Mari main batu seremban
Ada tujuh lapan peserta perempuan duduk berkeliling membuat bulatan. Di tengah-tengah mereka duduk seorang pengadil. Mereka main batu seremban.
Baling satu tangkap satu. Baling satu tangkap dua. Baling satu tangkap satu letak satu. Baling satu sentuh satu. Dan sembilan sepuluh langkah balingan yang perlu dilalui untuk 'game'. Itu belum termasuk adegan meleraikan dua buah melekat/bertindih yang mengambil masa begituuuuu lama.
Sudah tentulah hal ini akan menerbitkan rasa bosan yang teramat sangat kepada penonton-penonton lelaki.
“Akak! Kalau main batu Seremban, lama sangatlah nak habis... Apa kata kalau akak main batu Nilai sahaja... dekat sikit dan cepat sikit habis!” Cadang aku. Kepada kakak yang sukan nombor satunya ialah acara memandikan burung. Ha ha.
Empat lima biji bantal kecil-kecil menghunjam deras. Aku menepisnya kayak perantis ninja baru hafal 'bunga'. Fuhhh! Nasib baik bukan lagi batu-batu.