"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

21 Julai 2005

Happy birthday komrad!

Hari ini. Birthday D (One Breast Bouncing). Dan. Birthday Ayis. Ayis minta hadiah. Birthday. Via SMS.

Aku. Dan. Jegang. Pakat-pakat. Kutuk. Ayis. Jegang kata Ayis 'belia'. Aku kata Ayis 'skema'. Sebab? Sebab Ayis masih sambut. Birthday. Ha ha.

Kejap-kejap aku telefon Ayis. Dan. Ucapkan Happy Birthday. Kepada Ayis. Kejap-kejap aku telefon Ayis. Semula. Dan. Ucapkan Happy Birthday. Kepada Ayis. Kejap-kejap...

Ring!

Ring!

Ring!

"Hello Bro. Aku tengah 'meeting'. Wahsup?" Ayis.

"He he. Aku nak ucap Happy Birthday kat kau lagi. Boleh?" Aku.

Ha ha. Aku. Ayis. Ketawa mengekek. Kalau Jegang tahu, dia pun akan ketawa. Mengekek. Juga.

COMMA

Kami. Dapat email. Dari Ayis. Dan katanya:

"Hari ini bukan birthday aku. Tapi, birthday anak aku!!"

Apapun, happy birthday komrad! Aku hadiahkan gelak ketawa sampai ke malam. Bersempena hari jadi kau. Harap kau sudi terima. Ha ha.

10 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Tok rimau kata "Fidah kata dia tak bagi birthday tie pada Tun. Doa je memadaii"

Tun pun mengekek ketawa macam kau. Agaknya.

Julai 21, 2005 6:09 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Fidah tak tahu nak bagi Tun apa. Nak bagi AP ke atau nak bagi PA ke?

Tun. Ketawa mengekek. Macam aku. Jegang. Ayis. D.

Julai 21, 2005 6:14 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Betul ke bukan birthday Ayis?!&?

Tipah Tertipu!

intanzk

Julai 21, 2005 11:08 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Julai 22, 2005 8:58 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Tipah tak tertipu,
Thanks Bro for wishing me "happy birthday" today, again and again and again dan menghadiahkan aku senyuman sepanjang malam...

Julai 22, 2005 12:57 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ayis,
Happy birthday again and again and again again (repeat till fade)!

Ha ha.

Julai 22, 2005 1:13 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Hari ini birthday abang Mat* (MOHAS) yang ke... ke... 45! Kata dia. Tapi aku tak percaya. Ha ha.

Budak2 kat opis belikan dia kek kecil. Dan suruh opis boy hantar ke meja dia. Dan suruh (paksa sebenarnya) opis boy nyanyi lagu Happy Birthday kpd dia. Opis boy nyanyi dgn decibel yang paling rendah. Sbb 1. opis boy tahu suara dia tak best, 2. opis boy takut kalau2 abang mat lempang dia nanti.

Lepas habis nyanyi, kami satu opis tepuk tangan kuat2 sambil bontot kekal terpaku di workstation masing2.

"He he he. First time dalam hidup aku dapat kek. Macam skema je!!!" Abang Mat.

Happy birthday abang Mat oh my sifu!

*BUKUNOTA interview MOHAS minggu lepas.

Julai 22, 2005 3:37 PTG

 
Blogger Unknown said...

Naga, terima kasih. Seperti Ayis, hari ini juga sebenarnya bday mak aku. kau pun tau kan?
Lagi sekali, terima kasih komrad! Utk Ayis ada hadiah eh, utk aku?

Julai 22, 2005 4:35 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Akupun cuma dapat hadiah senyuman sepanjang malam... dari Naga

Julai 22, 2005 5:45 PTG

 
Blogger rasabaik said...

wooh, aku betul2 tersesat, salah sangka, perasan, kecundang, dan lain2 lagi bila aku belek post kau ni. aku mati2 tersangka kau ucap birthday aku, kawan lama kau ni.

Ogos 08, 2005 11:45 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home