"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

28 Jun 2011

Menjelang PRU13: Menang Sorak (dek orang) Kampung Tergadai

Hatta, sementelah genap sepenggal, Pak Akop pun meletaklah jawatan sebagai Ketua Kampung, maka digantikan pula dengan Usop Ludin Tanah Lot, sementelah genap sepenggal Usop Ludin Tanah Lot pun meletaklah jawatan sebagai Ketua Kampung, maka digantikan pula dengan Mat Nangka. Maka, Mat Nangkalah yang menjadi Ketua Kampung Stingarden sekarang ini.

Arakian adapun, orang-orang banyak Kampung Stingarden itu tiada lainlah pekerjaan mereka selain daripada berkenduri kendara sahajalah mahunya.

Pun begitu, tiada lainlah juadah yang mereka masak: nasi minyak hula hup, rendang daging, paceri nanas, acar timun, dan keropok malinja.

KOMA

Pak Akop kepedasan. Usop Ludin kepedasan. Mat Nangka kepedasan. Nenek Munah Leper kepedasan. Kak Pinoi kepedasan. Mat Trompet kepedasan. Sarjan Kassim kepedasan. Karim Driving School kepedasan. Wak Merah-Merah Taman Kok Doh kepedasan. Mamang Sulan kepedasan. Sepiah Mata Smokey kepedasan, sehinggakan meleleh-leleh maskara Simply Sitis yang dilentik-lentikkan ke bulu matanya sebelum datang tadi.

Dipendekkan cerita, maka habislah orang-orang banyak Kampung Stingarden yang datang kenduri itu kepedasanlah kesemuanya. Menganga-ngagalah mulut mereka sambil meminta air sirap.

"Mana air sirap?" Mat Nangka tanya.

"Mana ada!" Latip Teksi Hitam Kuning jawab.

"Macamana boleh tak ada?" Mat Nangka tanya lagi.

"Dah diswastakan!" Latip Teksi Hitam Kuning jawab lagi, "Takkan dah lupa? Bukankah Usop Ludin Tanah Lot yang buat 'paper' untuk penswastaan bab-bab penyediaan air sirap ni dulu?"

Pak Akop masih kepedasan. Usop Ludin masih kepedasan. Mat Nangka masih kepedasan. Nenek Munah Leper masih kepedasan. Kak Pinoi masih kepedasan. Mat Trompet masih kepedasan. Sarjan Kassim masih kepedasan. Karim Driving School masih kepedasan. Wak Merah-Merah Taman Kok Doh masih kepedasan. Mamang Sulan masih kepedasan. Sepiah Mata Smokey masih kepedasan, sambil menyalahkan maskara Simply Sitis yang kononnya kedap air itu, dan tidaklah dia mahu percaya lagi akan Ani Beyonce yang menjual alat solek dari rumah ke rumah itu, "Kedap air tahi kucinggggg!".

Dipendekkan cerita, maka habislah orang-orang banyak Kampung Stingarden yang datang kenduri itu masih kepedasanlah kesemuanya. Menganga-ngagalah mulut mereka sambil meminta air sirap.

"Jadi, apa ikhtiar kita?" Mat Nangka tanya.

"Senang! Kita minta Usop Ludin Tanah Lot buat 'paper' untuk tarik semula penswastaan bab-bab penyediaan air sirap ni... Habis cerita!" Latip Teksi Hitam Kuning jawab.

Maka, orang-orang banyak Kampung Stingarden itu pun bersorak sorailah kegembiraan teramat sangat dek idea 'bergeliga' itu; lalu terlupalah mereka akan rasa pedas, walau mulut masih menganga-nganga.

Koma

[ , ]

21 Jun 2011

Last call buat seorang makcik kepochi

Aku melihat jam tangan. Lagi lima belas minit pukul lapan. Ini bermakna, lagi lima belas minit KLAB akan tamat.

Di kiri, Pipiyapong sedang kira duit royatli buku Cewah, bernilai ribuan ringgit yang baru diterimanya. Di kanan, Spyz sedang 'main' telefon berselnya. Aku, tersepit di antara kedua-dua mamat ini.

Di sebelah kanan meja Sindiket Sol-Jah, Linglung sedang melayan pelanggan last call-nya, seorang makcik yang sangat kepochi, aku rasa, "Buku ni, remaja boleh baca ke? Bla bla bla. Buku untuk umur-umur macam makcik ni tak ada ke?? Bla bla bla. Kenapa tajuk buku ni Sperma Cinta? Bla bla bla..."

Linglung jawab segala pertanyaan makcik tu dengan suara yang semakin lama semakin perlahan, sehingga susah aku nak 'tangkap' butir perbualannya. Oh, lupa nak beritahu, makcik tu ada anak perempuan. Mungkin dia datang ke KLAB kerana menemani anak perempuannya itu, entah, agaknyalah.

"Kalau makcik beli dan baca buku ini... apa faedah yang makcik boleh perolehi daripadanya?" kata makcik kepochi tu.

Tiba-tiba, Spyz yang sedang leka 'main' telefon berselnya, merapatkan bibirnya ke telinga aku dan berbisik, 'Ya, nanti Makcik akan terangsangggggggg!!!"

HA HA.

16 Jun 2011

Drama pendek Si Penyimbah Asid dan Si Lelaki Gasar

"Assalamualaikum, bang!" kata Si Penyimbahan Asid.

"Waalaikumussalam!" kata Si Lelaki Gasar.

Mereka bersalaman.

"Saya Si Penyimbahan Asid. Saya datang ni nak simbah asid ke muka abang." kata Si Penyimbah Asid lagi.

"Huh?" kata Si Lelaki gasar.

"Tapi..., saya tengok..., muka abang macam dah pernah kena simbah asid, 'ja..." sambung Si Penyimbah Asid.

"Amboi... muluuuuuuuuuuuuuut!" kata Si Lelaki Gasar.

FIN

13 Jun 2011

Kampung

"Mamak!" aku cakap, "Kasi nasi goreng kampung, satu!"

"Wokeh!" mamak tu cakap, "Apa kampung mao?"

HAHAHAHAHAHUHUHUKEHKEHHIHIHUHAHA...

07 Jun 2011

Setelah hujan teduh...

Petang itu. Peratusnya adalah hujan yang mencurahcurah dari langit. Sementelah nasi, daging ayam, daging kambing, kentang putar, ya, kentang putar yang enak, dan segala macam makanan yang tidak diketahui namanya telah lama hadam dan menjadi kolestrol; menerbitkan rasa kantuk yang teramat sangat.

Di dalam bas menuju ke KL, kemudian. Ridzuan Harun menunjukkan kawasan rumah baharu yang baru dibelinya, "Di sana!" Leher aku, leher Haji Sham Othman, leher Rahimidin Zahari pun berpaling ke arah 'di sana', serentak.

"Naga! Kalau lu comb binding dengan Zalila Isa (bukan nama sebenar)... lu pun boleh beli rumah di sana!" Ridzuan Harun kata.

PAUSE

"Aaa, bukan lu maksudkan... aaa, combined loan ke sebenarnya, Wan?" Aku tanya.

HAHAHAHOHOHOHEHEHEHEKHEKHIKHOKHEKHAHAHAHAHAHA...