"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

19 Julai 2005

The APprentice!

Hari ini. Di dada-dada. Akhbar. Penuh dengan berita. AP.

Si A dapat AP banyak ni. Si B dapat AP banyak tu. Si C dapat AP tak banyak mana. Si D tak dapat AP langsung.

Pagi-pagi tadi. Boss aku. Darth Vader. Senyum-senyum sahaja. Apabila melangkah masuk. Ke pejabat.

Boss aku pun dapat AP juga...

tick!

tick!

tick!

"Opocot! Yes boss?" Aku.

"Salah tu. Aku cuma dapat PA. Bukan AP." Boss aku.

"Tak sama ke boss?" Aku.

"Mana boleh sama, labu. Kalau dapat AP, kau cuma boleh senyum lebar. Kalau dapat PA, cantik pula tu, kau boleh senyum lebar-lebar. Kalau dapat AP, kau tak boleh tayang-tayang. Kalau dapat PA, cantik pula tu, kau boleh tayang-tayang." Boss aku.

Oh, iya ke?

9 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Mengimbau kenangan. Dulu, kawan ada seorang kenalan bangsa/warganegara Nihon. Businessman. Dia nak mengeksport jentera pembinaan-tower crane, truck, jentolak-jenkaut, semua jenis jeng,jeng. Dia minta tolong dari kawan/pakat sebenarnya nak dapatkan AP ni. Punyalah banyak halangan, mengalahkan nak minang Puteri Gunung Ledang. lepas jumpa umat tu, kena jumpa umat ni, kena ada 'pengeras'. Akhirnya kawan pasrah bukan rezeki kawan dalam bidang business jentera...Nah akhirnya kerajaan dedahkan siapa balun AP. Kerajaan begitu baik hati, setelah Ap diberi, mereka yang mendapat, menipu kerajaan dengan mengistiharkan rega kereta import tu murah. Sampai kerajaan RUGI! dalam bentuk cukai. Kasihan atau kesian?

Sorry Naga tergelincir dari landasan. Lagi satu nak tanya PA boss kau Lelaki ke Perempuan? Sekarang ni banyak sekehteri dan PA lelaki. Mereka cekap buat kerja dan tak mengada-ngada.

Julai 20, 2005 9:12 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Naga... kalau AP boleh pakai setahun sekali.. kalau PA boleh pakai banyak kali setahun....

PA jantan pun boleh pakai gak aper..

Julai 20, 2005 10:32 PG

 
Blogger Korakora said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Julai 20, 2005 2:52 PTG

 
Blogger Korakora said...

AFUNDI vs APundi

dua program realiti berbeza tapi impak mungkin sama. AFUNDI, orang berdebar2 sapa yg terkeluar dari AF3, manakala APundi, orang berdebar2 sama ada wanita-berbaju-merah masih dapat memerptahankan keBESIannya :P

afundi vs APundi

Julai 20, 2005 2:59 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Tak sangka kita mempunyai ramai pelakon veteran berbakat untuk watak mengalirkan ayor mate!jangankan Yasmin-produser sepet, kalau Donald Trump uji bakat pun 'terkucil' dia nengok bakat terendam di Malaysia ni..hehe

Julai 20, 2005 3:42 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Tak sangka kita mempunyai ramai pelakon veteran berbakat untuk watak mengalirkan ayor mate!jangankan Yasmin-produser sepet, kalau Donald Trump uji bakat pun 'terkucil' dia nengok bakat terendam di Malaysia ni..hehe

Julai 20, 2005 3:44 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

bang, opis kau kat mana? nak singgah. nak check AP tu.

Julai 21, 2005 6:38 PG

 
Blogger Anonymous said...

Brader,

Aku hingat AP tu Ayah Pin.

Alaaa..kalau depa yang terima AP tu tak de, tak de can la aku nak tengok kereta dahsyat-dahsyat. Takat tengok aje la.

Julai 21, 2005 11:52 PG

 
Blogger rasabaik said...

setelah sengaja membaca pos kau ni, aku terpikir beberapa pekara (bukan mudah nak terjadi aku tepikir; sbb grey matter aku sememangnya greyscale): aku tak tahu amende AP tu, mungkin sbb dah bertahun aku stop beli paper kecuali untuk serap teh ais tertumpah atas meja kopi aku yg kubeli kat ikea tu; dan dah lama aku tak tengok tv, sbb asik dengar madredeus, callas, mariza, miroslav vitos, john maclaughlin, dan lain2 mereka yg telah merosakkan aku yang serba inosen ini. AP? sowat? kita boleh dpt macam2 lagi kat dunia ni–AB, frinstance:Akaun Bersama(kalau simpan duit bersama); Akuan Bersama(kalau kena tangkap basah); Akal Bersih(kalau caya pada Plato); Ahmad Bustaman(yg sering diunderate oleh bos kita); Air Bani(huh?); Ayam Belanda(walaupun takde kene mengene dgn tempat lahir zara whites); Aweks Barangbaik; Akademi Bantasia(boleh tu); Alim Beriman(ke sorga kita); Arahan Buduh(kita tau sapa yg bagi), dan lain2 lagi.
wassalam.

Ogos 09, 2005 12:40 PG

 

Catat Ulasan

<< Home