan kerjanya.
sebenarnya aku pun tak paham. bergantung kpd aggrement kompeni ko lah. baik ko rujuk dgn union ko.
Julai 08, 2005 4:05 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Julai 08, 2005 4:18 PTG
NotBuk,
Akulah UNION! Ha ha.
So, aku kena buktikan yang syarikat D tidak memberikan apa-apa lain/benefit (as a pakage) yang TIDAK KURANG BAIKNYA, selain gajilah ye???
Aku betul tak ni???
Julai 08, 2005 4:19 PTG
Cadangan JPA
Pemindahan Gaji
10. Ditetapkan mengikut formula berikut:
(Gaji Pokok + Imbuhan Tetap) X 1.175 + satu (1) pergerakan gaji secara mendatar mengikut jadual gaji SSB dan kemudiannya diselaraskan kepada matagaji yang sama atau lebih tinggi berhampiran di atas tanggagaji syarikat, tertakluk kepada pengurangan 3 hari cuti rehat tahunan.
[Imbuhan Tetap bermaksud Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Keraian, Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan/atau Imbuhan Tetap JUSA].
Kenaikan Gaji Tahunan
11. [Ditentukan mengikut peraturan dan prosedur yang terpakai di syarikat].
yang hang beri
FASAL 6
GAJI
6.4 Kenaikan Gaji Tahunan
6.4.1 Kenaikan gaji tahunan bermaksud kenaikan gaji pokok pada kadar minimum 5% bagi Pekerja Kumpulan Bukan Eksekutif dan 2% atau RM60 bagi pekerja Kumpulan Eksekutif bergantung pada budibicara Syarikat.
6.4.2 Kenaikan gaji tahunan hanya akan diberi berdasarkan kepada prestasi pekerja.
Aku Cadangkan
FASAL 6
GAJI
6.4 Kenaikan Gaji Tahunan
6.4.1 Kenaikan gaji tahunan bermaksud kenaikan gaji pokok pada kadar 5% bagi Pekerja Kumpulan Bukan Eksekutif dan 2% atau RM60 bagi pekerja Kumpulan Eksekutif.
6.4.2 Kenaikan gaji tahunan melebihi kadar pada perkara 6.4.1 hanya akan diberi berdasarkan kepada prestasi pekerja atau bergantung pada budibicara Syarikat.
Sbbnya,
aku melihat dalam fasal 6 ni, 3 perkara bercanggah sesama sendiri tanpa sebarang pengasingan iaitu
1. Kenaikan gaji tahunan bermaksud kenaikan gaji pokok pada kadar minimum 5% bagi Pekerja Kumpulan Bukan Eksekutif dan 2% atau RM60 bagi pekerja Kumpulan Eksekutif
2. bergantung pada budibicara Syarikat.
3. berdasarkan kepada prestasi pekerja.
yang mana akan diikut. salah satu atau mesti memenuhi kesemuanya. pertembungan ketiga perkara ini perlu diasingkan dengan syarat syarat yang perlu dipersetujui dengan Union.
Julai 09, 2005 9:24 PG
Buah,
Pindaan itu aku cuba usulkan semasa CA pertama nanti. Terima kasih daun keladi.
Terima kasih kepada semua. Juga. Kerana tunjuk ajar.
Julai 11, 2005 8:54 PG
gambar: kertas pekeliling perkhidmatan yg bersusun2.
suara latar: di dalam sebuah opih, seorang ketua mahu mengajar anak2 buahnya kepentingan bersatu. dia mengambil sehelai pekeliling perkhidmatan, lalu mengoyaknya. kemdian, dia mengambil satu rim pekeliling perkhidmatan dan cuba mengoyaknya, tapi tidak berjaya, lalu dia bertanya kepada anak2 buahnya, "apa yang korang dapat melalui simbolik yg saya nyatakan itu?"
jawab salah seorang anak buahnya yang mengaku sebagai naga (kununnya), "untuk mengoyak satu rim pekeliling, cuba lah guna paper cutter!"
dengan marah ketua itu menghempap rim pekeliling ke kepala anak buahnya.
kununnya daripada peristiwa itulah, maka isu gaji dalam pekeliling menjadi isu.
Julai 11, 2005 10:52 PG
Catat Ulasan
<< Home