Serang hendap
Rat-tat-tat-tat-tat-tat!
Kami. Diserang hendap. Spontan. Meniarap. Mencari tempat berlindung. Pegun. Sedang mata terus melilau. Mencari letaknya musuh. Sedang telinga terus bingit. Tepu rat-tat-tat-tat 'machine gun'. Musuh. Sedang tangan terus menggengam erat. M16. Sesekali meraba-raba tubuh. Mencari. Kalau-kalau ada. Peluru buta yang menyinggah.
"Musuh dari atas bukit..." Beritahu Adem. Ketua 'section' kami.
"Celaka!" Bisik hati. Aku. "Kalau nak 'ambush'pun, tunggulah lepas aku makan tengah hari dulu..."
Masing-masing. Sabar. Menunggu arahan. Dari Adem. Untuk memulakan serangan balas. Pada bila-bila masa sahaja.
"Sedia! Dalam posisi 'katak lompat'... Serang!!!!" Adem. Memberi arahan.
Rat-tat-tat-tat-tat! Bunyi peluru yang muntah. Dari muncung M16 masing-masing. Bagaikan bertih digoreng. Bagaikan garam di dalam kuali. Bunyinya. Serentak itu. Kami. Memanjat bukit curam 25 darjah. Yang penuh dengan rotan bersirat dan akar bersarat. Dan. Tambah lagi, kami perlu berlari. Dalam satu barisan selari yang lurus. Sambil menembak. Dalam posisi 'katak lompat'. Agar tidak tertembak. Punggung kawan. Azabnya. Untuk melepasi. Halangan ini, alahai!
Senyap. Seketika. Yang tinggal hanyalah dengus nafas masing-masing. Seperti bunyi tapak-tapak. Kuda. Yang birah.
"Hoi! Kenapa senyap dah?" Adem.
"Peluru habisss, Dem..." Kami.
"Guna mulut! Ayuh, maju terus!!" Adem.
"Ok Dem! Rat-tat-tat-tat-tut-tut... tut-tut!!" Bunyi 'machine gun'. Dengan mulut. Kami. Mara. Sehingga melewati kawasan musuh. Di atas bukit. Sana. Yang ada cuma. Sebatang. Pohon meranggas. Tanpa lain-lain.
Satu. Dua. Tiga. Musuh tumpas. Di tangan...
Peng!!!
Pinggan. Di tangan Siah. Terlepas. Lalu menghempas. Ke lantai. Berderai. Kaca. Berlaukkan masak lemak ikan kembung + belimbing buluh. Nasi. Berlambakkan. Tanda alamat tak baik.
"Abanggg!!!" Siah.
...
13 Comments:
ketap ketup ketap ketup.
Aku menaip komen ini dalam posisi katak lompat.
Julai 12, 2005 9:31 PG
sambung la plak!!
Julai 12, 2005 10:40 PG
Sorry Naga, Screamyx aku buat hal.Tak dapek den nak Tolon-line.
Tak aci, ko main Combat pakai M16, siap ada grenade launcher. Aku pakai shot gun aje.
Tunggulah Styer AUG aku sampai dulu.
Julai 12, 2005 11:55 PG
D'Ark,
Yang ada 'grenade launcher' tu bukan M16. M60 lah!
Julai 12, 2005 12:23 PTG
ah sudah,SIAH menangis pulak.
suspen betul drama perang naga nie.
Julai 12, 2005 1:22 PTG
ni apa tiba2 pegi ke bukit kepong plak nih??
Julai 12, 2005 3:03 PTG
Kacau betul si SIAH! Mudah mengigau...
Julai 12, 2005 3:59 PTG
siah mengandung tiga bulan ke?
Julai 12, 2005 4:54 PTG
weh naga, M60 tu kereta kebal British lah.
Alaa, budak2 platoon aku panggil M16 gak. Letaklah launcher ke, missile ke, torpedo ke.
Julai 12, 2005 5:27 PTG
aduh, peluru habis.. kita bunuh pakai kame hame ha!!
Julai 12, 2005 8:19 PTG
En Naga,
Aku sudah dapat kiriman pos kau. Besh. Besh.
Kau tak mau menyumbang untuk Neografika? Ini koleksi cerita-cerita bergrafik/gambar yang akan diterbitkan oleh Neohikayat.
Tarikh tutup September.
Julai 13, 2005 11:17 PG
Naga,
Lepas ni kau buat cerita Man from Atlantis pulak. Budak-budak kat sekolah aku semua berenang macam dia.
Aku tengah translate DVD romatik komedi Korea agaknya.
Julai 14, 2005 9:22 PG
Kemudian. Aku nak minta kau buat siri Man from UNCLE atau Battlestar Gallactica. Kemudian. Bila siri Combat kau dah habis.
Julai 14, 2005 4:20 PTG
Catat Ulasan
<< Home