"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

29 Jun 2007

Angkat sumpah

Kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu meningkatkan komitmen untuk mengembalikan kegemilangan agensi tersebut, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Utusan Malaysia, 22 Jun 2007

Dulu.

Suatu pagi. Aku kena pergi mahkamah. Emak pesan, “kalau tuan hakim tanya, jawab ‘ya’ ataupun ‘tidak’ saja.” Aku tanya, “mana mak tau semua ni?” Emak kata, “mak tengok tivi - mak tau laa!”

Di hati emak. Ada risau.

“Saya nak jumpa tuan hakim!”

“Ada apa kes?”

“Nak angkat sumpah!”

“Ok. Isi borang ni… lepas tu pergi beratur kat tepi tingkap tu!”

“Terima kasih.”

Aku. Isi borang. Dan. Beratur di tepi tingkap tu. Sebenarnya, rupanya tidaklah semacam tingkap pun. Lebih mirip kepada rupa dinding berlubang empat segi sama. Ha ha.

“Ada apa hal?”

“Nak angkat sumpah, enche!”

“Bak sini borang!”

“Ini dia, enche!”

“Bla bla bla, ok… bla bla bla, ok… Huh? Ni, apa pasal dah sign siap-siap ni? Siapa suruh!!!??? Kena sign depan saya, tahu tak? Pandai sangatlah tu! Hish! Ok, angkat tangan sebelah kanan dan baca teks yang bertampal kat tepi dinding tu!”

“Saya tak perlu jumpa tuan hakim ke, enche?”

“Tak perlu. Tuan hakim sibuk!”

“Ooo…”

Dulu.

27 Jun 2007

Temuduga

DBP alami zaman kejatuhan – KSN
Utusan Malaysia, 22 Jun 2007

Dulu.

Aku. Beli seluar slack. Cap John Gray. Warna kelabu gelap. Aku. Beli kemeja. Cap Peppers. Warna kelabu kotak-kotak putih. Aku. Memang dah ada kasut. Cap Clark Siam. Warna kelabu tahi anjing. Aku. Tak ada tali pinggang. Jadi, si Saiful beri pinjam kejap. Ha ha.

Aku. Pergi DBP. Ambil ujian. Bertulis dan amali. Kemudian.

“Lepas waktu makan tengah hari, tengok senarai nama kat pintu dewan… kalau ada nama – maknanya kamu luluslah tu. Minggu depan datang interview!” Kata kakak kerani tu.

Aku. Tak makan tengah hari. Sebab duit cuma cukup-cukup. Untuk tambang pergi balik. Naik bas nombor 13. Aku. Togok air paip sajalah. Ha ha. Tepat jam dua. Aku jengok senarai nama calon-calon yang lulus. Nama aku ada.

KOMA

Aku. Pakai seluar slack. Cap John Gray. Warna kelabu gelap. Aku. Pakai kemeja. Cap Peppers. Warna kelabu kotak-kotak putih. Aku. Memang dah ada kasut. Cap Clark Siam. Warna kelabu tahi anjing. Aku. Tak ada tali pinggang. Kali ini, si Saiful tak bagi pinjam dah. Ha ha.

Aku. Pergi DBP. Temuduga. Kemudian.

“Kamu boleh main bola sepak?” Tanya Encik Rahim Rahman. Ketua Bahagian Reka Bentuk.

“Tak boleh, tuan. Saya kaki bangku!” Jawab aku.

“HA HA!” Semua penemuduga ketawa.

“Kamu boleh baca doa sembahyang subuh?” Tanya siapa entah. Dah tak ingat. Mungkin Tuan Haji Shaari Abdullah.

“Boleh, tuan! Aaa… Nawaitu shauma godhin…” Jawab aku.

“HA HA!” Semua penemuduga ketawa.

Dulu. Kalau mereka memang nakkan kau – mereka akan tanya soalan yang simple-simple sahaja. Salah jawapan pun tak apa. Janji apabila baca niat ada bunyi macam ustaz Ismail Kamus. Ha ha.

“Ok! Esok kamu pergi buat x-ray dan periksa kesihatan di klinik Salmah dekat Ampang Park. Lepas tu pergi angkat sumpah di mahkamah!” Beritahu Encik Halim Daud. Ketua Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia.

HAHHH! Kena pergi MAHKAMAHHHH?? *gulp!*

Dulu.

26 Jun 2007

John Gray

Dulu-dulu. Seluar aku. Bukannya ada banyak.

Seluar sekolah warna hijau tua, dua. Seluar sekolah warna putih pakai pada hari Jumaat, satu. Seluar rekrut sol-jah warna hijau muda butang depan, satu. Seluar track suit cap Power warna biru dengan stripe tepi dua inci tebal warna kuning, satu. Seluar jeans half overalls cap Texan warna biru gelap, satu. (Seluar jeans tu, aku pakai untuk melawa, semasa prep malam, manalah tahu, kot-kot kakak pengawas tu, Christina Cheng, jatuh hati kat aku. Ha ha.)

Emak selalu komplen. Seluar jeans tu. Ketika basah – berat! Perlu dua orang untuk memerahnya. Ha ha.

“Kenapa seluar jeans kau tak lembut macam seluar jeans Kak Ita (jeans slimfit cap MC)?”

“Dah harganya tiga puluh lima ringgit – mana nak lembut!”

“Ha ha.”

Suatu hari. Aku dapat surat. Panggilan temuduga. Lalu. Emak hulur. Lima puluh ringgit. Suruh pergi beli. Seluar slack. ...Aku pergi PERTAMA. Beli seluar. Slack! Ho ho.

“Kak! Kasi seluar slack satu! Bungkus ya!”

“Uuuuih! Mana boleh terus main bungkus-bungkus – kena try dulu! Apa saiz?”

“24 kot, ntah.”

Aku. Masuk fitting room. Cuba seluar.

Seluar cap John Gray ni. Poket di sebelah depannya. Macam potongan poket seluar jeans. Dan. Poket tampal di sebelah belakangnya. Macam potongan poket seluar jeans. Juga. Pendek kata, seluar slack ni macam seluar jeans-lah juga. Cuma, kainnya bukan kain denim. He he.

“Tak muatlah, kak!”

“Cuba try saiz 25 pula!”

Aku. Keluar masuk fitting room. Cuba seluar.

“Tak muatlah, kak!”

“Hish! Berapa lama kau dah tak beli seluar ni?”

“Ni first time saya beli seluar slack ni, Kak!”

Kakak kedai seluar tu. Ambil seluar lain. Dan. Dia belitkan pinggang seluar tu. Kat leher aku.

“Nah! Try saiz 27! Muat ni...”

KOMA

Malam tu. Aku tidur. Pakai seluar slack. John Gray. Ha ha.

25 Jun 2007

Ganja hujung minggu

“Harganya lima ringgit, Patrick."

"Tapi, saya cuma ada tujuh ringgit saja, Squidward."

"Ermmm... Bolehlah tu."

"Terima kasih, Squidward."

Ha ha.

21 Jun 2007

Ini mikrofon baru. Ini baru mikrofon.

Suatu hari. Syarikat D beli mikrofon baru.

“Testing, esting, sting, ting ting ting ing ing ng!"

"Percubaan suara, cubaan suara, an suara, uara uara uara ra ra!"

...

"Hoooooi! Cakap sekali saja sudahlah! Tak payahlah cakap sampai dua tiga kali!!! Gila mic sungguh..."

"Psst! Dia cakap sekali saja, bang! Yang dengar banyak-banyak kali tu - gema!"

"Ooo?"

18 Jun 2007

Wangsa Maju 2007 (beratus-ratus tahun selepas St. Francis Xavier menjejakkan kaki di Malacca)

“Kat mana? Gua dah sampai. Gua tunggu lu di bus stop!” Pyanhabib beritahu. Via SMS.

“Gua kat bus stop la ni! Lu kat belah mana, bang?” Aku beritahu. Via SMS.

“Gua kat dalam kereta lagi ni. He he. Jalan jem!“ Pyanhabib beritahu. Via SMS.

“Hampeh! (Try nak tipu gua la ni). Gua panik ni! Tempat ni asing bagi gua (dan) awek ni himpit gua macam nak pau gua je, bang... (Cepatlah datang!!!!!)” Aku beritahu. Via SMS.

Tit tittt!

Di seberang jalan. Ada lelaki groovy. Jengahkan kepala. Dari tingkap kereta sukan warna putih. Di sit belakang ada buku setimbun dan sejadah warna merah.

“Lu sembahyang (di) dalam kereta ke, bang?”

“HA HA.”

14 Jun 2007

Siri Polis dan Anda 1

Nak jadi sol-jah. Mak tak bagi. So, aku jadi penganggur sajalah.

Pakcik-pakcik semuanya ‘pangkat-pangkat’ dalam PDRM. Mereka 'lemas' tengok aku. Sepanjang masa dalam seragam kain pelikat. Duduk rumah. Berlingkar macam ular sawa. Kadang-kadang, ada anak-anak dara jiran datang bertandang; urut-urut di bawah dagu ular sawa itu. Maklumlah, mantan budak boarding school. HA HA.

“Kalau ndak… den rekomenkan kau masok polis!”

“Kalau jadi mato-mato… tak ndaklah, Lang. Kalau terus yor jadi UTK… ndaklah.”

“Abah kau!!! Kalau nak jadi UTK – konolah jadi mato-mato dulu!”

“Tak buleh torus yor jadi UTK ko, Lang?”

“Tak buleh!”

“Ooo….”

Nak jadi UTK. Pak Lang Musa kata, kena jadi mata-mata dulu. So, aku jadi penganggur sajalah.

12 Jun 2007

Bahasa Malaysia yang kita suka

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuan tidak berjaya.

Bukan 'dukacita' ke?
HA HA!

11 Jun 2007

Jangan bunuh 'bahasa Melayu'

Nordeen itu. Orangnya jarang marahmarah. Tetapi hari ini. Bibirnya cengek. Hatinya ada protes. Kalau diikutkan hati, mau saja dia terbalikkan meja.

“Buku ni (BM tahun 6) dah nak cetak dah… tapi, editor suruh tukar semua perkataan bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia. Melayu dan Malaysia tak sama aksara, bang! ‘Lari’lah spacing reka letak buku aku.” Gerutu Nordeen.

“Uuu…. Bukan kerja senang ni... Siapa punya arahan tu?” Tanya aku.

“Orang atasan!” Kata Nordeen.

“Gua tak kisah, bang! Nak guna bahasa Melayu ke, nak guna bahasa Malaysia ke, nak guna bahasa CinTameLayu ke… janji gua dapat tutuh awek tu beramairamai sudahlah... Menteri bukan tangkap pot pun. Ha ha ha ha ha!” Kata Mat Rempit. Yang tiba-tiba muncul. Kemudian *plop!* Macam selaluselalu.

“Ooo…” Kata aku dan Nordeen.

07 Jun 2007

Kerling

Image Hosted by ImageShack.us
Gambar (dari kiri): Setiausaha Kehormat dan Penolong Setiausaha

Ada semacam satu trend pula bagi bloggers pada masa kini, menganjurkan peraduan untuk disertai peminat/pembaca di blog mereka.

Aku juga mahu kelihatan trendy (Walaupun kata Saharil, eleh! dah tua2 pun berangan trendy...). Ha ha.

Jadi, sila cipta dialog untuk gambar ini dan tinggalkan di ruang komen. Manalah tahu, jika syarikat D menawarkan 1 juta ringgit kepada aku - aku belikan kau hadiah.

Humcha!!!

06 Jun 2007

Pagi ini, awan merembeskan rebas

Pagi ni. Aku kena pergi ke ibu pejabat. Ada masyuarat khas antara kami dengan Chairperson dan CEO syarikat D; untuk menyelesaikan pertikaian di antara pekerja-pekerja dan majikan yang tidak selesai-selesai.

Sementara itu, semua orang boleh baca ini

03 Jun 2007

Doa

Pada suatu petang, hujan menderas bak sekawan lebah, tubuhku pun telah benar-benar lelah... Lalu, Pyanhabib mengangkat tangan menongkat langit:

Ya Allah, kau lembutkanlah hati keluli majikan syarikat D agar berlapang dada membahagi-bahagikan rezeki dengan saksama kepada para 'manikam' yang peluhnya menitik tik tik tik dek letih bekerja. Amin!

Amin.

MASKARA: cinta dan air mata