"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

30 Oktober 2008

Hello Jon, what is your name?

Aku pun nak ada satu nama mainstream-lah, Jigo kata. Kala Yapong pura-pura tak dengar. Dan. Kala aku tak pura-pura makan yong tau foo.

Bikin satu [nama] yang ala-ala macam nama Que Haidar-lah weh, aku kata, sambil cucuk foo chuk dengan garfu. Yapong? Dia senyap sahaja. Sebab dia bisu. Ha ha.

Ermmmmm... Jigo kata, how 'bout... 'Q Sir'? Jigo tanya.

Kenapa 'Sir' tak letak kat depan? Aku tanya, semula.

Eh... 'Sir' ni kependekkan daripada nama abah aku, 'Sirajudin'! Jigo kata. Kala aku mengekek; seketul chee cheong fun yang tidak sempat dikunyah menyelonong masuk ke dalam tekak. Dan. Kala Yapong mengekek; tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Macamana rupanya? Lu fikirlah sendiri! Humcha!

28 Oktober 2008

My name is, Bon. Simon Le Bon!

‘Lan Hussain’ tu name mainstream [aok] ke, Jenderal? tanya Pipiyapong.

Hoh le! Kalu dah ade ‘Naz Annuar’, ‘OP Zahrin’... mestilah kene ade ‘Lan Hussain’! jawab aku.

[Keh] kena cari satu le [name mainstream] kalu macam ni, Jenderal! kata Pipiyapong.

Hoh le! [Aok] gune le name ‘Fir’ ke, ‘Firaun’ ke! cadang aku.

Cilakak! kata Pipiyapong.

23 Oktober 2008

Gerabak

Pada suatu senja, hari hujan, jalan sesak, aku masih di pejabat, dan Nida di dalam kereta; terasa benar benar hendak terkencing. Ada mana, dia tanya. Ada di pejabat, aku jawab. Ringkas. Cukup ringkas. Aku nak tumpang kencing [di pejabat kau], dia kata. Ok, aku kata.

Aku syak, selepas ini, ada ramai lagi perempuan-perempuan akan menelefon aku kalau mereka rasa nak terkencing, ha ha.

Tapi, bukan itu yang hendak aku ceritakan kepada kamu.

[ , ]

Tiba-tiba hari pun malamlah.

Aku di dalam gerabak lrt yang cuma ada aku. Pada satah tingkapnya ada bintil-bintil air. Kejapan, aku terasa seperti John Travolta dalam filem Saturday Night Fever.

Mata aku tertancap kepada sebuah beg hitam tidak bertuan, kemudian.

“Entah-entah... ada bom kat dalam beg tu!” getus hati.

“Bukak dude, bukak! Kasi check-lah... ada bom ke tak ada bom kat dalam beg tu!!!” kata Tok Rimau. Yang tiba-tiba muncul. Kemudian *plop*. Seperti selalu-selalu.

“Bukak dude, bukak! Kasi check-lah... entah-entah ada 30 juta kat dalam beg tu!!!” kata Spyz. Yang tiba-tiba muncul. Kemudian *plop*. Seperti selalu-selalu.

[ , ]

Lrt berhenti di stesyen yang lain. Aku 'melompat' masuk ke dalam gerabak sebelah.

“Manalah tahu... kalau bom meletup... taklah hancur sehingga tidak dikenali, he he!” getus hati.

Mata aku masih tertancap kepada sebuah beg hitam tidak bertuan, di gerabak sebelah.

Kejapan, aku terasa seperti John Travolta dalam filem Saturday Night Fever. Pada satah tingkapnya ada bintil-bintil air. Aku di dalam gerabak lrt yang cuma ada aku.

Malamlah pun hari tiba-tiba.

21 Oktober 2008

Mak Teh kena stroke

Nama emak, Puteh.
Stroke merongrong tubuh emak. Otak kanan emak lumpuh. Mulut kanan emak lumpuh. Tangan kiri emak lumpuh. Kaki kiri emak lumpuh.

Apabila emak dah sedar, emak nak minum teh o ais. Aku kata, hishhhh, doktor tak bagi minum lagi, sebab salur tengkorok dan salur penafasan emak masih tak ada tindakbalas... susahlah kalau tersedak nanti.

Nama kakak aku, Maimon. (Ya, nama kami adik-beradik memang tak best, ha ha.)
Apabila doktor leka, Kak Mon curi-curi bagi emak minum air mineral. Nak bagi emak minum banyak-banyak - takut. Jadi, bagi emak minum sikit-sikit, guna camca kecil - itu sajalah yang berani.

“Ape tawarrr 'je teh o ais ni, Mon?” tanya emak, dalam nada yang sukar untuk difahami.

Aku tak tahu sama ada emak serius atau emak buat komedi masa tu. *ding!*

Right Brain and Left Brain Inventory

14 Oktober 2008

Blog ini tak akan sempat di-update, coz aku sibuk

Rimau suruh aku bikin filem.

Aku suruh Rimau sajalah yang bikin filem, lagi pun dia sudah berkursus di Finas, biar aku bikin buku sajalah.

“Biar aku jadi Aziz Bakar atau Freddie Fernandez saja, Mau... Part sampaikan award kepada kau!” aku kata.

10 Oktober 2008

Emak suka makan dodol

Nama emak, Puteh. Puteh bte Ali. Orang panggil emak, Kak Teh. Orang panggil emak, Mak Teh. Orang panggil emak, Nenek. Tapi, abah panggil emak, "Teh! Buatkan abang teh tarik!" Kenapa nama emak, Puteh? Kata arwah nenek, sebab emak putih masa 'keluar' dulu.

"Putih macam Cina!" arwah nenek kata.

"Cina bukan kuning ke?" aku tanya.

"Cina dulu putih. Cina sekarang... kuninglah, birulah, merahlah... bla bla bla." arwah nenek kata.

[ , ]

Emak suka makan dodol. Yang baru dikeluarkan daripada kawah; masih lembik. Dan. Yang disimpan di dalam bekas yang diperbuat daripada anyaman mengkuang.

Tapi sekarang, emak dah tua. Emak dah tak suka makan dodol. Dodol buat gigi palsu emak terlucut-lucut. Emak 'ambil bau' sahajalah. Ha ha. Ya ya, emak aku memang komedi.

Apabila dah tua, selera makan dah kurang. Itu tak nak. Ini tak nak. Itu tak lalu. Ini tak lalu. Kalau makan nasi, satu dua suap dah berhenti, yang lagi dua puluh tujuh suap bagi kepada kucing yang menebeng di bawah meja.

Kadang-kadang, kucing di zaman moden ni - memilih! Itu tak nak. Ini tak nak. Itu tak lalu. Ini tak lalu. Ha ha. Ya ya, kucing pun dah pandai komedi sekarang ni.

"Habis... mak nak makan apa?" aku tanya, sambil kopek ikan bilis.

"Aaa... kenteki! A'ah, emak nak makan kenteki!" emak jawab, sambil tengok tivi.

"Amboiiiiiii selera!" aku kata, sambil tengok emak yang sedang tengok tivi.

"Mak acah 'je!" emak kata, sambil tengok tivi.

07 Oktober 2008

Puas

Hari itu. Di Echigo-Yuzawa. Momiji, kadang menguning kadang memerah. Desir angin, kadang menyapa telinga. Miyuki, seperti selalu-selalu, di dalam sweather merah teluki dan di dalam jeans biru kobalt. Mendatangi aku dari belakang.

"Ano... kau puas?" dia bisik.

"Hah? Apa dia?" aku tanya.

"Kau puas?" dia bisik, lagi.

"Puasalah, Miyuki! Bukan puas!" aku beritahu.

"Tidak sama, desu ka?" dia tanya.

[ , ]

Juadah berbuka puasa kami petang itu - kakiage dan ocha. Slurp!!!

Replika romantika khatulistiwa

"Bina replika Anwar... melanggar adat budaya Melayu..." - Dr Mohd Khir.

"Ia hanya sekadar gambar Anwar dan bukannya patung... - Amirudin.

"Tu tu tu, Tugu Negara tu bukan patung ke?" - Kak Pinoi.


Dulu. Sekolah kami. Menang hoki MSSWP.

Kami. Bawa pulang medal. Dan. Bawa pulang piala pusingan. Yang pada bahagian atasnya. Ada patung lelaki. Sedang bermain hoki.

"Kapten! Di dalam dorm mana boleh bawa masuk patung... nanti malaikat tak masuk!" gurau kami.

"Ya tak ya juga ya!" kata Kapten.

Tap!

Kapten patahkan patung tu dengan tangannya.

Argh! Tidakkkkkkk!!! (Siapa nak jawab kat HM ni?)

02 Oktober 2008

Injakulasi?

Aku. Telefon. Azzam.

Dah boleh jalan, aku tanya.

Dah boleh diri, tapi kaki (yang patah) masih tak boleh injak, Azzam jawab.

Hah, apa, istinjak, aku tanya.

INJAKKKKK, Azzam jawab.

Ooo.