"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

29 November 2010

Dulu-dulu, orang Melayu ni miskin

Dulu-dulu, mana ada PNB (1978). Dulu-dulu mana ada ASN (1981). Dulu-dulu, mana ada ASB (1990). Dulu-dulu, mana ada Along Bukit Beruntung (90-an - present). Dulu-dulu, kalau nak pinjam bank - kena ada penjamin, kena letak sandaran - dan, orang Melayu ni tak ada tempat nak bersandar, apatah lagi tempat nak bergantung harap.

Abah nak bina rumah 'haram'. Tapi, macam orang-orang Melayu lain - abah miskin, tak cukup duit, pencen sol-jah berapa sen lah sangat. Mak kata, "Tu la... dulu suruh mintak Felda - tak mau! Kalau tak... kita dah senang dah, dah ada rumah sendiri dah!" Abah campak rokok Gold Leaf ke tanah, putungnya masih berasap, bengganglah tu, konon.

Suatu hari, abah bawa aku pergi makan angin ke Leboh Ampang. Abah masuk ke dalam satu kedai. Di dalam kedai tu ada pangkin-pangkin kayu. Di atas pangkin-pangkin kayu tu ada orang-orang India sedang duduk. Satu pangkin kayu untuk satu orang India duduk. Ada sekitar empat lima orang India di dalam kedai tu. Mereka duduk bersila macam tok pekong!

Abah duduk di atas lantai. Maknanya, abah duduk satu level lebih rendah daripada orang India itu duduk; macam cerita raja-raja dengan panglima zaman dahulukala. Di hadapan mereka ada satu rehal. Di atas rehal tu ada senaskhah buku besar (sebesar buku Panjar Wang Runcit, ha ha). Orang India tu dan abah pun tulis sesuatu di dalam buku besar itu. Dan, selepas itu orang India tu beri abah duit. Abah ambil dan kami pergi makan roti canai.

Abah kata, "Belen ni nanti abah nak beli beroti, papan, zink, batu blok, simen, paku, ensel, minyak hitam terpakai... abah nak bikin rumah untuk kita!" Aku tercekik. Abah tepuk-tepuk belakang aku. Abah suruh aku makan molek-molek sikit. Lepas tu abah pesan Green Spot satu botol lagi. Aku cakap aku nak tudung botol tu. Sebab di sebelah dalam tudung botol tu ada pelapik getah yang kalau kita kopek - ada lukisan kartun macam-macam.

[Bila dah besar baru aku tahu 'orang India' yang abah jumpa tu sebenarnya ceti ('orang Chettiar'): - loan shark, lintah darat, semacam along Bukit Beruntung-lah juga kaedahnya. Tetapi, dulu-dulu, ceti ni legal lagi rasa-rasanya, he he!]

KOMA

Dulu-dulu, orang Melayu ni miskin.

Ceti juga digambarkan sebagai lelaki India yang berkain putih dan mengelek payung hitam ke hulu ke hilir.

25 November 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah, Bahagian 2

Masyarakat Melayu begitu dekat dengan hantu: burung hantu, rumah hantu, jari hantu, kacang hantu, naik hantu, penulis hantu, pengundi hantu, dan pelbagai lagi.

Dekatnya hantu kepada masyarakat Melayu sehingga dibuat orang akan peribahasa: bagai hantu makan dedak, burung hantu kesiangan, seperti polong kena sembur [jampi serapah], merasuk seperti polong tak berjinjang, dan pelbagai lagi. -- Maknanya, di Tanah Melayu dulu-dulu memang ada hantu dan nenek moyang kita dulu memang pernah tengok hantu. Pergh!

"Cer citer! Cer citer!"

Wikipedia merakamkan 33 jenis hantu dalam masyarakat Melayu: pontianak, polong, toyol, pelesit, hantu air, hantu raya, hantu bungkus, langsuir, bota, bajang, bunian, hantu Jepun, hantu bukit, hantu kubur, pari-pari, hantu punjut, jerangkung, hantu laut, hantu galah, jin tanah, hantu keramat, hantu kum-kum, hantu bungkus, orang minyak, puaka, penanggalan, pocong, hantu bidai, hantu kopek, hantu tetek, harimau jadian, jembalang tanah, hantu tengelong.

Oh! Kita tak boleh percaya Wikipedia sangat. Sebab, hantu kopek adalah sama erti dengan hantu tetek, pontianak adalah sama erti dengan langsuir, polong adalah sama erti dengan penanggal, hantu punjut adalah sama erti dengan hantu bungkus adalah sama erti dengan pocong. Dan yang paling dikesalkan, bunian dan jin tanah bukannya hantu sebenarnya. Dan, hantu stoking telah tidak dimasukkan ke dalam senarai tersebut. Why? *ahaks*

Jadi, pung pang pung pang - orang Melayu dah tak banyak hantu lagi! Oh, Hantu is DEAD! (Sama macam pasukan TAKRAW kita, ha ha).

"Cer citer! Cer citer!"

Ada orang tak boleh nampak hantu. Ada orang boleh nampak hantu. Dan, Mamat Khalid boleh [nampak hantu]! Dia selalu nampak hantu di sekeliling dia, dalam kehidupan dia. Adakalanya timbul rasa tak puas hati dia. Lalu, dia buat filem pasal hantu-hantu ni, ha ha.

Dulu dia pernah bikin filem pasal zombie. Kini dia kembali lagi. Kali ni dia bikin filem pasal Kak Limah. Ok, sekarang kita boleh tambah satu lagi hantu dalam senarai Wikipedia tu: Hantu Kak Limah.

Jadi, sebelum ada kelompok hantu dalam senarai Wikipedia tu tersama erti lagi macam yang sudah-sudah - maka kita kenalah kenal pasti ciri-ciri khas Hantu Kak Limah ni - jawabnya, ke panggunglah kita, ye yeop!

Hah, ni gua nak citer sikit ni...

"Cer citer! Cer citer!"

Dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ada Ummi Nazeera yang berlakon sebagai... "Nenek Kebayan? Ponti Anak Remaja? Burung Hantu? Hantu Kom-Kom? Hantu Kopek????" Tanya bapak Jimmy Neutron. "Oh, please! Jadilah Hantu Kopek, ya!"

Aaaa, gua tak mau citer banyak-banyak... *ahaks* "Kita berjeda seketika. Dan, kita kembali selepas ini." Kata Sayed Munawar. Lepas tu dia kemam bibir sikit dan skrin TV bertukar menjadi iklan buah anggur berdakapan dengan buah lemon....

bersambung...

22 November 2010

TESLA: Real to Reel 1 & 2

Selepas Lee Chong Wei kalah di tangan Lin Dan semalam – gua jadi gusar. Gusar, tak senang duduk, sehinggakan gua tidak boleh lelap. Gua bangkit dan renung koleksi CD-CD di atas rak, lama-lama. Di antaranya ada Anne Murray dan Shania Twain [Oh, gua beli CD Shania sebab dia lawa, ok!].

Dan, pagi tadi, ketika gua sedang scroll playlist di iTunes, gusar itu semakin menjadi-jadi. Mata gua belalak. Gua jadi gumam. Di antara lagu-lagu dalam playlist itu ada Buddy & Julie Miller, Kenny Roger & Dolly Parton, Lee Ann Womack, Emmylou Harris & Mark Knopfler, Taylor Swift [Oh, semenjak Shania tinggalkan gua dan kawin lari dengan mamat itu, ha ha – Taylor adalah fantasi liar gua masa kini, ok!] dan Alabama.

Tak puas hati – gua scroll lagi. Gua jumpa Eagle, Creedence Clearwater Revival, Lynyrd Skynyrd, Allman Brothers, Sister Hazel, dan King of Leon.

OMG! Rupa-rupanya gua bukan rockers. Gua koboi! HA HA HA.

Sebagai koboi, tidak mustahillah jika gua cuma ada satu dua album Search dan satu dua album Wings sahaja. Dan, tidak mustahillah pula jika gua miliki koleksi 99% lengkap album Tesla. Sebab, Tesla bukan rock! Tesla koboi! HA HA HA.

Tesla telah dibentuk di Sacramento, California dalam tahun 1984 (yakni, setahun lebih awal dari pembentukan Gun N’ Roses). Ada orang kata, Tesla ni hard rock. Ada orang kata, Tesla ni honky tonk rock. Ada orang kata, Tesla ni southern rock. Bagi gua, Tesla ni rock koboi, senang cerita! HA HA HA. Adik beradik Lynyrd Skynyrd, cuma Tesla lebih ‘keras’. Dan, jika hendak dibandingkan dengan yang muda-muda seperti Sister Hazel dan King of Leon – Tesla lebih groovy, ahaks.

Dan, apa yang menariknya Tesla bagi pandangan gua – mereka ada dua orang pemain gitar utama: Frank Hannon dan Tommy Skeoch. Sehinggakan, apabila kita dengar riff atau intro atau solo improvisation dalam lagu-lagu Tesla – kta tertanya-tanya, kita tak tahu siapa di antara mereka berdua ini yang main ‘that part’. Kedua-duanya sama padan, sama hebat, sama rock, sama koboi dan sama groovy! Bolehlah dikatakan, jika ada anak dara terserempak dengan Franky dan Tommy di pasar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman – nescaya mereka akan peluk tak lepas dan cakap, “Take me home [or having me here] la, abang koboi! I nak you! I tak nak KLCC dah, you!!” Hellna!

Seperti band-band yang lain, kadang-kadang mereka ada hati juga nak main lagu-lagu dari band-band lain selain mereka. Begitu jugalah yang terjadi kepada Tesla. Mereka pun teringin nak main lagu cover version: Real to Reel 1 & Real to Reel 2. Album ni gua beli kat Amazon.com sebab kat Malaysia tak ada jual. Terkial-kial juga gua bila sampai 'time' isi borang tu, he he.



Real to Reel 1:
1. Space Truckin' (Deep Purple)
2. Walk Away (James Gang)
3. Hand Me Down World (Guess Who)
4. Bad Reputation (Thin Lizzy)
5. Thank You (Led Zeppelin)
6. I've Got A Feeling (Beatles)
7. Day Of The Eagle (Robin Trower)
8. Ball Of Confusion (Temptations)
9. Rock Bottom (UFO)
10. Stealin' (Uriah Heep)
11. Bell Bottom Blues (Eric Clapton)
12. Honky Tonk Women (Rolling Stones)
13. Dear Mr. Fantasy (Traffic)

Real to Reel 2:
1. All The Young Dudes (Mott The Hoople)
2. Make It Last (Montrose)
3. Shooting Star (Bad Company)
4. Not Fragile (Bachman-Turner Overdrive)
5. Street Fighting Man (Rolling Stones)
6. Is It My Body (Alice Cooper)
7. I Want To Take You Higher (Sly & The Family Stone)
8. Do You Feel Like We Do (Peter Frampton)
9. Beer Drinkers And Hellraisers (ZZ Top)
10. Seasons Of Wither (Aerosmith)
11. Saturday Night Special (Lynyrd Skynyrd)
12. War Pigs (Black Sabbath)

Cuma, dalam album Real to Reel ini – Tommy Skeoch tak main, masuk Pusat agaknya, maka tempatnya digantikan dengan Dave Rude. Franky jumpa mamat Rude ni kat dalam Myspace dan pelawa dia ganti Tommy yang kononnya terlalu banyak sangat bagi alasan, “Gua tak ada kredit la, mood tak mari la, nak kena hantar anak pergi sekolah la, malam tadi tengok bola sepak; tidur lewat la… esok, esok… esok siap, Jend!!!!”

Jeff Keith pula kata, “Gua tak kisah! Janji lu tak paksa gua nyanyi sebijik macam John Lennon dah le, Franky!” Ya, dalam album ni Jeff Keith nyanyi macam Jeff Keith, ha ha, tak kisahlah ‘time’ nyanyi lagu Alice Cooper ke lagu Steven Tyler ke – dia tetap nyanyi macam Jeff Keith juga, dia tak peduli. HA HA.

Lagu-lagu pilihan gua dalam album ini: Space Truckin', Thank You, I've Got A Feeling, Day Of The Eagle (Brian Wheat betul-betul ‘patuk’ gitar bass dia dalam lagu ni), Rock Bottom, Honky Tonk Women, Shooting Star, I Want To Take You Higher (seingat gua, Mark Wood pun pernah cover lagu ni), Beer Drinkers And Hellraisers dan banyak lagi.

Ada orang tanya gua pasal album ni, “Hah! Macamana dia punya sound, dude?”

Gua cuma boleh jawab, “Demeh main macam Tesla!”

Pergh!


Brian Wheat, 47 - Pemain bass selalunya gemuk, he he.


Frank Hannon, 44 - Adakalanya, rambut dia tak blonde.


Jeff Keith, 52 - Orang tua memang penyayang.

One day, when walking into an Oakland Raiders game, a starving dog was wandering the parking lot looking for food and JK decided to skip the game and take him home. A short time later when the band was recording the Real to Reel album in Texas, JK discovered a homeless mother dog with puppies and he then drove them all the way to his home in California. These acts of love were recoginized by ARF (Animal Rescue Foundation) and JK received the “Evie Award” for his efforts. The dogs’ names are Okie, Cali and the pups. They are happy and healthy today.


Troy Luccketta, 51 - Anggota yang paling susah gua nak eja.


Dave Rude, 32 - Anggota termuda Tesla.


Tommy Skeoch, 48 - Ada orang kata dia kena buang sebab banyak sangat mengisap. Tapi, band member selalu kabo, "Tommy mahu memberikan tumpuan kepada keluarganya!"

19 November 2010

Awek dia pilih KLCC bab 2

Dulu.

Mana ada Starbuck. Mana ada Gloria Jean's. Mana ada Coffee Bean (& Tea Leaf). Mana ada Old Town White Coffee.

Dulu.

Mana ada Ali Maju. Mana ada Pelita. Mana ada Kayu. Mana ada Lotus.

"Habis, dulu lu dating kat mana, John?"

Dulu.

Bila time-tima dapat biasiswa. Kami dating di [restoran] YASIN atau BILAL!

HA HA HA. Islamika sungguh budak-budak dulu, eh!

15 November 2010

Awek dia pilih KLCC

Dulu. Bangunan KLCC tak ada lagi. Bangunan Dayabumi pun tak ada lagi. Maka. Budak-budak Sains Selangor dengan Convern Bukit Nenas 'dating' dekat bangunan AIA. Dan. Budak-budak Sains Selangor dengan Methodist Girls' School 'dating' dekat tepi Masjid Negara. Dan. Budak-budak Sains Selangor dengan Sri Puteri 'dating' dekat bangunan Tabung Haji (kini - bangunan Perkim). Dulu.

['Dating' budak-budak kapel dulu-dulu pun lebih banyak berkisar tentang hal-hal: 1. bertukar-tukar lencana besi, 2. bertukar-tukar kertas soalan, 3. bertukar-tukar tips macamana nak ubati scabies, 4. bertanyakan status duit biasiswa dah keluar ke belum.]

Bangunan Perkim.

Dialog budak-budak kapel dulu-dulu macam ni agaknya kot:

"Nak buat macamana... aku tak penting, bodoh!"

Bla bla bla.

"Aku bagi dia pilihan tadi, bodoh! REST. Aku bagi dia [pilih] bangunan Tabung Haji atau aku... Dia pilih Tabung Haji, bodoh!"

HA HA HA. Islamika sungguh budak-budak dulu, eh!

11 November 2010

Ulasan buku CACA MARBA tulisan Mat Jan



"Mat Jan adalah Pipiyapong zaman dahulu kala. Cuma, selalunya, apabila kita telah mencapai taraf 'veteran' - orang banyak semakin melupai kita."

- Sinaganaga, Jeneral Sindiket Sol-Jah.

10 November 2010

Trojan Hose?

"Hah, Tian Chua! Akak nak tanya kau ni," beritahu Kak Saripah Hasnor, "Tapi kau jangan marah, ek!"

Malam itu, orang India masih pung pang pung pang bermain mercun, sedang Deepavali sudah lama berlalu. Dan, seperti selalu-selalu, Kak Saripah Hasnor baru pulang dari Big 5. Satu-satunya pasaraya mini bertaraf lima bintang di Bandar Baru S. Di tangannya sarat dengan bahan-bahan untuk menanak nasi lemak esok pagi: beras, santan, daun pandan, cili, ikan bilis, kacang tanah, dan timun.

“Apa dia?” kata aku.

"Hah! Betul ke abang Zaid kau tu Trojan hose?” tanya Kak Saripah Hasnor.

"KAH! KAH! KAH! Horse-lah, kak!" kata aku, "Bukannya hose!!!”

"Alaaa... akak saja nak uji English 122 kau tu,” kata Kak Saripah Hasnor, "sama ada ok lagi ke tidak!!!!"

"Choi!" kata aku.

09 November 2010

Kata Plato....

"I heard girls like to hang out with painters and comic artistes more than writers." - Nazri M. Annuar, 03 Nov 2010, akhbar The Sun.

"KAH KAH KAH! Iya ke? Tak adalah!" - Justeru, peluang untuk menghadiri bengkel percuma kendalian pelukis terkenal tempatan, Azalan Hussain itu terus disertainya tanpa berfikir panjang., 30 Sep 2010, akhbar Kosmo!

02 November 2010

Estet oleh Sinaganaga & Estet oleh Mamat Khalid

Dulu.

Kakak pujuk. Kakak ajak. Ikut dia. Balik rumah dia. Di Sagil.

Kakak kata. Nanti. Boleh mandi air terjun. Boleh panjat Gunung Ledang. Sebab. Pintu masuk ke Gunung Ledang betul-betul di celah 'bedah' rumah dia.

Dan. Tambah kakak lagi. Kalau ikut dia. Dia nak belikan aku Matchbox.

Matchbox? Wah! Aku sedikit teruja.

KOMA

Bila cuti sekolah. Aku. Ikut kakak. Balik rumah dia. Di Sagil.

Kakak menyewa rumah. Di estet. Mak tanya, Mon dah tak ada tempat lain ke nak menyewa? Kakak jawab, Kat sini sewanya murah. Rumah sewa kakak buruk. Rumah sewa kakak kuarters estet. Di hadapan rumah kakak ada kuil Hindu. Tapi. Memang betul. Semua orang yang hendak panjat Gunung Ledang akan lalu di celah 'bedah' rumah sewa kakak. Pagi-pagi: Suasananya nyaman. Berkabus. Sejuk. Macam dalam filem.

Cukup tiga hari di situ - aku demam. Badan panas. Mulut meracau. Nak Matchbox! Nak Matchbox! Semua orang kata aku kena sampuk. Entahkan kena sampuk Puteri Gunung Ledang. Entahkan kena sampuk tok pekong Hindu. Entahkan kena sampuk hantu Matchbox. Aku tak tahu. Aku tak ingat, sebenarnya.

Mak suruh kakak pindah. Mak suruh kakak duduk Muar. Kakak kata, iyalahhhhh... orang pindah le niiiiii! Bukan setakat pindah rumah - kakak pindah kerja sekaligus.

Dulu.



Ber-signature-kan Kollywood, ESTET, filem komedi arahan Mamat Khalid akan berada di pawagam pada 4 November 2010 ini. Nak kata filem ni bagus - taklah pula menang award Filem Terbaik FFM23. Nak kata arahannya bagus - taklah pula menang award Pengarah Terbaik FFM23. Alahai! Barangkali, filem ini cuma boleh memenangi hati semua rakyat Malaysia, walau di mana kita berada.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ber'estet'ika tinggi ini! Ayuh kita ke panggung!


"Kata nak belikan Matchbox!"

"Dah cari kat Tangkak, kat Segamat, kat Gemas Baharu... tak ada kedai yang ada jual Matchbox! Bas tin dua tingkat adalah! Mau?"

Petang tu. Aku dapat. Bas tin dua tingkat. Badan masih panas. Perasaan masih lagi rasa macam gampang. Apa kejadahnya tayar bas tin dua tingkat ni tak boleh melantun-lantun!!! Ceh!

ESTET: bual santai Ajami bersama-sama Mamat Khalid
ESTET: filem 1Malaysia oleh Cikgu Man Station
ESTET: ulasan yang terpulas oleh Pegawai Khalwat