"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

28 Oktober 2006

Aku ingin menjemputmu pulang

"Nanti, kalau kuih habis?" Lelaki itu.

"Tak apa... bihun ada. Kita gorenglah untuk tetamu!" Perempuan itu.

"Nanti, kalau bihun pun habis?" Lelaki itu.

"Tak apa... tepung ada. Kita buat jemput-jemputlah untuk tetamu!" Perempuan itu.

"Nanti, kalau jemput-jemput pun habis?" Lelaki itu.

"Tak apa... nanti kita jemputlah tetamu pulang!" Perempuan itu.

Di tivi, ada iklan orang tua (Haji Helmi - mantan DBP) tengok kucing tengah makan frieskies. Lepas tu dia buang tray asrama, buang kole ayan.

Kata Ebiet; Du du du du dudu....

NOTAKAKIBANGKU: Kalau di asrama, Haji Helmi buat perangai macam tu - memang sengaja cari nahaslah! Ha ha.

16 Oktober 2006

Esok Hari Raya, hey! Esok Hari Raya, hey hey!

Image Hosted by ImageShack.us

15 Oktober 2006

Wangi Jadi Strawberi

Dia masuk ke bilik air untuk mandi.

Damn! Sabun berbau teh hijau telah habis. Yang tinggal… sabun berbau strawberi untuk kanak-kanak. Cuma.

Ahhh… gasaklahhh, kata dia.

Janggutnya terjerahak. Bukan kerana krim pencukur turut habis… tapi kerana ‘dia bercukur hanya apabila dirasakan perlu untuk bercukur’.

KOMA

Dia mahu pergi ke Pertama.

Macam ejen-ejen FBI selalu buat… dia melepasi kawalan keselamatan pihak lrt dengan hanya menunjukkan dompet. Ha ha.

Kemudian, di dalam lrt, dia duduk berhadapan dengan dua orang gadis cantik; berpakaian serba-serbi warna awan. Kelabu.

Ermmmmmm… sedapnya bau strawberi niiii, kata gadis bermaskara ekstra panjang itu kepada gadis yang satu lagi di sebelahnya. Seraya menarik nafas dalam-dalam. Di dadanya ada ombak.

Dan!

Segera dia belajar sesuatu… Perempuan lebih sukakan strawberi daripada bunga ros. Ahah!!!

“Nak potong berapa panjang ni bang?”

“39 inci!”

13 Oktober 2006

Skabies

Petang itu. Ketika atmosfera tepu dengan jerebu. Dan. Hujan turun tak banyak membantu. Aku ada urusan ‘import eksport’ dengan Mat Jan. Di perkarangan stesen lrt Masjid Jamek.

Sedang kami bersantai-santai ilmiah… Ada seorang gadis cantik merapati. Dan. Beri kami air mineral dan buah kurma.

“Hai! Kami dari bank Hutang-Piutang Cara Islam. Ambillah! Percuma!!” Dia membahasakan dirinya ‘Kami’. Aku rasa macam nak jerit, “Wow!”

“Errr… esok giliran bank mana pula ya?” Kata aku.

“Entah! He he… Encik ni nakallah!” Kata dia.

Aku dan Mat Jan berpisah sementara, kemudian. Kerana Mat Jan perlu berbuka puasa dengan buah kurma di dalam keretapi bawah tanah. Aku? Aku tidak! Ha ha. Dan. Hanya pada ketika aku mahu melintas jalan… aku bertembung dengan dia. Seorang kawan lama. Ketika zaman ‘kutu’. Dulu.

“Aku dah tak ‘layan’ rock, dude! Aku ‘layan’ ska. Aku dah setup satu group. Belum bernama lagi.… Kau ada idea?” Kata dia.

“Aaa… Skabies!!!??” Kata aku.

Pada anak mata hitamnya – aku nampak warna api.

Kuning. Dan. Biru.

11 Oktober 2006

Tahu bakar...

Laporan akhbar; ASEAN cari jalan atasi masalah jerebu.

Dear dude,
Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya rasa, dude-dude tak payahlah buat seminar atau dialog atau forum atau persidangan atau kolokium atau wacana atau... untuk mencari jalan bagi menangani masalah jerebu tu. Buang duit dan buang karan sajalah!

3. Kalau dude tak bakar sesuatu, hutan misalnya - mana nak datang api, asap, arang, abu, dan segala macam tok nenek karbon tu - betul tak? Kalau dah tak ada api, asap, arang, abu, dan segala macam tok nenek karbon tu - mana nak datang jerebu - betul tak? Jawapan mudah untuk soalan mudah bukan?

4. Alangkah baiknya jika segala macam tok nenek pokok itu ditebang dan kayu-kayannya diperbuat perabot. Ataupun, kayu-kayan itu diperbuat kertas tulis dan pensil 2B! Okaykan?

5. Tetapi, tak semua benda kita tak boleh bakar, tauhu misalnya - kalau dude tak bakar tauhu - orang tak akan panggil tauhu tu Tauhu Bakar, kerana orang akan panggil tauhu tu Tauhu Sumbat ya. Ha ha.

Akhir kata, keperihatinan dude-dude saya dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga kita dapat terus bekerjasama pada masa-masa akan datang.

Sekian.

Yang benar,
SINAGANAGA

10 Oktober 2006

Jiran tetangga yang kita suka

Yang satu - kaki bakar rumah sendiri.
Yang lagi satu - kaki bakar ‘jambatan’ interlokal.
Yang lagi lagi satu - kaki bakar hutan & kawasan pertanian.

Image Hosted by ImageShack.us
>>Pemandangan bangunan KLCC yang semakin lenyap.

08 Oktober 2006

Siri undang-undang dan anda | v0.3

“Kalau lelaki tu pegang kemaluan perempuan – sabit kesalahan bawah seksyen 354: mencabul kehormatan, ek?” Aku. Via SMS.

“Ya. Mencabul kehormatan. Seksyen berapa entah. Aku dah lupa. Ha ha. Apa pasal? Kau pegang kemaluan siapa?” MatJan. Via SMS.

“Ha ha. (Hang lawaklah tu, MatJan!) Tapi seksyen tu tulis ‘…dengan kekerasan…’. Dalam kes yang aku tengah study ni – ‘…tanpa kekerasan…’. Jadi, akan sabit kesalahan bawah seksyen berapa? 375: rogol. 376: seksaan bagi rogol. 377: luar tabii. (Atau ada seksyen-seksyen lain lagi di bawah kanun keseksaan?) ???” Aku. Via SMS.

“‘Dengan kekerasan’ tu maknanya ‘tanpa izin’lah. Kalau minta izin, “Dik, abang nak pegang kemaluan, boleh?” Dia jawab, “Boleh!” Maka tak ada ‘unsur kekerasan’.” MatJan. Via SMS.

“Tapi, kalau lelaki tu pegang kemaluan perempuan tu, tanpa izin… dan tapak tangan lelaki tu jenis tapak tangan lembut…. Bagaimana pula?” Aku. Via SMS.

“Entah! Sampai kat bab tu - cikgu aku meninggal. Ha ha.” MatJan. Via SMS.

Ha ha.

06 Oktober 2006

Platonik

Madihah. Editor aku.

Suatu hari. Kami kena jumpa Cik Mala dari BBT. Di ResipiRahsia. Depan pasaraya SOGO.

Kami berdua duduk. Di meja paling tengah. Di bawah kipas angin. Sudah pesan dua kopi latte. Dan. Dua kek keju. Cik Mala habis kerja jam lima.

“Malulah I, kalau orang ingat boyfriend I orang tua!” Madihah.

Aku. Ambil kertas. Tulis nota.

PERHATIAN! LELAKI TUA KACAK INI BUKANLAH KEKASIH KEPADA PEREMPUAN MUDA COMOT INI. HARAP MAKLUM!
*Gambar anak panah*


Dan. Letak di atas meja.

05 Oktober 2006

Wasabi (horseradish)

Matsumoto

Nyonya Jepun tu. Letak secubit wasabi. Di atas belakang tapak tangan aku. Baru parut, kata dia. Aku jilat. Semua, sekali gus.

Dia jerit. Aaaa, pedas tu!!!

Biasa saja, tak ada apa-apa pun, kata aku.

Lepas tu. Dia ajak kawan-kawan dia. Nyonya-nyonya Jepun juga. Giilir-gilir. Letak secubit wasabi. Di atas belakang tapak tangan aku. Baru parut, kata mereka. Aku jilat. Semua, sekali gus. Nyonya Jepun bertepuk tangan.

“Sekianlah sahaja, pertunjukan silap mata dari Encik Naga, ya!” Noriko. Kawan aku. Si pencelup dye.

Ada burung hantu lalu di atas kepala. Ow! Ow! Ow!

04 Oktober 2006

Surat kepada tauke Lee

Image Hosted by ImageShack.us

Wasabi
Hablur ais
Lelaki Melayu
di pinggir kali.

“Jikalau mahu... bakarlah! Bakarlah jambatan itu, berulang!”