1. Maskara Shorties I (1 Nov 2008) – tak hujan. Maskara Shorties II (31 Okt 2009) – hujan.
2. Malam tu Arsenal ada game.
3. Vovin masih me-render filem robot-robot comel pada jam 4:00 petang. Brengsek! Fiil macam diva!
4. Pipiyapong hanya tiba di Rumah PENA jam 6:30 petang. Brengsek! Fiil macam diva! “Betul Jend! Punat kabel stereo tu patah!” kata dia. Ha ha.
5. Sejak akhir-akhir ni Pipiyapong dah pandai mandi dan dah pandai guna sabun. Wangi! Bau bunga-bunga. Sama macam hatinya yang sedang berbunga-bunga pada ketika ini.
6. Memey demam pada hari tersebut. Dan, pada keesokan harinya, mak kepada Memey pula dimasukkan ke hospital. “Kena masuk air!” kata Spyz.
7. Dian demam pada malam tersebut. Jigo jadi tidak keruan. Pnut selimutkan Dian dengan sejadah. Pnut bukanlah isteri kepada Jigo ya, harap maklum!
8. Nenek Op Zaharin tiba-tiba pengsan pada malam tersebut dan dimasukkan ke wad ICU.
9. Sinaganaga menahan sakit pahanya dengan menghisap sekitar 3 kotak rokok Dunhill 14 sebagai pain killer. Sutradara Maddun (Ahmad Hasan) ada juga hulur sebatang keretek - suruh hisap.
10. Air hujan memang susah nak lekat lama di kepala Dean Sham, Tok Rimau, Ajami, dan Mat Gunz. Kemudian, Tok Rimau pakai topi Yankees.
11. “Oh, Sindiket Sol-Jah ni adik beradik rupa-rupanya!” kata Rafidah 3R. Cepat-cepat Sinaganaga dan OP Zaharin menafikannya. “Tapi, muka korang berdua macam sama ‘jaaaa!” tambah Rafidah 3R.
12. Keputusan untuk memindahkan acara ke dalam Rumah PENA dibuat sekitar jam 8:15 malam setelah Sindiket Sol-Jah mengadakan mesyuarat tergemparnya di tepi longkang. Hujan masih turun.
13. Ketika Sinaganaga, Daeng, Mior, dan Ayie sibuk mengangkat kerusi yang telah separa basah, ada penonton yang duduk di wakaf (Baca: Si Pnut) masih terpinga-pinga dan masih berkira-kira sama ada mahu kekal duduk di situ atau mahu beralih masuk ke dalam Rumah PENA. Dia sayang nak tinggalkan lingkaran ubat nyamuk tu agaknya. *ahaks*
14. Abang Mamat Khalid tidak dapat hadir pada malam tersebut kerana masih demam. ‘Filem abang baru keluar dari oven. Panas-panas lagi ni.’ Kata Abang Mamat Khalid, via SMS. Filem Melayu 7 adalah filem terakhir sampai di tangan penganjur.
15. Sinaganaga sempat bersalaman dengan pengarah Akash Deep Singh. Pun begitu mereka tidak sempat untuk berbual panjang kerana Sinaganaga harus segera pergi mandi – badan dah bau macam cuka. Fazleena kata, “Tau takpe!!!!!” Oh iya, filem Akash Deep memang best.
16. Keputusan untuk memindahkan semula acara ke luar Rumah PENA dibuat oleh Sinaganaga ngam-ngam selepas dia pakai bedak setelah mendapat maklumat muktahir daripada Azzam, Spyz, OP Zaharin, Jigo, dan Vovin yang berada di luar Rumah PENA. Ketika penonton sedang asyik menonton tayangan filem – anggota Sindiket Sol-Jah bergegas untuk menyusun semula kerusi di luar.
17. Wartawan Meja Hiburan Berita Harian (Rasdan?) hisap rokok artificial. Bila dia hisap – hujung rokok tu menyala macam touch light dan keluar asap juga. “Tak ada tar! Ada nikotina saja ni! Bolehlah hisap rokok dalam kapalterbang!” kata dia. Sinaganaga lupa nak tanya, “Kalau dah habis nikotinanya – boleh re-fill ke, bro?”
18. Filem 'Tree' oleh Amir Muhamad mengalami kerosakan audio. Kami minta maaf banyak-banyak. Dan, Jawatankuasa Disiplin Sindiket Sol-Jah masih menjalankan siasatan mengenai perkara ini.
19. Dengar cerita, filem 'Kimeru' oleh Tosan Priyonggo mengalami kerosakan sarikata. Kami minta maaf banyak-banyak. Dan, Jawatankuasa Disiplin Sindiket Sol-Jah masih menjalankan siasatan mengenai perkara ini. Kalau perlu EGM - kita adakan EGM. Ha ha.
[NOTA: Kimeru bermaksud ‘memutuskan’. Kisah tentang sepasang kekasih yang sedang berkira-kira hendak memutuskan hubungan cinta mereka. Di dalam pertengkaran itu, si perempuan memberikan gunting kepada si lelaki sebagai tanda – memberikan kuasa kepada si lelaki untuk memutuskan hubungan mereka. Seterusnya adalah twist cerita tersebut. Dan, yang kamu tonton hanyalah twist cerita tersebut kerana sarikata tidak keluar pada pendua filem Kimeru tersebut.] [Update: Oh, Fadz kata sarikatanya keluar tetapi kecil sangat!]
20. Dengarnya, filem ‘Chasing Cats and Cars’ oleh Seng Tat juga mengalami nasib yang sama.
21. Bennylita adalah satu-satunya pengarah wanita yang menghantar filem pendeknya pada Maskara Shorties II.
22. Wahyudi MY dan Amaludin Zhafir datang naik motor pinjam. "Kami nak belah dah ni! Nak kena pulangkan semula motor kat kawan!"
23. XXX-gf Vovin hadir untuk memberikan sokongan. Aaa, aku taip berapa banyak 'X' tu? HA HA. Total x-gf Vovin adalah XXXXXXX. He he.
24. Abang Pyanhabib menonton sambil duduk di atas kerusi bos. “Gua sayang nak tinggalkan kerusi ni – takut orang lain ambil! Eh, tolong ambilkan gua kopi!” kata dia.
25. Tok Rimau bawa khas bintang-bintang dari JB.
26. Trofi 'Filem Paling Sakit Kepala (PASAK)' pada tahun ini dimenangi oleh pengarah Daeng Ramli Akil.
27. Credit title filem Daeng Ramli Akil adalah dalam bentuk news ticker (crawler). Ha ha.
28. Filem ‘Kakmin’ oleh Ajami Hashim di-request untuk ditayangkan di Sunway College sempena Yasmin’s Book Launch (18 Nov, 3 petang ek Ajami?)
29. Pagi tu (sekitar 3:30 pagi), buat kali pertama dalam hidupnya Mael tak dapat duduk semeja dengan perajurit-perajurit Kuala Lipis (kerana tak muat meja). Tak tahulah apa perasaan dia duduk semeja dengan Sinaganaga, Tok Rimau, Dean Sham, Spyz, dan Vovin.
30. Oh lupa nak sebut… Tugas MatJan – jadi mc, tolong kopek skrin, dan lipat sepanduk Sindiket Sol-Jah 'ja. Ceh! Brengsek! Fiil macam diva! HA HA.
KOMA
Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang menaja. Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi sokongan dan dorongan. Dan, memetik sepatah kata dari Amir Muhamad, "Sokonglah industri filem tempatan!" He he.