Aku di SMSS. Emi di SEMESRA. Dan, kami bercinta. Ya, cinta jarak jauh. Di sepanjang perhubungan itu, telefon awamlah yang menjadi penghubung di antara kami.
“Perhatian sebentar! Kepada pelajar lelaki berambut afro dari
dorm 3.01, sila ke pondok telefon di tepi pagar sekolah lagi sepuluh minit, kerana ada awek akan telefon! Saya ulangi…, kepada pelajar… krek krek krek… afro… krek krok krek… awek telefon! Terima kasih!” Beritahu pengawas bertugas, pada satu hari minggu, dari corong pembesar suara asrama.
“Awak! Bola ping pong kat Raub dah habis terjual!” Beritahu Emi, di hujung talian yang satu lagi.
“Wo ho! Mesti soalan amali Fizik pasal momentum ni, awak!” Beritahu aku, di hujung talian yang satu lagi.
Satu tahun kemudian. Ex-SMSS, Kak Azura, yang merupakan kakak kandung kepada Emi bertanya, “Fizik dapat berapa?”
Belumpun sempat aku menjawab, P. Ramlee tiba-tiba muncul, dengan tam bola di tangan, “Gelang getah berputar… Nombor lapan! P8! Ya, P8!!!” Dan kemudian menghilang.
“Dah dapat soalan
spot pun boleh dapat P8?” Kata Kak Azura. “Macamana nak kahwin dengan adik aku nanti ni? Hish!”
“Aaa… Akak tak mahu tanya Geografi saya dapat berapa ke?” Tanya aku.
Emi ke AustMat. Aku meneruskan kerjaya sebagai insan seni, kemudian. Tapi, kalau kau nak bercakap tentang momentum dengan aku - kau jangan conglah! Ha ha.