"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

26 Oktober 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah, Bahagian 1

‘Bila kita ingat orang – orang akan ingat kita!’

KOMA

“Bu~shed (Bullshit)!!!” teriak Hussin (lakonan Awie Wings).

Kadang-kadang, orang banyak merasakan, apabila kita tidak lagi menjadi kita – a’hah, itu lambang ‘kita lebih maju setapak dari orang lain’.

Kadang-kadang, orang banyak merasakan, apabila kita bertutur dalam bahasa Inggeris, walau entahkan betul entahkan tidak bunyi sebutannya –itu prestij, itu lambang kita lebih maju dari orang lain (ironinya kita amat percaya – kita tidaklah akan lebih maju dari orang Inggeris itu sendiri). Ya, hal ini terlalu benar bagi Hussin.

Bagi Hussin, memperolehi SPM pangkat tiga (Abang Mamat Khalid beritahu: Hussin dapat SPM pangkat tiga. Tapi, saya syak: Hussin hanya dapat Sijil Am Pelajaran sahaja) tidak akan menjadikannya lelaki lebih baik (a better man).

Bagi Hussin, nak mengorat pun – sekurang-kurangnya perlu ada SPM. Apatah lagi, jika dia ingin menyunting perempuan pujaannya untuk dibuat bini; bernikah dan berkenduri kendara selama tiga hari tiga malam; seterusnya mempunyai anak setengah dozen; seterusnya dicalonkan untuk menjadi Ketua Cawangan; seterusnya dicalonkan untuk menjadi Ketua Bahagian; seterusnya dicalonkan untuk menjadi Majlis Tertinggi; seterusnya… “Udoh le tu, Yeop! Bagi oghang lain le jadi Naib Presiden… cukup-cukuplah teman jadi AJK Cawangan, ye…!”

Hussin sedar, dalam dunia politik ada banyak wayang, dalam dunia politik ada banyak orang main silap mata. “Kalu idok oghang kite – oghang demeh yang suke main-main akrobatik ni! HA HA!”

Hussin juga sedar, dalam dunia politik ada banyak hantu, dalam dunia politik ada banyak magis. “Jadi ‘oghang atas-atas’ ni susoh bebeno nok kene ‘buatan oghang’. Sebabnye, ‘oghang atas-atas’ ni makai pendindinggggg…. power, ngalohkan pawang, ye...! Pernoh dengar Presiden kene santau? Hah! Mane pernohnyeeee!!!!”

Bagi Hussin, hanya yang menjadi pelopor dan menjadi yang berada ‘di atas’ sahaja akan dimuliakan orang; orang akan memandang ‘tinggi’ kepada kita, orang akan mendengar pendapat dan cakap-cakap kita, orang akan mengingati kita sampai bila-bila.

[Sesetengah orang percaya: Bila dia jadi pelopor – orang banyak akan ingatkan dia – bila dia mati nanti – orang banyak akan doakan dia – maka, lubang kubur dia akan lapang dan terang selalu.]

Ya! Hussin nak menjadi pelopor, Hussin nak menjadi orang yang berada ‘di atas’. Tetapi, Hussin nak menjadi orang ‘di atas’ yang sentiasa ingatkan orang ‘di bawah’! Bila orang ‘di atas’ ingat orang ‘di bawah’ – nescaya, orang ‘di bawah’ akan ingatkan orang ‘di atas’ juga - hah, barulah orang nak mengundi kita! *ahaks*

‘Bila kita ingat orang – orang akan ingat kita!’

Maka, untuk itu - (untuk mengambil SPM berkali-kali – Hussin dah tak mampu) Hussin mengambil keputusan untuk bertualang. Hussin ke Singapore. Bekerja. Menyimpan duit. Membeli motosikal besar. Dan bertutur dalam bahasa Melayu berselang Inggeris.

“Bu~shed (Bullshit)!!!” teriak Hussin.

25 Oktober 2010

FFM23 - Filem [Kita] ke Persada Dunia.

Aku rasa macam dah nak terkencing sangat-sangat.

Dari kesemua lif yang terdapat di Menara O - hanya satu lif yang benar-benar berfungsi elok. Makanya, ramailah 'kaum' yang menunggu untuk masuk ke dalam lif yang satu itu.

Pintu lif terbuka. Kami masuk ke dalam lif sambil mulut cakap 'ekskiusmi, ekskiusmi!' Dan kemudian, ada 'kaum' yang meneka-meneka isi kandungan bungkus makanan aku. "Mmm, bau macam kuih pau lah!" "Nope! Ni macam bau nasi lemak lauk sotong!" Helo sistaa, aku beli otak-otak, okehhhhhhhhh!

Ting! Sudah sampai. Keluar lif. Buka pintu rumah. Letak bungkus makanan di atas meja makan. Aku masuk ke dalam bilik air. "Kita kencing dulu!"

Buka TV. FFM23 sudah mula. Duduk di atas sofa orang kaya-kaya. Sambil makan otak-otak.

KOMA

Ulasan:
1. Zizan, dan mamat ketot tu mengacara majlis macam jahanam! Pada aku, ini kobinasi yang silap, sama macam kau makan roti paun cicah masak lemak putih, eeeeiiiiuuuuu, tak kena langsung! FFM akan datang - elok beri peluang kepada Rochang Nor untuk mengacarakan rancangan.

2. Dua sahaja ramalan aku yang betul: 1. Poster terbaik, 2. Filem Box Office.

2.1. Timbul tanda tanya. Katakanlah Hag dan Estet ditayangkan di pawagam dalam satu dua bulan akan datang - dan jualan tiketnya mengatasi jualan tiket Adnan Sempit - adakah anugerah yang dimenangi oleh Adnan Sempit ini akan ditarik semula, atau macamana?

3. Anugerah Khas Juri itu untuk filem-filem yang macamana? Untuk filem-filem yang tidak bertanding? Atau untuk filem-filem yang dijangka tidak akan memenangi apa-apa anugerah?

KOMA

Zizan buat kelakar pasal hidung dia. Penonton sudah mula gelak. Tapi sayang, rancangan dah nak habis. Sama nak habisnya dengan otak-otak yang aku beli tadi. HA HA.

Aku rasa macam nak pergi beli bubur nasi.

21 Oktober 2010

Cilakak. Bab 5

PP: Ok, cun cun. Gua buat kaler-kaler punya ni. Ada merah, ada biru, ada emas...

Naga: TR suke tu (t shirt kaler mas).

PP: Kah kah kah. Dia selera lain!

Naga: Cuma, satu gua nak suruh lu tambah...

PP: Apa dia?

Naga: Bubuh satu grafik kecik kat belakang... tulis, DI CETAK OLEH PIPIYAPONG, CEWAAAHHHH! Amacam? Kacip tak?

PP: Keh keh keh. Nanti gua fikirkan.

Naga: Bila pakai baju tu - tengok dari belakang, orang akan baca, CEWAAAHHHH! Pergh, bangsat gak idea gua ni... jenderal la katakannnnnnnn!

PP: Tak boleh bawak semayang jumaat la [kalu] gitu! Cilakak!

Naga: Ha ha ha. Semayang pandang bawoh, pandang sejadah, tunduk kepale... malu, hormat kat Tuhan!

PP: Keh keh keh. Ye tak ye juga...

Naga: Kecuali MatJan la... Kalu dia pandang bawoh pun... kalu depan dia Benon... dia boleh bace gak lagi.

PP: Kah kah kah. Cilakak!

15 Oktober 2010

Menjelang PRU13: Belanjawan

Pak Akop melongo. Usop Ludin Tanah Lot melongo. Mat Trompet melongo. Sarjan Kassim melongo. Karim Driving School melongo. Jefri Shahbudin melongo. Mamang Sulan pun melongo [ironinya, dia memang tidak faham apa-apa pun tentang Melaysia]. Di radio, Perdana Menteri sedang menghunjam dedaun telinga-telinga mereka ini dengan pembentangan belanjawan. Pung pang pung pang, unjuran, pung pang pung pang, keluaran negara kasar, pung pang pung pang, rokok nak kasi naik harga lagi ke tak....

Latip Teksi Hitam Kuning baru sampai, lalu menyertai mereka. Di tangannya ada plastik teh ais yang telah pun separuh habis.

"Dari mana, Tip?" tanya Pak Akop.

"Dari hotel belanjawan di Jalan Ipoh, hantar pesenje," jawab Latip Teksi Hitam Kuning.

"Ooo," kata Pak Akop.

KOMA

"Sekianlah sahaja pembentangan belajawan negara pada kali ini. Saya sudahi dengan serangkap pantun... pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas. Tata!" Perdana Menteri mengakhiri pembentangannya.

Pow! Jefri Shahbudin tepuk pangkin. Yang lain-lain tersentak.

"Ceh! Penjawat awam dapat. Pekerja swasta dapat. Perempuan mengandung dapat. Budak-budak dapat. Pengguna jalan raya dapat. Bla bla bla...." jerkah Jefri Shahbudin, "Saya ni... habuk pun tak dapat apa-apa! Ini tak adil!!!"

"Aaa, kamu ni kerja apa sebenarnya, Jefri?" tanya Pak Akop.

"Penganggur!" jawab Jefri Shahbudin.

"CEHHH!!!"

Label:

Cilakak. Bab 4

Gua: Well, siapa 'ja dalam dunia ni yang guna nama Abdillah - lu dua orang 'ja kan (Firdaus Abdillah & Jamal Abdillah)!

PP: Betul juga tu!

Gua: Yang lelain, Muhayat...

PP: Borgiba...

Gua: Semael...

PP: Brenden...

Gua: Benon...

PP: Keh keh keh.

GG: H'ah! Mane nak 'menaik' kalu nama Benon Abdillah!

PP: He he he. Cilakak!

bersambung...

08 Oktober 2010

Kome

[ , ]

06 Oktober 2010

Hari ini hari tidak hepi Irdawati

Hari ini hari yang macam selalu-selalu. Tetapi, hari yang macam selalu-selalu buat kita bukanlah hari yang macam selalu-selalu buat Irdawati. Hari ni hari yang tidak hepi buat Irdawati. Tidak hepi sehingga Irdawati merasakan awan di atas pundaknya telah menjadi guguk.

"Abang! Saya nak cari kerja lain! Yang lebih hepi!" beritahu Irdawati, dalam sedu sedan.

Tap!

"Hah! Adik dah cuba minta kerja di Mc Donald? Di situ ada clown...!" beritahu saya.

Lantas, sedu sedan Irdawati pun menggunung.

Hari ini hari yang macam selalu-selalu. Tetapi, hari yang macam selalu-selalu buat kita bukanlah hari yang macam selalu-selalu buat Irdawati. Hari ni hari yang tidak hepi buat Irdawati. Tidak hepi sehingga Irdawati merasakan awan di atas pundaknya telah menjadi guguk.

05 Oktober 2010

Kekalahan yang telah dijangka, makanya saya tidaklah gelisah seperti yang lain-lain

Ini Mesyuarat Agung PENA yang ketiga kali (jika tidak salah saya) pernah saya hadiri.

Yang pertama kali - ketika saya tiba, mesyuarat telah tamat, dan orang banyak sedang menyenduk nasi.

Yang kedua kali - ketika saya tiba, Tan Sri Jins Shamsuddin sedang membuat ucapan pengulungan (jika tidak salah saya), Zalila Isa sedang menyandar di bingkai tingkap dan kletek kletek menbidik kamera, dan Dr. Ahmad Razali datang bertanya, "Kenapa lambat?" Saya jawab, "Baru bangun tidur, Pakcik!"

[Orang banyak di PENA memanggil Dr. Ahmad Razali - Ayahnda. Tapi, saya memanggil beliau - Pakcik. Sebab, 1. Bekas kekasih saya (yang bersekolah di Sains Raub itu) - anak saudara beliau. 2. Anak-anak beliau - kawan baik saya. 3. Ketika remaja, saya selalu tidur baring makan minum di rumah beliau di Morib - sudah terbiasa memanggilnya Pakcik.]

Yang ketiga kali ini - saya tanam tekad, saya bangun awal pagi, bersiap-siap hendak ke Rumah PENA, dan saya titipkan pesanan ringkas kepada Setiausaha Agung PENA, 'Otw. Dah ada yang baling-baling kerusi ke? He he.' Beliau membalas, 'Cepat! Pagi-pagi dah ada yang nak merusuh ni! He he.'

Saya tiba di Rumah PENA 30 minit awal, bersalaman dengan beberapa orang, bersarapan pagi (minum kopi o dan makan karipap), dan mencongak-congak calon yang hendak saya undi.

Mesyuarat dimulakan, saya mengawal punat PA System, Datuk Baha berucap, Pak Anas K. Hadimaja membelasah tum tam tum tam, SM Zakir menjawab antara entahkan menahan marah entahkan gugup entahkan apa, dan Nazmi (BH) menaip laporan dengan begitu panjang lebar.

Proses demokrasi berlangsung, saya dicalonkan untuk dua jawatan: AJK dan Pemeriksa Kira-kira, ahaks. Apabila nama Zalila Isa dipotong (kerana tidak hadir), Nazmi menarik diri (kononnya, atas alasan 'conflict of interest'), saya pun mengambil langkah yang sama - untuk tidak bertanding jawatan AJK, he he.

Maka, untuk menjaga air muka tuan rumah dan orang yang mencalonkan saya (saya tidak tahu siapa), cewah, saya hanya bersetuju untuk bertanding bagi jawatan Pemeriksa Kira-kira sahajalah (dengan anggapan, alaaaah, check akaun, kerja enteng sahaja ni, he he).

Tap! Saya lupa, walaupun Wak Saring tidak mempertahankan jawatan Pemeriksa Kira-kira pada kali ini - lawan saya yang lain-lain bukannya calang-calang orang: 1. Bang Azrar (menjadi Pemeriksa Kira-kira PENA untuk sekian lama), Wan Zaida (menjadi Setiausaha Kerja Pertemuan Penyair Nusantara), 3. Rajeswari (AJK PENA). Makanya, saya sudah jangka yang saya memang sudah tiada peluang, ha ha. Berkongsi rasa 'sudah jangka' saya itu - Nazmi, si wartawan BH yang asyik mengekek-ngekek sejak dari tadi. (Sebagai rekod: Nazmi pernah menganggotai Sindiket Sol-Jah. Saya buang dia sebab 'gol' perjuangan kami tak sama, HA HA). Maka, saya tidaklah merasa gelisah di sepanjang pertandingan empat penjuru ini. Cewaaaaah!

Dipendekkan cerita - saya hanya mendapat 10 undi dan saya kalah. Apabila saya congak-congak kembali kawan-kawan PENA yang betul-betul saya kenal ketika Mesyuarat Agung ini berlangsung, (10 orang sahaja jumlah kesemuanya), dan jika saya turut mengundi nama saya sendiri - maka, saya syak bahawa Nazmi tidak mengundi saya! HA HA HA HA HA. ["Tak gunaaaaaaaaa!" kata Shin Chan.]

Akhirnya, saya dan Nazmi pergi makan lemang, rendang, ulam jantung pisang cicah sambal belacan, dan lauk ikan. "Tak makan nasi ke?" tanya Pengerusi Tetap PENA. "Diet!" jawab saya. Dia tak tahu yang saya sudah banyak 'round' dok belasah makan ulam jantung pisang cicah sambal belacan tu! Syyyy....

Tidak hairan ungkapan yang saya ulang termasuk kepada Sinaganaga (yang kami jenakakan hanya dikenali 10 ahli meskipun setiap bulan berhempas-pulas mengadakan Maskara) bahawa: “Ada pemimpin yang meskipun menang, dia tetap kecewa. Tapi Baha Zain, meskipun kalah, dia tetap lega.” tulis Nazmi Yaakub dalam 'Pasca-pemilihan PENA: Baha Zain yang tetap tenang'.

Cilakak. Bab 3

Naga: Eh, ada kutu tanya gua.

PP: Apa dia?

Naga: Mana lu dapat duit beli Surya?

PP: Hehehe. Gua ada modal sikit la bila datang KL [kali] ni. Kah kah kah.

Naga: Ya ya, tu pun yg gua cakap kat dia orang. Gua cakap lu jual dadah. HA HA.

PP: Hehehe. Cilakak.

01 Oktober 2010

Cilakak. Bab 2

Naga: Lu tengah tunggu Semael ke tu?

PP: Ha'a. Tengah tunggu la ni. Dia kabor kejap lagi sampai.

Naga: Semael mari naik bas turun mana?

PP: Pekeliling. Eh tak tak, dia tumpang Brenden.

Naga: Brenden pun mari gak?

PP: Ha'a, mari. Gua nak buat baju kelepes ni, Jend. Amacam?

Naga: Buatlah! Nanti gua beli selai dua.

PP: Orait. Design dah ada ni, tinggal nak print je.

Naga: Gua ada cakap dengan Semael hari tu, 1. suruh buat/cari duit sket untuk lu orang, 2. gua nak amek Semael jadi aprantis gua - nak ajar layout.

PP: Ha'a orait orait. Semael tu boleh kautim.

Naga: Gua nak bawa kawan-kawan keluar dari kancah kemiskinan.

PP: Peh... Ini yang gua gemar ni.

Naga: Cewah.

PP: Cewaaaahhh tu kena panjang sikit, Jend!

Naga: Kah kah kah, gua baru belajar ni, kekok la sikit. Macam ni ke: cewaaaaaaaahhhh...

PP: Yes, itu macam.


bersambung...