Gaysha
Pagi itu hujan melebat. Aku capai sepersalinan baju Melayu. Lipat dan bubuh di dalam beg sandang warna hitam. Aku capai payung. Lalu bergegas ke hotel Metropolitan, Ikebukuro, Tokyo. Tengah hari nanti ada persembahan kesenian.
Op op op, Am kata, penari tak payah bawa apa-apa, penari bawa badan saja, peralatan menari biar crew yang bawakan.
Uwop uwooop, aku kata, ini sudah terlalu bagus.
Nama dia Am. Bekas penari kebudayaan negeri Kedah. Oleh kerana perut dia dah buncit (kalau menari, perut Am kelihatan seperti balang ikan mas yang berkocak-kocak airnya) – tugas menari ‘jatuh’ kepada lelaki-lelaki yang berperut leper. Macam kami. Macam aku. Alahai!
Kalau kami penari, aku tanya, hang apa?
Aku mamasan-lah, Am jawab, mari sini aku makeup-kan hang.
Sejak hari itu, di bawah sedar, aku syak, Am telah menggeishakan kami.
KOMA
Sedang kami menari. Muzik terhenti. Tape putus (masa tu belum ada mp3 lagi)! Penonton Jepun bertepuk tangan; suruh teruskan juga. Ada empat ekor kongkang jantan panik di atas pentas. Uwop uwooop!
Turun turunnn… kita mula semula dari awal, Am kata, nasib baik aku bawa tape spare.
Sejak hari itu, aku dah tak menari dah, sampai la ni.