Abah kata, apa standard pakai Toyota Corolla, standard lagi pakai Toyota Corona, ha ha.
Pagi-pagi lagi, setelah emak bagi aku makan ubat tahan muntah warna merah teluki, kami anak beranak bertolak dari Kem Batu 10, Kuantan.
Abah kata, Kuala Lumpur, here we come, tot totot totottttt!
Apabila sampai di Maran, abah memberhentikan Toyota Corona-nya, abah susap susap, hilang, dan beberapa ketika muncul kembali, dengan sebuah bungkusan berbalut suratkbabar di tangan - roti canai.
Abah kata, jauh perjalanan kita ni nanti Teh, abang rasa baik kita berbuka puasa sahajalah, lagipun kita ni musafir. Emak kata, ok. Dulu, dari Kuantan nak pergi Kuala Lumpur - laaaaaaaaaaaa baru sampai.
Maka kami anak beranak pun berbuka puasa [awal] dengan roti canai. Bukanlah kerana sifatnya berbuka puasa [awal] di dalam bulan puasa memang sedap, tetapi roti canai di Maran tu memang tersangatlah sedap rasanya: gebu dan garing, pergh!
Kemudian, kami anak beranak kembali menyambung perjalanan.
Emak kata, kalau nak muntah - cakap!
KOMA
Di Bentong, aku tak sempat cakap, muntah terbelahak, habis keluar semua roti canai, rasa macam rugi betul.
Nak suruh abah patah balik ke Maran, beli semula roti canai tu, dah dekat nak sampai Kuala Lumpur dah, alahai!