"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

25 Disember 2007

Selamat Hari Natal, Barbara

Hari ini Hari Natal. Barbara pergi ke Times Square. Barbara mahu beli 'apa apa' yang masih lagi tak terjual. Untuk Hari Mengotak esok hari. "Murah sikit kot!" Kata Barbara. "Mananyeee..." Kata aku.

Selepas membeli beberapa tin biskut (tin bulat warna biru). Barbara tahan teksi. "Jalan Maharajalela..." Kata Barbara. "Sepuluh ringgit!" Kata pemandu teksi berbangsa Melayu tu. "Fuck, biasa tiga ringgit sajalah!" Kata Barbara lagi.

Oh ya, lupa nak beritahu, pakcik gemuk pakai baju merah tiada di Times Square. Hari ni dia bercuti. Sebab, semalam dia dah ber-overtime. Ho ho. Jadi, siapa pun boleh bernakal-nakal pada hari ni. Dia tak akan tahu.

KOMA

"Ellooo!", kata aku, "Kementerian Pengangkutan Negara tidurkah?"

"Entah!", kata Barbara, "hadhari kononnnn...", sambil kunyah biskut yang baru dibelinya tadi. Rangup.

"Hoiii! ! ! !", kata aku, "hadhari hadhari jangan 'main' hahhh! ! ! !"

Barbara buat 'dek' saja. Lantas. Aku ambil sekeping. Biskut empat segi sama. Yang ada gula halus di atasnya. Aku celup ke dalam koko panas. Kejap. Apabila aku nak angkat masuk mulut - sebahagian biskut terjatuh ke dalam kole.

*Cepelup!*

Lembik.

23 Disember 2007

Lelaki bertangan gergasi

Image Hosted by ImageShack.us

Saharil: Wo! Besarnya tangan kau.

20 Disember 2007

Ini barang baru. Ini baru barang

Semenjak beberapa menjak ini. Aku memiliki beberapa barang baru.

Ipod Classic baru. Ipod Shuffle baru. Topi keledar askar Marine baru. Minyak wangi baru. Cermin mata baru. Pen mata bola (bukan jenis BiC atau Kilometriko ya) baru. Jam tangan baru.

Bila lu balik KL?, aku tanya.

Ahad ni, jawab Pipiyapong, apa hal, ada bisnes rib-rib atau jut-jut ke?

Tak adalah..., jawab aku, ingatkan nak tunjuk kat lu handphone baru wa.

Cilakak..., kata Pipiyapong.

Dan. Di dalam bilik tidur aku. Ada sebuah jam loceng. Yang suka-suka hati ia nak berdenting. Tak kira waktu. Rut tut tut tut ting ting ting tong tuutttt!

Ermmmm...

17 Disember 2007

Leaving on a jet plane, kata John Denver

Image Hosted by ImageShack.us

Alo bos, mamat Cina tu tanya, DVD pilot punya mao ka, bos?

KOMA

Pilot di hadapan yang mula-mula nampak api tu, aku duduk di belakang, *Mejar (U) Amir kata, dia eject... aku pun eject-lah!

Habis..., aku tanya, Skyhawk tu terhempas... kau tak kena surcharge ke?

Tak, Mejar (U) Amir kata, kalau kena surcharge... tak terbayar aku, Bro!

Lepas Mejar..., aku tanya, apa?

Leftenan Kolonel-lah, Mejar (U) Amir kata, wo ho!

Kalau dah jadi Leftenan Kolonel, aku tanya, kau boleh bawa aku naik jet tak weh?

Sekarang pun boleh, Mejar (U) Amir kata, sambil jari tunjuk kat Skyhawk dah tak ada kepak (sedia untuk diangkut ke LIMA).

KOMA

Alo bos, mamat Cina tu tanya, DVD pilot punya mao ka, bos?

NOTAKAKIBANGKU: *Amir dah tak pandu Skyhawk dah. Sekarang ni dia pandu F/A-18 "Hornet". Wo ho!

13 Disember 2007

Everybody Wants To Rule The World, kata Tears for Fears

Penulis nak macam ni macam ni. Editor nak macam tu macam tu. Pemasaran nak macam tu macam ni. Kolumnis suratkhabar kata design kulit buku terbitan *** macam palat! “The customer is always right,” pesan Harry Gordon Selfridge kepada dunia.

Semua ini. Kau rasa macam. Dua buah kapal. Yang bergerak secara bertentangan. Di atas satu selat. Dan designer macam kau. Tentulah akan berasa penat. Ya. Amattttt penat!

“Kita ni dah banyak sangat bersabar, bang!” Kata As Mia. Di tangannya ada kabel USB. Mungkin dia akan lilit leher aku. Jika ada peluang. Ha ha.

“Ya. Esok esok, kalau kita dapat masuk sorga pun, sebab banyak markah kat ‘Bahagian Sabar’ saja kot. Ha ha.” Kata aku. Mata tetap pandang komputer. Telinga saja yang pandang As Mia. As Mia mengekek. Tapi, tangannya masih ada kabel USB. Malah, As Mia sedang lurut lurut kabel USB tu.

Dan kau pun mula berfantasi macam macam.

11 Disember 2007

Old boys yang kadang old-school

Image Hosted by ImageShack.us

Di dalam pejabat Izham. Ada keyboard, ada bass guitar, dan ada *keyboard yang bentuknya macam gitar (Yang macam Donny Osmond main tu).

“Kalau boleh... kau belilah siri Combat,” aku kata, “beli yang Vick Morrow berlakon sahaja... yang Rick Jason berlakon tak payah beli pun tak apa. Ha ha!”

“Ha ha! Bukan senang nak dapat siri lama lama tu, Bro,” Izham kata, “aaa... ni nak suruh aku main lagu apa ni, Bro?”

“Jazz-lahhhh,” aku kata.

Izham tekan keyboard. Ada bunyi ting tong ting tong. Lagu jazz. “Old-school jazz ni, Bro,” dia kata. “Ooo,” aku kata. Jari dalam kasut aku ada goyang sikit sikit.

Di ruang tamu pejabat Izham. Ada awek cun sedang duduk menunggu. Temuduga untuk jawatan baru kot, entah.

Izham emel aku kejap ni: *Itu namanya remote keyboard controller. Actually dia takde bunyi. Thru midi, kita hook up to a sound generator like a sound module or sampler. Mine is an AX-1

07 Disember 2007

Sewaktu hujan turun itu pagi

Cuti sekolah. Hujan. Aku sampai awal. Ke pejabat. Buka 'radiogram'. Dengar jazz. Diana Krall. Perempuan tu kata, "just love me like a man!"

Aku jilat setem. Tampal. Aku jilat lidah sampul surat. Tampal. Ada bahagian yang tak mahu melekat.

“Pagi pagi Jumaat ni kita mana ada banyak air liur, enche!” Kata Sufian Abas. Yang tiba-tiba muncul. Kemudian *plop!*

Eeeeiiiuuuuoooo!

05 Disember 2007

Ulasan MASKARA 5

Malam perempuan-perempuan naik tocang yang dikuasai oleh lelaki-lelaki groovy.

HaHa!

02 Disember 2007

Gaylang Si Paku Geylang

“Di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya“. Ungkapan ini. Adakalanya seperti sebuah deja vu. Adakalanya seperti sebuah ironi.

,

Sue moody. Seminggu sebelum period Sue moody. Seminggu selepas hari pertama period pun Sue moody. Pendek kata, dalam satu bulan, hampir 15 hari Sue moody. “I tak ada mood nak cakap apa-apa nak dengar apa-apa nak buat apa-apa,” kata Sue.

“Tapi, dalam majalah ni kata, mendakap pasangan masing-masing selama 10 saat pada setiap hari boleh memanjangkan usia,” kata Fir. Nama lelaki Sue - Firdaus. Macam nama syurga – Firdausi.

“Kan I dah kata… I period, I tak ada moodlah!!!” Kata Sue.

Jadi, jika ditolak 15 hari ketika Sue moody + total beberapa hari lagi pada ketika Sue tidak dapat berinteraksi secara lisan (ketika tidur, ketika berada di tempat kerja, ketika masak, dll) dengan lelakinya – teka, berapa minitkah dalam sebulan yang Sue benar-benar ada mood untuk ‘Di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya’?

,

Di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Aku terserempak dengan Ayis. Kami ke restoran Insaf, kemudian.

Ayis dah makan. Jadi, dia cuma pesan satu gelas teh tarik. Aku belum makan. Jadi, aku pesan satu gelas teh ais dan satu pinggan rojak. Jangan bimbang, Ayis kata, aku belanja!

Kemudian, mamak Insaf hantar satu gelas teh tarik, satu gelas teh ais, satu pinggan rojak, dan dua pasang sudu garfu. Hah? Ha ha. Mamak Insaf ingat kami ni apa?

Bayangkan kalau… Aku pesan teh ais. Dan Ayis tak pesan apa-apa.

Kemudian, mamak Insaf akan hantar satu gelas teh ais, dan satu pasang straw?

HA HA.

01 Disember 2007

MASKARA 5 - 1 Disember 2007

Image Hosted by ImageShack.us
Malam di mana karyawan-karyawan perempuan naik tocang.