"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

28 Mei 2010

Duit-duit, dimana kau duit?

Hari itu sudah 28 hari bulan. Jimi Mahmud masih belum dapat gaji.

Tap! Jimi Mahmud mendapat satu idea. Lalu, bagaikan menderas sekawan lebah dia berlari ke belakang rumah. Beberapa ketika kemudian, dia kembali sambil melenggang kangkung dan pada tangannya terdapat dua tiga helaian-helaian daun pisang yang sudah dipotong kecil. Helaian-helaian kecil daun pisang itu kemudiannya dimasukkan ke dalam sepucuk 'chee pau' Selamat Hari Raya Aidilfitri.

KOMA

Gempar! Orang-orang kampung Stingarden berpusu-pusu datang ke rumah Tapa Petir. Di sengkuap, Tapa Petir sedang menunjukkan kepada mereka beberapa keping duit kertas yang telah diterima dari salah seorang tetamu yang hadir sempena perkahwinan anak perempuannya semalam telah bertukar menjadi helaian-helaian kecil daun pisang.

Hari ini sudah 29 hari bulan. Jimi Mahmud masih belum dapat gaji.

25 Mei 2010

Lagenda Budak Setan [satu ulasan sesuci embun pagi]

PENDAHULUAN
Lagenda Budak Setan adalah sebuah filem tentang 'janji'. Tentang janji kita kepada mak ayah kita (Kita janji dengan mereka kita nak jadi doktor - tetapi akhirnya kita jadi graphics designer, ha ha). Tentang janji kita kepada diri kita. Atau tentang janji kita kepada kekasih kita. Misalnya, apabila kekasih kita menelefon, kita jawab, "Hye sayang! Am in the meeting right now. And, i'll call ya later!" sehinggalah pada hari ketujuh yang berikutnya kita menerima satu SMS yang bertanya, 'Hye Jimi! Still kicking? Atau lu dah MAMPUS di dalam bilik mesyuarat tu?'.

Dalam kes Lagenda Budak Setan - kisah cinta tiga hari di antara Kasyah dan Ayu yang diikat dengan janji "Saya akan tunggu awak!" oleh Ayu kepada Kasyah dan Kasyah amat mempercayainya. Bahkan Kasyah lebih mempercayai janji Ayu daripada mempercayai hadis di bawah ini:

Maksud hadis riwayat Imam al-Bukhari dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami – sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya - sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya (yakni, termasuk soal jodoh pertemuan) dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].

Dan, cerita selebihnya adalah klise kisah-kisah cinta pandang pertama dan kisah-kisah janji tak kesampaian. Sepatah kata penyair Sutung Umar RS dalam sebuah sajaknya, 'Kita tidak usah berjanji, esok tak pernah pasti...'

Lagenda Budak Setan mengikut tagline-nya menyebut, 'Empat jiwa dengan empat rahsia cinta'. Cinta Azmi dan Ayu. Cinta Kasyah dan Ayu. Cinta Ayu dan Kasyah. Serta cinta Katerina dan Kasyah. Sayang sekali, dalam filem bahagian pertama ini tidak diperlihatkan pula cinta antara Katerina dan Azmi. Jikalau tidak - filem ini akan menjadi sebuah filem mandala cinta yang akan dapat menyesakkan fikiran penonton, agaknya. Oh ya, sebenarnya, cuma ada 1 jiwa sahaja yang merahsiakan cintanya, sedangkan 3 lagi jiwa telah mendedahkan rahsia cinta mereka dalam filem ini. Serius! [Ajami! Lu jangan gelak, Jeff! Tak percaya kalu - cuba lu hitung satu per satu!]

LAKONAN
Que Haidar - Que Haidar membadai dalam babak 'amok' laki pukul bini dalam filem ini. Que Haidar adalah seperti Que Haidar yang selalu-selalu. Tiada yang 'baharu' dari Que Haidar pada kali ini.

Nur Fazura - Percayalah, penonton akan mengingati memek muka 'terpesona' yang amat berkesan dan menyakinkan dalam babak cinta pandang pertama Katerina kepada Kasyah dalam filem ini. Kalau ditanya berapa bintang yang akan kita berikan kepadanya - nescaya kita akan berkata, "Fazura, jom kapel!" :)

Shiqin Kamal - Pelakon pendatang baharu yang adakalanya ok dan adakalanya kaku. Tetapi, selalunya kaku.

Pelakon-pelakon lain - Ok sahajalah.

BABAK YANG BEST
Babak dimana 'bird' Kasyah dicili oleh mak dia. HA HA.

PENGARAH
Sharad Sharan (India) - Tidak banyak yang kita ketahui tentang pengarah ini selain daripada filem DIVA arahannya yang dikatakan oleh banyak orang sebagai 'flop'. Beliau juga pernah mengarahkan filem TIPU KANAN TIPU KIRI dan KRAZY, CRAZY, KREZY yang kau akan kata, "Eh Jeff! Ada ke filem ni? Masa bila (pernah ditayangkan)?"

Lagenda Budak Setan merupakan filem ke 4 Sharad di Malaysia.

PENGARAH SINIMATOGRAFI & KAMERA
Mike Mushcamps (England) - Teknik hand-held camera untuk sesetengah babak - terutamanya yang melibatkan medium shot - begitu mengganggu. Mana telinga nak dengar dialog, mana mata nak ikut pergerakkan visual yang macam computer screensavers (bouncing ball) - phew! Penatlah mata I, John!

MUZIK SKOR (RUNUT)
Lagu BILA CINTA ciptaan Windra Benyamin & Gio (Indonesia), nyanyi Fili (Indonesia) dijangka akan meletup-letup di corong-corong radio dalam sedikit masa lagi.

NILAI-NILAI PERSAMAAN DENGAN FILEM-FILEM LAIN
Ali Setan - kerana penggunaan perkataan 'setan' dan permulaan jalan cerita yang melibatkan kisah-kisah di IPTA/IPTS.

Lord of The Rings - kerana cincin yang digunakan sebagai props dalam filem ini juga ada ditulis-tulis dengan 'something'. He he.

AKHIRAN
Saya percaya, beberapa orang pembaca/peminat novel asal yang menonton preview filem ini telah menangis teresak-esak di dalam gelap dek kerana tersentuh emosi dan perasaan mereka. Tetapi, malangnya, saya tidak pula merasakan begitu. Mmm, mungkin saya sudah tidak punya apa-apa perasaan lagi, alahai!

Apapun, jika ditanya berapa setan saya nak bagi untuk filem ini - saya jawab, "2 PER 10 SETAN!"

SAJALAH NAK GATAL-GATAL
Untuk Nur Fazura - saya nak beritahu sesuatu, "Saya akan tunggu awak! Sehinggalah awak kembali dari LA dan menyarungkan cincin ke jari manis saya, ya!" *ahaks*

LAGENDA BUDAK SETAN ~ cerita yang masih seronok? (Ajami 'Budak Setan' Hashim)

Lagenda Budak Setan(2010): Cubaan Adaptasi Yang Mencuba (Fadli Al-Akiti)

21 Mei 2010

Aloy (Paradoks) kata, kalau pergi mesyuarat pakai kemeja - macam akauntan bank!

Kadang-kadang. Banyak sangat mesyuarat. Yang perlu kita hadiri. Akan mendatangkan kebosanan juga.

"Aaaa... Jimi! Macamana kita nak kenal sayur ni bayam ke sawi?" tanya Jefri, sambil menyenduk-nyenduk sayur goreng di dalam dulang yang tersusun sebelah menyebelah dengan dulang lauk-pauk yang lain.

"Kalau bayam...," jawab Jimi Mahmud, "...apabila kau kunyah sayur tu - ia akan berbunyi 'baaaayammmm, baaaayammmm, baaaayammmm!'"

"Ceh!" kata Jefri.

KOMA

Hidup ni. Sebenarnya. Tidaklah sebosan mana.

18 Mei 2010

Petang yang gelap

Petang tu. Petang yang tidak seperti selalu-selalu. Petang itu. Petang yang gelap. Gelap seperti malam. Kerana hujan telah turun. Selebat-lebatnya. Dan. Kami masih di studio. - Nak 'pekena' teh tarik pun bukannya ada payung, alahai!

"Nyol!" gua buka mulut, "Gua dengar..., sejak tak menjuarai EPL itu hari..., MU sudah tukar namalah!"

Konyol. Yang sedang leka mengadap komputer. Berpaling. Dan. Bertanya, "Hah? Apa nama baharunya?"

"KLMU!" gua beritahu.

Lalu. Guruh pun. Bagai berkata-kata, "Roarrrrrrhahahahaha...!"

Petang tu. Petang yang tidak seperti selalu-selalu. Petang itu. Petang yang gelap. Gelap seperti malam. Kerana hujan telah turun. Selebat-lebatnya. Dan. Kami masih di studio. - Nak 'pekena' teh tarik pun bukannya ada payung, alahai!

17 Mei 2010

Holy Diver

"Bro! Ronnie James Dio dah mati dah!"

Ronnie James Dio (born Ronald James Padavona; July 10, 1942 – May 16, 2010)

15 Mei 2010

Piala Thomas

Depa kena 3 hun lalu 1Hoon pun tak sempatlah main.

13 Mei 2010

1Hoon

Ok adik-adik,
Sila amati pembaris (kayu rol) inci kamu kerana hari ini abang akan ajar kamu tentang sistem pengiraan zaman Tok Kaduk yang masih diguna pakai dalam kerja-kerja pembikinan buku.

1 ela persamaan dengan 3 kaki.

1 kaki persamaan dengan 12 inci.

1 inci pula boleh dibahagikan kepada dua bahagian (1/2 inci) atau empat bahagian (1/4 inci).

1/4 inci pula boleh dibahagikan kepada empat bahagian yang lebih kecil dan setiap bahagian kecil itu dikira sebagai 1/2 hun.



Makanya,
1 hun bersamaan dengan 1/8 inci. Dalam 1 inci ada 8 hun.

KOMA

Semalam, ada 1 Hoon. Apabila dia muncul di kaca TV, hati kita berkata-kata, 'Cine gemuk mane datang pulok ni, weh? Buleh ke main ni?' Tapi - apabila dia beraksi, lepas satu mata ke satu mata (walaupun bergu mereka kalah), kita dapat rasakan bahawa 'Cine' Hoon inilah hero yang kita cari-cari selama ini.

"1 hun saja lagi untuk kita melangkah ke final, Hoon! Tapi, kalu luse aok main macam gampang - 'siapppp' aok!"


Paling kanan: Hoon.

(Sumber foto lama-lama: The Star)

10 Mei 2010

Cuti sekolah - aku balik ke rumah Mak Long Lijah di Pasir Besar 8

Dulu-dulu, kata Pak Long Syarif, budak-budak cukup takut dengan - satu, momok; dua, India potong kepala; tiga, polis!

"Eeeeeeiiiii, tu momok tuuuu!" kata Mak Wok semasa takut-takutkan anaknya Rapeah yang degil tak mahu pakai seluar dalam.

"Amek la kek Koling potong kepalo!" kata Makcik Melah semasa anaknya Kak Rose degil main panas di luar rumah.

"Hah! Nak Den kobakan kek Tok Sarip ko ni?" kata Mak Long Lijah apabila aku tak mahu makan nasi lauk taugeh yang dia dah penat-penat masak, "Duduk ontok-ontok!". Aku nak sambal tumis petai. Yang dia pergi masak taugeh siapa suruh! Ha ha.

Ya, semua budak-budak di Kampung Pasir Besar memang cukup takut dengan Pak Long Syarif. Sekali Pak Long Syarif berdehem - berterabur budak-budak Kampung Pasir Besar lari menyorok di sebalik pintu. Sekali Pak Long Syarif jegil mata - yang terkecing di dalam seluar jangan cakaplah... entah dah berapa punya ramai.

KOMA

"Tapi budak-budak sekarang dah tak takutkan polis dah!" kata Abang Hassan, anak Pak Long Syarif, sepupu aku, "Salah polis jugalah! Suruh orang awam jangan takutkan polis. Suruh orang awam berkawan-kawan dengan polis. Rakan Coplah, apalah, bla bla bla! Last-last, orang awam naik muka, pijak kepala, bla bla bla!"

Jalan tengah sesak. Kereta budak Cina tu potong que. Polis 'trapit' tu marah dia. Dia tak puas hati. Dia berhentikan kereta betul-betul di hadapan lampu isyarat dan menghalang laluan kereta lain nak lalu. Dia turun dari kereta. Dia marah polis 'trapit' tu.

"Cheng chong cheng cheng... Lu mau tembak - tembaklah! Cheng chong cheng cheng..." kata budak Cina tu.

Abang Hassan geleng kepala. Abang Hassan kata, budak Cina tu telah melakukan setengah dozen kesalahan. Antaranya - potong que, potong que di hadapan polis, berhenti di petak kuning, meletakkan kenderaan sehingga menghalang lalu lintas, mengeluarkan kata-kata kesat, dan memprovokasi polis.

"Inilah momok yang Mak Wok cakapkan tu agaknya!" tambah Abang Hassan lagi.

Aku mengekek-ngekek ketawa sambil menompang tangan pada tiang lampu isyarat, "Budak-budak sekarang dah tak takutkan polis dah, bang!"

Label:

09 Mei 2010

Demam Maskara Showcase berterusan

TRIVIA

1. Hujan yang mencurah turun lewat jam tiga sedikit sebanyak membantutkan kerja-kerja persiapan tempat dan kerja-kerja penalaan sistem audio dan lampu.

2. Kereta abang Pyanhabib dikapit (clamp) oleh Vovin kerana menghalang kerja-kerja persiapan tempat. Lain kali kalau nak pergi mana-mana - tinggakanlah kunci kereta pada kami!


[Gambar oleh Abdul Dollah Jones]

3. Pada usianya yang ke dua puluh satu, bagaikan anak gadis baru mendapat 'kunci', buat pertama kalinya Maskara Shorties menggunakan wakaf di perkarangan Rumah PENA sebagai pentas.

4. Fynn Jamal kata, "Tempat ni cantik sangat!"

5. Buat pertama kalinya anggota Sindiket Sol-Jah menggunakan dua unit walkie-talkie untuk berkomunikasi. Sehingga kini Spyz masih gagal untuk mengubah channel selain channel 1 - asyik bertindan dengan channel walkie-talkie pihak polis dan pihak lori tunda sahajalah nampaknya ni. Kendati pun begitu, kami akan menambah dua unit lagi pada masa akan datang.

6. Azzam Supardi, Jigo dan OP bertindak sebagai penyerang (mengkoordinasikan parking) pada malam itu sehingga nyaris dikejar oleh 'pakcik' Rumah GAPENA. HA HA.

7. Sinaganaga dan Spyz bertindak sebagai pemain tengah (ke hulu ke hilir, tak tahu apa mereka berdua buat) pada malam itu. Yang pasti, mereka berdua pung pang pung pang hisap rokok.

8. Pipiyapi dan Zan 'Bassit Untuk Disewa' bertindak sebagai pemain pertahanan (jurutera bunyi) pada malam itu. Kudos kerana ini sistem bunyi terbaik untuk Maskara selama ini.

9. MatJan dan Daniyal 'Sol-Dadu' sebagai pemain simpanan (pegawai perniagaan buku-buku terbitan Sindiket Sol-Jah) pada malam itu.

10. Ini kali ketiga Maskara dijuruacara oleh wanita. Yang pertama ketika Maskara Ladies Night. Yang kedua oleh juruhebah KLfm (jika tidak salah saya). Dan, Maskara Showcase dijuruacarakan oleh seorang gadis solid-molid, Marini Rafar. Kendatipun tersasul dengan cakap Terengganunya - dia memang hip pada malam itu. Pergh! Dengan ini kami isytiharkan Marini Rafar akan menjadi juruacara majlis Maskara sampai bila-bila. Humcha!

11. Tiga botol besar air mineral ditaja oleh Jasdi 'Tentang Seseorang'.

12. Kopi Tongkat Ali ditaja oleh Luka De Ketiak. Luka De Ketiak dan Haan juga telah menyediakan kopi tersebut.

13. Jurugegas Elektrik pada malam itu adalah Basri Mohd Nor.

14. Persembahan Benjamin Hasni diiringi petikan gitar Flying V temannya. Superb!

15. Tri kata, "Lagu AKU ni Lan 'Sinaganaga' yang minta aku nyanyi. Lagu ni bukan pasal aku. Lagu ni pasal 'aku'an." Tri memang magis! Tak tahu nak cakap apa dah... memang magis!

Ketika Tri membuat persembahan - sistem lampu limpah telah mengalami sedikit kerosakan teknikal. Masalah dapat diselesaikan oleh jurugegas elektrik ketika Tri kata, "Sekian terima kasih!"

16. Asmidar Ahmad yang "Bang Naga, saya neveslah!" bagaikan melepaskan geram [menyanyi] ketika menyampaikan tiga buah lagu pada malam itu. Suara gemerciknya memukau penonton-penonton. Apa lagi yang hendak kita cakapkan lagi tentang kehebatan gadis genit ini, aduhai! Superb!

Fynn Jamal kata, "Aduhai! Dahsyatnya kawalan suara diaaa!!!"

17. Airmas telefon - sesat jalan. Fadzly Rahman telefon - hampir sesat jalan. Airmas sampai dan parking kereta di hadapan jerat Cina, ha ha.

18. Fadzly Rahman dan kawan-kawan memang rockin' habis pada malam itu. Pemain gitar utama mereka yang turut menyanyi pada malam itu kata, "Saya neves, bang! Tak pernah lagi nyanyi di hadapan orang ramai ni!"

19. Meor, RS Murthi dan Paul pun turut rockin' pada malam itu. Meor dan RS Murthi sampai putus tali gitar.

"Orang putih pun dah datang MASKARA!"


[Gambar oleh Abdul Dollah Jones]

20. Airmas import Nik Javid sebagai pemain harmonika. Nasib baik dia tak main lagu Semilu - lirik oleh Sinaganaga tu. HA HA.

Airmas didatangkan khas dari Sungai Siput. Dan, dia dan kawan-kawannya balik ke Sungai Siput pagi tu juga (selepas pekena teh taerk di kedai Mamak bersama-sama komrad Sindiket Sol-Jah).

21. Sistem bunyi Maskara Showcase malam itu (berbekalkan beberapa amp pinjam oleh Zan) mengalahkan sistem bunyi konsert Dabel Trabel, HA HA.

03 Mei 2010

Cuti sekolah - aku balik ke rumah Mak Long Lijah di Pasir Besar 7

Dulu-dulu, mana ada rasuah. Kalau Pak Long Syarif pergi ke pasar - Tauke Wong bagi sayur bayam percuma, Aya Batumalai bagi rempah kari percuma, Makcik Wok bagi ikan selar percuma. Pak Long Syarif ambil. Pak Long Syarif kata - ini bukan rasuah, ini tanda terima kasih orang banyak kepada polis kerana menjaga ketenteraman negara. [Dulu-dulu, dua orang anggota polis kena jaga satu Pasir Besar, pergh!] Kadang-kadang, apabila lalu di hadapan gerai Tauke Wong, Pak Long Syarif pura-pura jatuhkan duit kertas lima ringgit. "Wong! Ni - lu punya duit cicir!" Kira punya kira - rugi juga - sawi lima batang baru tiga puluh sen pada zaman tu. HA HA.

Dulu-dulu, Pak Long Syarif ada sepucuk pistol Hak Milik Kerajaan dan selaras senapang patah hak milik sendiri. Tetapi, Pak Long Syarif tak pernah tembak orang pun. Habis banyak - pistol Hak Milik Kerajaan tu Pak Long Syarif 'buat perhiasan di pinggang' sahajalah. Habis banyak - senapang patah tu Pak Long Syarif buat memburu napuh, kijang, rusa dan ayam hutan sahajalah. Cukup tahun, genap haul, Pak Long Syarif pergi memperbaharui lesen senapang patahnya di Balai Polis Seremban.

Dulu-dulu, mana ada budak berani keluar malam. "Dah maghrib ni! Masukkkkkkkkkk!" suruh Pak Long Syarif, "Nyamukkkk!" Dulu-dulu, jam lima petang dah mula bakar ubat nyamuk. Dulu-dulu, nyamuk memang suka hisap darah budak-budak. Kalau terlewat sahaja masuk ke dalam rumah - pung pang pung pang nyamuk tala kita punya bontot.

"HAH!!! KAN DAH BINTATTTTTTTTTTTT!!!” pekik Pak Long Syarif sambil menyapu minyak Geliga pada bontot aku.

"Kek Kuantan takdo doh nyamuk bosa-bosa kobau mocam ni, Pak Long!" beritahu aku.

"Tu Kuantan!" jawab Pak Long Syarif, "Ni Pasir Bosarrr! Nyamuk pun kono la bosarrr!"

Label: