"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

31 Ogos 2010

28 Hari Jurnal Rock N Roll [Ulasan Buku]

MEMBACA buku ini dalam bulan puasa adalah suatu kesilapan [kerana buku ini mengandungi senarai makanan dan minuman yang panjang dan kita mudah terasa lapar dan dahaga].

Mohd Jayzuan atau Jay makan dan minum di sepanjang kembara ini: Panadol actifast, nasi kukus, lokceng, air jagung, nasi dagang, keropok lekor, [gila] babi, nasi lemak ikan tongkol, biskut kering empat segi atau biskut lutut, nescafe, nasi putih, sup daging, telur dadar, teh tarik, air tembikai, nasi sup tongkat Ali, nasi lemak ayam, beriyani, limau ais, Tiz Zaqyah, gula-gula getah, udara segar, mi seperti mi sup bebola ikan, ikan pari, nasi air, popiah, sirap, nasi goreng, teh o panas, [zombie makan] otak manusia, rojak kuih, roti canai, cendol, pasembor, milo ais, [hati], kopi, [mi segera] Maggi, nasi kandar, nasi goreng bunga kantan, air Astro, nasi royale, nasi ganja, wadikipeng, dan rock n roll.

Ada makanan-makanan ini kita biasa makan, ada makanan-makanan ini kita tak biasa makan, lokceng misalnya. Dan kita tertanya-tanya dalam hati: apekebende ni? sedap ke? halal ke? ha ha.

Ada minuman-minuman ini kita biasa minum, ada minuman-minumam ini kita tak biasa minum, air Astro misalnya. Dan kita jadi tertanya-tanya dalam hati: apekebende ni? sedap ke? halal ke? ha ha.

Ok, dari senarai makanan dan minuman yang sangat panjang ini kita boleh meneka, bahawa kentut si Jay sangat busuk [kecuali jika dia betul-betul makan Tiz Zaqyah ~ Tiz Zaqyah wangi, saya syak begitu]. HA HA.

Tapi, buku ini bukanlah tentang makanan dan minuman semata-mata. Buku ini juga mengandungi cerita-cerita tentang jiwa - jiwa yang gembira dan jiwa yang murung; yang banyaknya adalah cerita-cerita tentang jiwa yang murung. Jadi, untuk keluar dari daerah bolong dan lopong itu - Jay menjelajah; mencari, menemui, dan seterusnya berusaha untuk menakluki dirinya semula.

Dan, Rock n Roll adalah 'erti sebuah kemerdekaan' buat Jay atau Mohd Jayzuan.

MERRRRR... DEKA!

25 Ogos 2010

Pasca Apokalips

"Uuihh!" kata MatJan. "Macam dalam sorrga!"

Hari ini kami berkumpul. Sempena majlis perasmian rumah baharu kami.

"Sila, sila!" kata anna. "Jemput masuk, ente-ente sekelian!"

Dean Sham datang. Azzam Supardi datang. Spyz datang. MatJan datang. Op Zaharin datang. Jigo datang. Vovin pun datang. Bahkan Vovin datang berkepit dengan empat orang gadis genit bak bidadari. Dan, kalau dulu dia berkerusi roda (kerana kakinya telah kudung) - kini tidak lagi. Bahkan, kedua-dua kakinya telah tumbuh kembali seperti sedia kala.

Di meja utama, para tetamu sedang menikmati kurma dan delima dan Barbican.

"HA HA HA!" ketawa Vovin. Di tangannya ada sebatang kapur papanhitam. Di hadapannya ada sebuah papantanda untuk rumah baharu kami yang bertulis 'FIRDAUS ABDILLAH'.

"Cukup-cukuplah, sheikh!" kata anna. "Vandalisme namanya tu!"

"Ya la, ya la, anna padamlah ni!" kata Vovin sambil memadam perkataan 'ABDILLAH' dari papantanda tersebut dengan lengan jubahnya yang berwarna putih.

"Firdaus Abdillah tak datang ke?" tanya Dean Sham.

Mendengarkan pertanyaan itu, kesemua tetamu yang hadir terhenti dari makan dan minum. Hanya bola-bola mata mereka yang menguit-nguit; terbeliak dan tertancap ke arah anna.

"Tak, sheikh!" kata anna.

"Kenapa?" tanya Dean Sham lagi.

"Dulu, si polan mati...," kata anna. "Jasad si polan tak diterima tanah. Tu yang si polan tak dapat datang tu!"

"Dengar cerita...," tambah Vovin. "Hantu si polan kini bergentayangan di muka bumi!"

Di meja utama, para tetamu kembali menikmati kurma dan delima dan Barbican, macam tiada ada apa-apa yang hendak dirungsingkan sangat.

2060 oleh Pipiyapong

17 Ogos 2010

Cuti sekolah - aku balik ke rumah Mak Long Lijah di Pasir Besar 8

Kejap-kejap Nuar ludah ke pasir, kejap-kejap Nuar ludah ke pasir, kejap-kejap Nuar ludah ke pasir...

Kenapo, aku tanya. Takut batal poso, Nuar jawab. Tapi, Nuar kata lagi, tadi pagi, ghaso mocam dah tetolan ludah, sikit. HAH, aku kata, DAH BATAL LA POSO TU!!!

Muka Nuar yang tadinya bak awan berarak mendung kini berubah menjadi fajar di bumi permata. Kemudian, aku pun telan ludah, serupa macam Nuar juga. Tap! Aku petik jari. Dan, Nuar jempol ibu jari kanannya yang halimunan. [Dia selalu lupa yang ibu jari kanannya telah kudung dek terkena sabit]

Cepat-cepat kami berlari masuk ke dalam kebun yang terletak di atas bukit di belakang Balai Polis Pasir Besar itu. Sepuluh minit kemudian - aku sedang jerang air di dalam pot susu dan Nuar sedang tuai tanaman-tanaman kontan: daun kunyit dan daun limau purut dan cili api dan bawang kecil dan halia dan lengkuas dan serai dan kacang tanah.

Lauk apo kito tongah hari ni Nuar, aku tanya.

Ghaso-ghaso mocam nak buek ghondang kacang ghobuih la, Nuar jawab.

Pergh! Marvelous rasa-rasanya ni!

Label:

15 Ogos 2010

MatJan pergi Ipoh

MatJan tinggal bini. Di KL. MatJan tinggal kawan-kawan. Di KL.

Hari ini. MatJan pergi Ipoh. Hari ini. Dan. Malam ini. Dan. Awal pagi nanti. Matjan terpaksa. Menyewa hotel. "Tujuh, puluh, tiga, ringgit!" beritahu MatJan, "Rumah sewa tak cari lagi. Sebab tatau kena letak kat sekolah mana!"

Hari esok. Matjan [sepatutnya] mula mengajar. Tapi. MatJan belum dapat tahu penempatannya lagi. Tapi. Memang dah pasti. MatJan kena mengajar. Kat Perak.

KOMA

Bila petang. MatJan SMS gua.

'Gila. Ipoh lengang. Tak macam KL.' beritahu MatJan.

'Lenggong lagi lengang. Tak macam Ipoh.' beritahu gua.

'Minta-mintak gua dapat kat Tanjung Malim. Dekat sikit [dengan KL].' beritahu MatJan.

'Kenapa tak 'mintak-mintak' lu dapat kat Jalan Ipoh? Lagi dekat!' beritahu gua.

Lepas tu. MatJan tak SMS gua lagi dah. Habis kredit [telefon]. Barangkali.

11 Ogos 2010

SUDAH TERBIT. DEKAT NAK HABIS.



DAPATKAN NASKHAH ANDA PADA HARI INI JUGA, sebelum 'sayang semuanyaaaaa, sudah terlambaaaaaat'.

Caranya mudah sahaja, layari: sol-jah.blogspot.com

Segala keuntungan pendapatan hasil daripada penjualan buku ini akan dijanakan kepada aktiviti-aktiviti yang kami rancang - segalanya untuk ANDA juga. Tanpa KAMI, siapalah ANDA. Dan tanpa ANDA, kami mungkin sedang kesepian di sini. Yeehah!

Sebarang pertanyaan - hubungi kami di sindiketsoljah@gmail.com

10 Ogos 2010

Pasca MASKARA SHORTIES - yang mungkin anda tak tahu, tapi kami tahu

1. Abang Mamat Khalid tak dapat datang pada malam itu kerana masih ada baki pengambaran Apokhalips sehingga hari ahad. Sepatah katanya, "Abang pun tatau siapa yang susun jadual [pengambaran] abang cenggini, he he!"

2. Abang Pyanhabib pun tak dapat datang pada malam itu. Sepatah katanya, "Mamat [Khalid] suruh gua standby di lokasi!"

3. Abang Aimen [pemain banjo, penyanyi - sezaman dengan Blues Gang] datang ke Maskara Shorties sebab nak jumpa Abang Pyanhabib. Sepatah katanya, "Hampir 30 tahun juga abang tak jumpa dia!"

Dua patah katanya, "Duluuuuu, kami pun cenggini jugak! Buat acara free, ramai orang datang. Buat acara berbayar, tak ramai orang datang." Tambah dia lagi, "Apapun, thumbs up kepada Sindiket Sol-Jah kerana menganjurkan Maskara Shorties. Abang Aimen suke!"

4. Tok Rimau baru sahaja menjalani pembedahan kemaluannya. Itu sebab dia pakai kain pelikat, sekejap. Sepatah katanya, "Anna rase ngiluuuuu!"

5. Semasa tayangan dokumentari Sepi Seorang Abdillah, Pipiyapi tak sanggup nak tengok. Makanya, dia ikut anna dengan Jigo pergi fight dengan orang jahat. Bila dah sampai di kem orang jahat, anna dapati Pipiyapi telah hilang.

6. Orang jahat ugut nak rodok anna dan Jigo dengan gunting. Orang jahat dah tinggi-tinggi suara. Anna bukan boleh orang tinggi-tinggi suara dengan gua ni. Makanya anna pun tinggi-tinggi suara jugalah. Orang jahat ugut nak panggil kaki pukul kalau Maskara akan datang pun berlaku lagi kes dua tiga kereta block pagar rumah dia [konon-kononnya itu rumah dialah - walhal dia menumpang sahaja di situ]. Sepatah kata anna, "Kalau ante nak panggil kaki pukul... anna pun boleh 'ja panggil dua tiga SB yang sedang melepak kat Rumah PENA tu! Amacam? Mao?" Lepas tu orang jahat cuba untuk menurunkan disibel suaranya. Jigo walkie-talkie Dean Sham, suruh buat pengumuman, minta tuan punya kenderaan mengalihkan kereta mereka.

Ceh! Ada hati nak rodok anna dengan gunting! Apalah sangat rasanya kalau kena rodok dengan gunting tu - next time cuba ugut anna dengan parang panjang pula ya! Ngeh ngeh!

[Info yang baru anna terima: Rupa-rupanya, sebelum kejadian 'cuba merodok dengan gunting', orang jahat ni ada pelawa Aishah Nur Hakim singgah rumah; minum kopi bersama-sama. Mujurlah Aishah Nur Hakim tidak mudah terpengaruh dengan pelawaan itu!]

7. Luca De Ketiak 'perasan' yang selama ini dia pakai t shirt bersaiz M. Bila anna check saiz baju 'KODI' yang dia pakai - L. HA HA.

8. Filem 'Want Malaysia' tak sempat siap. Abang Mamat Khalid kata dia tak sempat nak siapkan sebab dia sibuk dengan Apokhalips.

9. Abang Hassan Mutalib (Siapa tak kenal Hassan Mutalib - angkat tangan!) menonton hampir ke semua filem-file pendek yang ditayangkan.

10. Yes! Kali ini ada saiz t shirt yang sesuai untuk Zan Zaini dan Rozinor. HA HA.

11. Semua Sol-Mate hadir (kecuali Lin yang berhalangan) untuk membantu dan memberi sokongan. Semua cantik-cantik, semua lawa-lawa, semua manis-manis - MACAM GULEEEE! *ahaks*

12. PAUS (Persatuan Aweks dan Isteris Sindiket Sol-Jah) yang turun hadir untuk membantu dan memberi sokongan - Isteri MatJan, Cikgu Su. Siap masakkan kek kaler hitam lagi. Pergh!

13. Fazleena Hishamuddin (anna punya wife 'back to the future') pun turut hadir dan berkepit dengan balak pucuk muda dia. Ismael pun nak join berkepit dengan mereka - anna tak kasi. Sepatah kata anna, "Mael, dok molek duduk depan tivi dekat-dekat - nanti rosok mate! Cube gi maeng jejauh sket, Mael!"

14. Gigi palsu Aishah Nur Hakim masih belum siap lagi - tu sebab dia masih pakai purdah. HA HA HA.

15. Ajami datang menyelamat apabila air sirap Zan Zaini bo liau. Ajami bawa 6 botol besar air berkarbonat. Anna campur-campurkan Ice Cream Soda dengan Sprite jadi serbat, ha ha. Zan Zaini minum - terus mabuk. Gambar dia mabok; baring terlentang ada dalam Facebook. Pergilah tengok.

16. Paradoks datang ke Maskara Shorties selepas tamat pementasan Hegemoni di Stor DBP.

17. Basri Bas Sekolah datang dan tolong membaiki lampu limpah untuk Maskara. Dia ada jual buku Salah Lorong juga pada malam tu. Dengar cerita - laku!

18. MatJan muntah! Pembawakan budak, agaknya.

19. Anna ada ambil gambar pakai handbeg Marini Vanilli. Anna rasa macam gampang, HA HA.

20. Tayangan filem-filem pendek tamat jam 1:16 pagi. Anna pulang ke rumah jam 4 pagi. Anna bangun keesokkan harinya jam 4 petang.

05 Ogos 2010

Gantung blog



"Blog dah tak hip dah la ni!"
~ Tok Rimau: Pensyarah, Penggiat Seni Filem Pendek.

"Bila dah buat pameran di Galeri Petronas... lifestyle pun kenalah ubah. Lepas-lepas ni dah kena pakai suit Armani dah!"
~ Vovinsky: Penulis, Penyair, Penggiat Seni Filem Pendek, Penggembara, Pencinta Wanita.

"First show - kat Galeri Petronas. First collector - pun Galeri Petronas. Lepas ni dah tak boleh buat pameran kat galeri-galeri lainlah - kena jaga standard!"
~ Ise Parking Project: Pembuat Kertas Kerja Bidang Seni Tampak Tahap Dewa.

"Projek tu saudara kena siapkan sebelum Oktober!"
~ Dato' Dr Anwar Ridhwan: Sasterawan Nombor Satu Negara, Penulis, Pendidik, Pelukis.

"YAAA!!! Projek tu kau kena siapkan sebelum Oktober!"
~ Ridzuan Harun: Penulis, Penyair Dari Benua Suluk, Pendidik.

"Hah! Projek aku bila pula kau nak kasi setel ni, weh?"
~ Dean Sham: Pensyarah, Penggiat Seni Filem Pendek, Pengurus Pemasaran Produksi Filem.

"Lan! Aku dah ada FaceBook dahhhh! [<= Ni dia nak bagi tau gua yang blog dah tak hip lagilah ni!]"
~ Zakaria Ariffin: Penulis Skrip, Pelakon Teater, Pengarah Drama Pentas, Pengkaji, Pendidik, Pelukis (masa kanak-kanak), dan Pelbagai P P P lagi.

Aduyaiii...

Makanya, gua rasa macam nak 'gantung blog'lah. Kecuali - kalau lu ada alasan yang kukuh untuk gua tak teruskan niat suci murni ni.

03 Ogos 2010

5 sebab mengapa anda perlu datang ke Maskara Shorties

1. Ada 30 buah filem pendek yang akan ditayangkan secara random. Kalau pergi ke panggong biasa - kita dah tahu dah The Sorcerer's Apprentice main pukul 1:45, 2:15, bla bla bla... Jadi, di Maskara Shorties, kita tak tahu Sepi Seorang Abdillah main pukul berapa, makanya ini akan menambahkan lagi keterujaan dan nilai indienya. Bak kata semua orang, "Indie tengah naik la ni, wo!"

2. Kami telah mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli ais ketul. Makanya, air sirap yang Zan Zaini selalu bancuh itu akan ada refill-nya pada Maskara Shorties kali ini. Air sirap dan ais ketul adalah percuma. Anda tak perlu bayar apa-apa. Hah.

3. Anda berpeluang untuk menikmati kopi Tongkat Ali yang dibancuh oleh pasangan bercinta, Haan dan Luca De Ketiak. Orang tua-tua bilang, orang sedang hangat bercinta kalau bancuh air - kalau pahit pun akan terasa manis.

4. CERKAS, buku baharu terbitan Sindiket Sol-Jah akan mula di jual di sana nanti. Kira World Premiere juga tu. *Ahaks!*

5. [Anda sendiri tulis mengapa anda perlu datang ke Maskara Shorties].