"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

28 Mac 2008

Darkroom yang sungguh dark side

Suatu hari. Selepas usai kerja-kerja mengambil gambar di studio. Abang Lias. Ahli Foto Kanan kami. Ajak aku masuk darkroom. Wo? Ho ho ho!

“Kerja-kerja memproses filem memerlukan keadaan yang gelap total! Jika tak… filem akan terdedah kepada cahaya dan menjadi rosak!” Kata Abang Lias.

“O.” Kata aku.

“Kalau dah biasa… ‘tutup mata’ ’pun boleh bikin! Ha ha ha!” Kata Abang Lias. Lagi.

“O.” Kata aku. Lagi.

“Lagi pun… gelappp! Buka mata ke… tutup mata ke… sama ’ja! Tetap tak nampak apa! Ha ha ha!” Kata Abang Lias. Lagi. Dan lagi.

“O.” Kata aku. Lagi. Dan lagi.

Abang Lias pejam mata. Aku tengokkan saja. Abang Lias raba-raba, cari kelongsong filem ILFORD 200 ASA. Jumpa.

Kemudian. Abang Lias hentak kelongsong filem tu pada meja. Abang Lias ambil filem tu dan isi ke dalam steel reel. Apabila usai, Abang Lias ambil steel reel tu dan bubuh ke dalam reel tank. Ya, Abang Lias masih pejam mata.

Tik!

Tik!

Tik!

“Ya, ada apa nak tanya?” Kata Abang Lias.

“Aaa… bila kita nak tutup lampu darkroom ni?” Kata aku.

“Alamaaaaaaaaaaaaaak k k …!” Kata Abang Lias.

Tap!

Abang Lias tepuk dahi.

25 Mac 2008

Wey, twinkle twinkle litelel star: Pergi sekolah naik Mercedes

Gemas, 1975

Abah bukan orang kaya. Tapi, aku pergi ke sekolah naik Mercedes. Serius! Ha ha.

Deed!

Deed!

Cina gemuk tu dah sampai. Mercedes dia berhenti betul-betul di hadapan rumah kami. Cepat-cepat aku pakai kasut Bata (tapak hijau). Dan. Emak sempat juga berpesan, “Jangan kau bergasak lagi budak Cina tu!!!!" Aku kata, "Ok!"

Deed!

Deed!

Lampu belakang Mercedes Cina gemuk itu macam lampu kereta Batman. Kerusi hadapan Mercedes Cina gemuk itu bersambung di antara kerusi pemandu dengan kerusi penumpang. Diperbuat daripada vinyl warna kuning air, kerusi hadapan Mercedes itu boleh memuatkan 1. Cina gemuk (pemandu), dan 2. empat lima orang murid-murid S(rendah)TAR. Di kerusi belakang Mercedes itu pula boleh memuatkan sehingga tiga empat orang pelajar-pelajar S(menengah)TAR. Pendek kata, Mercedes Cina gemuk ini memang padat macam komuter dari Shah Alam ke KL Sentral di waktu pagi. Mercedes Cina gemuk itu tak ada air cond.

Deed!

Deed!

Ada seorang budak Cina yang pehanya selalu merembeskan peluh apabila kami pulang dari sekolah dengan menaiki Mercedes Cina gemuk itu. Oleh kerana kerusi Mercedes itu diperbuat daripada vinyl, maka peluh itu tidak terserap. Dan adakalanya peluh itu mengalir seperti sebuah anak sungai sehingga mengenai peha aku yang gebu (Ingat peha John Hafiz saja yang gebu ke? Ha ha). Aku geli! Aku suruh budak Cina itu lap peluh tersebut. Dia tak mahu. Lalu, aku debik dia... sebiji, dua biji, tiga biji, dan berbiji-biji lagi.

Deed!

Deed!

Abah bukan orang kaya. Tapi, aku pergi ke sekolah naik Mercedes. Serius! Ha ha.

23 Mac 2008

Wey, twinkle twinkle litelel star (prolog)

"Wahhh! Mak dengar kau dah jadi 'star' sekarang ya?" Emak tanya aku.

"Hish! Mana mak tau ni?" Aku tanya emak, semula.

"Mak tahulah...." Emak jawab aku.

Aku diamkan sahaja. Sambil mamah biskut lemak. Celup dalam koko panas.

"Wahhh! Tak sia-sia mak hantar kau bersekolah di STAR* Gemas dulu ek!” Emak kata, lagi.

Aku tersedak. Ada biskut lemak lembik. Keluar dari lubang hidung.

...

*STAR - Sekolah Tuanku Abdul Rahman (English School).

21 Mac 2008

Ini air baru. Ini baru air.

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Rakyat Selangor akan menikmati bekalan air secara percuma sehingga 20 meter padu sebulan bermula April ini.

Bekalan air percuma untuk 20 meter padu yang pertama merupakan sebahagian daripada janji manifesto pilihan raya yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12.

Pada ketika itu, Kasman dalam suapan nasi yang pertama, apabila pintu rumah bujangnya diketuk orang.

"Tengah makan ke, Kas?”

"A’ah! Ada apa hal, bang? ...datang bertandang ke rumah orang dalam keadaan bertuala mandi?"

"Abang nak tumpang mandi di rumah kau, Kas! Aaa... meter air di rumah abang dah cecah 20 meter padulah!”

"Boleh boleh! Dah datang jauh-jauh menyeberang sempadan ni... ta’kan saya tak bagi abang mandi di rumah saya pula. Sila sila! Buatlah macam bilik air sendiri!”

NOTA: Kasman tinggal di Ampang Ulu Kelang 3, Selangor. Dan orang bertuala mandi itu tinggal di Ampang Ulu Kelang 3, Kuala Lumpur. Oh ya, kata Kasman lagi, kalau ada orang JB nak tumpang mandi di rumah dia pun tak apa, "Sila sila!"

18 Mac 2008

Ini mata silap. Bukan silap mata.

Aku lukis, salah, dan keromotkan kertas itu pejap-pejap dengan kedua-dua belah tangan, kemudian.

Krap!

Krap!

Krap!

Krap!

“Nanti keluar merpati ek, Ge?” Tanya kakak yang suka mandikan burung itu.

Hah?

13 Mac 2008

Tanya sama dompet, “Apa pasal kembang?”, nanti jawab dompet, “Ada banyak barang!”

Image Hosted by ImageShack.us

Damn! Pipiyapong tag aku. Yalah, kalau tak dilayan nanti… dikatakan pemimpin tidur; tak mahu dengar isi hati rakyat. Nanti mereka pakat-pakat gulingkan aku dan lantik Amir Mukhriz jadi Ketua Turus Sindiket Sol-Jah pula. HA HA.

Dompet adalah carrier kecil untuk pelbagai keperluan yang membesar. Memperagakan isi dompet kepada khalayak adalah seumpama membuka pekong di dada. Isi dompet melambangkan keperibadian dan prestige pemiliknya, kata sesetengah pendapat. Ada pula pendapat yang menyangkalnya. Jadi, untuk menjawab persoalan tersebut - mari kita jengok ke dalam dua buah dompet milik Sinaganaga: yang satu diberi nama Gaya Seni dan yang satu lagi diberi nama Ciptaan Budi. (Diberi nama? - Macam meriam Portugis-lah! HA HA.)

1.Gambar awek lawa.

2. MyKad aku.
3. MyKad pendua milik Muhammad. Sebab Muhammad selalu lupa bawa dompet, haiyah!

“Where’s ya money?”
“I forgot to bring my wallet, sir!”
“Grrrr… In this case, I’ve to pay for ya cheap ‘Adidas’ cologne-lah?”
“Yes, sir! Thank you, sir!”

4. Lesen memandu. Sebab bank selalu minta, “Boleh saya dapatkan kad pengenalan dan lesen memandu enche? Uuu… kacaknya enche!!!”

5. Kad Perjalanan Bulanan LRT. Sebab aku mengamalkan cara hidup moden. Minyak? Apa kebendanya tu? Ha ha.

6. Kad Gores (dan Menang?) Syarikat D. Kalau tak ada kad ni tak boleh masuk ke dalam pejabat.
7. Kad Pengenalan DBP. Sebagai tanda kenang-kenangan yang kononnya pada suatu masa dahulu aku pernah bekerja di DBP.
8. Kad Perubatan DBP. Sebagai tanda kenangan-kenangan dan memperingati diri: apabila genap umur 50 tahun esok – jangan lupa pergi ambil duit pencen buat beli rokok. Masa tu harga sekotak rokok - RM18 (14 batang) agaknyalah.

9. Kad Master Maybankard. Kad Lisa… aaa, Visa aku dah gunting. Sorry sayang!
10. Kad ATM BSN Matrik.
11. Kad ATM Bumiputra Commerce.
12. Kad ATM Maybankard.

13. Kad ING.
14. Kad PRUassist.

15. Kad Klinik Gigi Jasa Dental Surgery. Doktor gigi tu kata, “Ingat saya – ingat gigi enche! Oh! Jangan lupa temu janji kita ya!”

16. Kad Priority FotoKem.
17. Kad VIP Bintang Maju.
??. Kad Machines? – Tak tahu mana aku letak. Mesti kena pergi cari ni.

18 - 19. Kad Emas Meritus Privilege Club dan Kad Partners Promark. Selalu digunakan untuk bercuti ke luar negara bersama-sama wanita-wanita genit. Kepada wanita-wanita yang tidak genit – tidak perlulah meminta-minta ya! *Ahaks!*

20. Duit tunai - RM432.00 Duit gaji bulan Januari. Duit gaji bulan Februari tak usik lagi. Ha ha.
21. Duit tunai berlipat - RM20.00 Duit baki sessi teh tarik dengan senior SMSS. Jamal, MD Salbros ‘Carisbrook Malaysia’ kata, “Simpan duit tu!” Entah bilalah dia nak beri arahan, “Ok, guna duit tu!”
22. Duit tunai Saudi Arabian - 1 Riyal. Mas ZZ bagi. Katanya, “Kalau simpan duit Saudi – nanti ia bagaikan mengamit-ngamit kau untuk pergi ke Makkah.

Nota ringkas: Duit-duit kertas ini sentiasa disusun mengikut turutan nilainya dan mengikut ‘semua muka Agong mesti pandang ke hadapan’, tak boleh satu tu pun tertonggeng!

23. Beberapa keping penyata transaksi bank.

23. Kad Perniagaan milik John Tea. John Tea adalah kawan lama aku dan juga MD di Evergreen Adventure.
25. Kad Perniagaan milik Pooi Lai. Pooi Lai adalah pekerja John Tea.
26. Kad Nama milik Azzam Supardi. Azzam Supardi adalah seorang editor tahap dewa. HA HA.
27. Kad Nama Sindiket Sol-Jah milik Sinaganaga.

28. Cebisan kecil bil Tenaga Nasional Berhad.

Jadi, sekarang kalian sudah tahu sebab-musabab kenapa Sinaganaga digilai oleh wanita-wanita genit. Humcha!

12 Mac 2008

Siri Pilihanraya Sudah Berlalu: Muhammad Kesorga

Semalam. isteri Ahmad Hamzah. Bersalin anak lelaki.

"Ge! Minta kau cadangkan beberapa nama yang sesuai!” Minta Ahmad Hamzah.

"Ok!" Kata aku.

...

Muhammad Pasrule.

Muhammad Adil.

Muhammad Al-Dap.

...

"Hahahahampehhhhhhhhhh!" Kata Ahmad Hamzah.

10 Mac 2008

Siri Pilihanraya Sudah Berlalu: Sebumbung tetapi tak sepuntung

Kata Tok Rimau, "Bagus ipar-duai kau... walaupun mereka dan kau tidak mempunyai fahaman politik yang sama, tetapi masih lagi boleh 'sebumbung' dan boleh menghisap rokok bersama-sama.”

Kata aku, "Tapi, aku hisap rokok Dunhill, dan mereka hisap rokok Benson!"

Kata Tok Rimau, "Oh!"

...

TAHUKAH KAMU?: Penagih tegar Dunhill selalu kata Benson itu 'rokok jamban' dan begitu jugalah sebaliknya. Jadi, mereka ini tidak sekali-sekali menghisap rokok selain daripada brand kegemarana mereka. Pelik bukan.... Tapi, apa kaitan semuanya ini dengan politik? “Saudarek... fikir-fikirkanlah!" Kata Farid Ismet.

...

(Aku calon paracut PUNDAK) - P153 SEMBRONG - 739 undi.

Pilihanraya akan datang aku nak bertanding kat kampung, sebab... PUNDAK - P135 ALOR GAJAH - 1,953 undi.

07 Mac 2008

Siri Pilihanraya Esok Hari: Dakwat

Image Hosted by ImageShack.us
Dari kiri:

Black, Holbein Drawing Ink.
Ciri fizikal: Pigmented, Waterproof, Opaque.

Black (India) 028, Daler-Rowney Acrylic Artists Ink
Ciri fizikal: Pigmented, Water Resistant, Non Clogging, Opaque, Permanence.

Light Gray (11), Dr. Ph. Martin's Syncromatic Transparent
Ciri fizikal: Conforms to ASTM D4236, Technical Pen, Brush, Airbrush.

Bleed Proof White, Dr. Ph. Martin's
Ciri fizikal: Homogenized, Opaque, Not chip or peel.

“Jangan guna dakwattt!!!" Jerit seorang penyelia designer yang baru keluar dari bilik mesyuarat itu.

"So???" Tanya aku, seorang designer, yang Faisal Tehrani dakwa, "...paling sensasi dan paling nakal di Malaysia." Ha ha.

"Editor suruh sketch guna pensel sahaja dulu..." Kata penyelia designer yang baru keluar dari bilik mesyuarat itu.

06 Mac 2008

Siri Pilihanraya Sudah Dekat Benar: "Politikos!" Kata Si Greek.

Di bawah pohon willow yang daunnya paling melambai-lambai, dua orang muncikari sedang beristirahat.

“Encik Hideyoshi begitu mengebu-gebu apabila berbicara tentang politik,” kata muncikari yang sedang mengira-ngira upah hasil pekerjaan jahat mereka, “tetapi, tidak pula dalam seumur hidup dia pernah mengundi mana-mana parti!”

“Masyarakat seharusnya membezakan hal politik dengan hal aktiviti politik,” kata muncikari yang sedang berbaring, dalam nada yang mengumam-gumam kerana mulutnya sedang leka menghisap batang kemuncup, “dan, kau adalah sebahagian daripada masyarakat yang aku maksudkan itu!”

01 Mac 2008

Siri Pilihanraya Sudah Dekat: Menangguk di air yang keruh

“You dah putus?”

“Dah! Kenapa?”

“Kalau betul dah... I nak hantar Cik Teh ke rumah keluarga you!”

“Sungguh ke, you? Betul ke you nak suruh mak you datang jumpa mak I? Alahai, you buat I rasa malulah!”

“Apa pula tak betulnya! I nak suruh Cik Teh ke rumah keluarga you; hantar tender katering untuk majlis perkahwinan you esok-esok nanti!”

“Ha ha! You ni kejilah, Ge!”