"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

29 Mac 2011

CEWAH sudah mula dijual secara online!

Ada peminat-peminat lelaki gasar ini pernah kecewa apabila blook KACIP tulisannya SOLD OUT dan kami, Sindiket Sol-Jah, selaku penerbit berkeras untuk tidak mahu mengulang cetak! Hey! Kami bukannya kaya macam PTS, okayyyy! Keh keh keh!

Kini, lelaki gasar ini kembali lagi bagi mengubati kekecewaan peminat-peminatnya dengan blook terbaharu - CEWAH.



Blook CEWAH dijual pada harga RM16.00 senaskhah (pos biasa)
Blook CEWAH dijual pada harga RM18.50 senaskhah (pos ekspress).

Bayaran boleh dibuat ke akaun berikut: Nama: FAIZUL B. MD ASPAN Akaun: 1143 4806 1626 (Maybank) <-- JANGAN SALAH MASUK AKAUN!!

Kemudian, ISI BORANG ONLINE INI dan emelkan bukti pembayaran ke emel : sindiketsoljah@gmail.com dan pada subjek tulis: "CEWAH CEWAH!!"

Dapatkan blook ini cepat (sebelum semuanya sudah terlambat; anda akan menjadi seperti gila meroyan - lalu menghantar berpuluh-puluh emel kepada kami dan bertanya, "Elo enche, buku KACIP ade lagi tak, weh?"

"Itu buku tahun bile, dudeeeeeeeee!!!!!!"

24 Mac 2011

Hari Tanpa Beg Plastik adalah hari tanpa otak

Hari itu hari Sabtu. Aku singgah di kedai stesen minyak. Aku beli barang-barang: rokok, pencucuh api, air mineral, air Kokakola, kacang tumbuk, Cekedis, gula-gula, suratkhabar.

Tet tet tet, pekedai itu imbas barang-barang yang aku beli. Kemudian, dia beritahu harga yang aku perlu bayar.

Ok, aku kata, dan aku hulur duit.

Kemudian, dia pulangkan duit baki dan resit.

Beg plastik, aku tanya.

Hari ini hari Sabtu, hari tanpa beg plastik, dia jawab. Kita nak selamatkan dunia, beg plastik tak boleh dikitar semula, sebab itu kita nak kurangkan penggunaan beg plastik, dia jawab, macam NGO alam sekitar.

Ok, aku kata, kalau begitu, bagi saya beg kertas sahajalah.

...dan kami tak sediakan beg kertas, dia tambah.

Mana boleh, aku kata, di negara maju seperti Jepun misalnya, jika mereka tak sediakan beg plastik... mereka akan sediakan beg kertas kepada pelanggan, aku kata lagi, Melaysia negara mundur... negara mundur perlu mencontohi negara maju! [Aku berhenti seketika untuk menghela nafas]. Dan, dan, dan, aku tambah, ada Najib [Datuk Seri] bagi arahan supaya kita semua hentikan penggunaan beg plastik pada hari Sabtu????? Mata aku dah terjegil-jegil. Suara aku dah macam bunyi Marsli NO baca sajak. Tangan aku dah macam orang India sedang bercakap.

Pekedai itu cuba berkeras.

Aku minta duit aku semula.

Pekedai tu kata, bila duit dah di-pump in - tak boleh nak di-pump out dah.

Fuck, aku kata, kalau awak tak bagi saya beg plastik... saya akan curah dan tabur barang-barang yang saya beli ni di dalam kedai stesen minyak awak!

KOMA

Hari itu hari Sabtu. Aku singgah di kedai stesen minyak. Aku beli barang-barang: rokok, pencucuh api, air mineral, air Kokakola, kacang tumbuk, Cekedis, gula-gula, suratkhabar. Ketika pengguna lain tak dapat beg plastik - AKU DAPAT!

17 Mac 2011

Maskara 'AKAR' Showcase


Kehadapan Kawan-kawan Yang Kita Suka,
Apa khabar saudara di sana? Diharapkan agar saudara sentiasa dilimpahkan rahmat oleh-Nya.

Maaf kerana sudah lama saya tidak mengemas kini blog. Untuk pengetahuan saudara, semenjak Syarikat D dilanda tsunami kecil, saya sibuk membuat itu ini itu ini. Oleh yang demikian, untuk merawat hati yang walang, saya selaku jeneral Sindiket Sol-Jah khasnya dan soljahs amnya, ingin bersama-sama saudara untuk melegakan sedikit kepala yang berserabut dengan menikmati mini konsert mandiri yang gilang gemilang di Rumah PENA ini nanti.

Kita jumpa di sana.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warakhmatullah.

Yang menjalankan tugas,
SINAGANAGA
Jeneral Sindiket Sol-Jah.

08 Mac 2011

Hujan Pagi

Pagi itu awan gemawan menghempaskan hujan.

Dia terbangkit dari lena yang tersekat-sekat. Di birai katil, dengan separuh tubuh masih berselimut sepi, dia mengosok-gosok lohong hatinya yang bolong. Tiada apa-apa perasaan yang bangkit daripada perlakuan itu.

Kemudian dia teringat akan sesuatu. Dengan sepantas kilat dia berlari keluar dan menuju ke lif. Dan menunggu...

22

21

20

19

18

17

16

15...

Dia menghitung nombor yang menyusut pada panel lif itu dengan mata yang mengereceng.

14

13

12

11

10

9...

"Awal bangun hari ni, bang? Nak ke mana [ketika] hujan-hujan begini?" Ada suara yang menyapa. Dia tidak tahu siapa, kerana dia tidak pernah berpaling untuk mengetahui siapakah empunya suara yang bertanya.

"Nak pergi kutip hati gua!" Dia kata. Ringkas dan padat. Tapi, masih lagi samar-samar.

Telah sekian lama, setiap kali hujan turun, dia akan wongweng di padang ilalang yang basah; berharap agar awan gemawan menjatuhkan semula hatinya yang dulu tersangkut di atas sana.

8

7

6

5...

[Lif dahlah tinggal satu sahaja yang masih elok... tak mahu berhenti kat 'floor' gua pula tu!]

4

3

2

1

G.

*Ting!*

Label:

04 Mac 2011

*Tabik* (Selamat Hari Jadi Tentera Darat)

Pagi tu, pagi yang bukan seperti selalu-selalu. Pagi itu, seperti pagi yang berselimut sepi - bening!

Pagi itu, Mak Teh sibuk bersalaman dan berpelukan dengan jiran tetangga kami. Pagi itu, Pak Hussain bersama-sama 'anak-anak buahnya' sibuk memunggah barangan dari kuarters kami ke dalam trak 5 tan. Pagi itu, pagi terakhir Mak Teh sebagai anggota BAKAT. Pagi itu, pagi terakhir Pak Hussain sebagai anggota 'soljah'. Dan, pagi itu, pagi yang penuh tanda tanya buat seorang budak lelaki darjah 2, "Lepas ni dah tak boleh beli coklat kat NAAFI dah ke?"

Anak Sarjan Baskaran, Ruba, baru bangun dari tidur dan masih terpisat-pisat. Maka, terbukalah jendela asmara di antara kami berdua.

"I have to go!" Aku kata, sambil memerhatikan hujung rambut kerinting anak gadis yang masih belum masuk sekolah rendah itu menguit-nguit di hembus semilir. "Take care of yourself, Ruba!" Sesekali, mata Ruba layu. Mungkin kerana dia masih lagi kantuk. HA HA.

KOMA

Toyota Corolla Pak Hussain bergerak meninggalkan kuarters. Aku berpaling. Ruba - ku lihat, semakin lama semakin mengecil. Kemudian, Toyota Corolla Pak Hussain membelok ke kiri. Dan, Ruba pun hilang dari pandangan.

"Kuala Lumpur, here we come!" Pak Hussain kata.

KOMA

Tabik Abah (201092: Sarjan (B) Hussain bin Ahmad)! Tabik Uncle Baskaran! Tabik kepada semua soljah yang mempertahankan kedaulatan negara!