Kau lelaki tanpa perasaan, kata Amyz. Aku ketawakan saja. Ha ha.
Hari itu. Mawar dalam sedu-sedan di telefon. No, kata aku, saya dah tak boleh layan kehendak awak lagi, saya akan sibuk selepas ini, saya nak kena layan buku Faisal pula (dan beberapa buah buku lain juga), designer lain akan layan buku awak nanti, sorry.
Kau lelaki tanpa perasaan, kata Amyz. Aku ketawakan saja. Tapi tadi, Rafthah kata aku lelaki humble. HA HA.
Sebelum itu. Aku bukan kawan sangat dengan Faisal. Jumpa di HotzCafe, kata aku. Lambat sedikit, kata Faisal, aku nak sembahyang kejap.
Faisal muncul ketika mata aku sedang mengerling tumit-tumit merah jambu gadis-gadis yang keluar masuk keluar masuk di pintu utama. Bagi Milo ya, kata Faisal, kau minum apa tu? Entah, kata aku, ice-blended cappuccino agaknya ni. Lepas tu Faisal kata bla bla bla… aku kata bla bla bla… So apa macam?, tanya Faisal. Aku nak lukis kucing gemuk pakai tengkolok sedang menjahit baju guna mesin jahit Singer zaman dulu-dulu, jawab aku. Bagi Milo satu lagi ya, kata Faisal. Ice blended cappuccino aku baru luak setengah. Aku alas dengan kertas tisu agar meja tidak lecak.
…
Masalah: SATU, dah lama tak melukis. DUA, mata pula dah rabun. TIGA, tak cukup masa. Jadi, aku lukis jugalah walaupun aku tak berapa puas hati dengan hasil penyudahnya.
Penyelesaian: Aku guna dakwat hitam kalis air untuk outline lukisan itu. Yang pada pandangan aku, ia tak sepatutnya aku lakukan. Ha ha.
Nota: Ilustrasi asal yang berharga beribu-ribu ringgit (ha ha) itu ada pada tangan Faisal ketika ini. Entah dia dah bingkaikan entahkan tidak. Entah dia dah gantung di bilik tidurnya entahkan tidak.
…
What’s the book you most read in a year?, tanya Rafthah. Aku bukan suka sangat baca buku, jawab aku, aaa… sekarang ni aku tengah baca iPod Classic: Features Guide. Ha ha.
Kau lelaki tanpa perasaan, kata mereka yang belum memiliki iPod. Aku ketawakan saja. Ha ha.
…
Malam itu. Sebelum beredar, aku berjanji dengan Faisal bahawa aku akan baca novel Manikam Kalbu itu nanti. Kenapa awak tuang baki Milo saya ke dalam cawan plastik?, tanya Faisal. Kami dah nak tutup kedai dah enche, jawab pramusaji itu, tapi enche berdua boleh lagi untuk berlama-lama duduk di sini!
…
Ya adik-adik! Adik-adik kena miliki novel Manikam Kalbu kerana buku ini untuk bacaan young adult dan reka bentuk kulit luarnya sangat cantik! La la la la la…