"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

24 November 2007

Masuk bilik

“Psssst! Bos bawa perempuan masuk bilik!”

“Iye ke? Gempak ni... Mana?”

“Tu! Dalam external hard disk dia!”

“Hampeh lu!!!!!!!”

Beberapa minit kemudian. Bos surus aku check 'drop box'. Ada gambar-gambar budak perempuan untuk buku Latihan Jasmani. Katanya.

23 November 2007

Keding

Dulu.

Aku tak suka makan nasi. Mak risau. Badan aku keding. Dia bawa aku ke klinik. Di Jalan Alor Akar. Doktor Cina tu beri ubat. “Kasi selera makan!” Doktor Cina tu kata.

Bertahun-tahun lamanya aku makan ubat tu. Tapi, badan aku tetap juga keding.


Semalam.

Mak usap-usap perut aku. Aku risau. Badan aku keding? “Lambat juga ubat 'kasi selera makan' tu nak mujarab, ek!“ Mak aku tu kata.

Ha ha.

19 November 2007

Man Kongres

Awek ramai, Lutfi Ishak kata, cun-cun, Ge!

Hari ni banyak kerja, aku kata, esok sajalah aku datang.

Esoknya. Aku datang. Daftar. Dan TERserempak dengan Faisal Tehrani.

Kau datang?, Faisal Tehrani kata, sebak aku, Ge! He he.

Aku pun sebak juga ni, aku kata, ha ha.

Tengah harinya. Aku keluar. Merokok. Dan TERserempak dengan Ismas Saring.

Hah!, Ni ke Sinaganaga?, Wak Saring kata, aku baca blog kau, Ge!

Ha ha, aku kata, ha ha.

Ya. Itu cerita Sinaganaga. Yang pergi ke Kongres Sebudaya Serumpun.

12 November 2007

Bersih

Dah namanya pun sampah... nak bersih macam mana?, aku kata, sapu sapu ada balik sapu sapu ada balik.

Miyuki tapis sisa makanan; cecairnya dialirkan ke lubang singki, pepejalnya dimasukkan ke kampit plastik dan dibungkus/diikat dengan kemas. Miyuki curah baki minuman dalam tin dalam botol ke lubang singki; asingkan tin sama tin botol sama botol kertas sama kertas. Rumah keluarga Kasai tak pernah berbau busuk kerana sampah.

Dah namanya pun sampah... nak bersih macam mana?, Miyuki kata, sapu sapu ada balik sapu sapu ada balik. Ermmm... kena sapu selalulah nampak gayanya!

07 November 2007

“More than one is plural”, said Mrs Nathan.

Kami dibahagikan kepada empat kelas. Tetapi, bagi matapelajaran bahasa Inggeris, kami dibahagikan pula kepada tujuh kelas. Aku, Ayis, Zamsari, dan beberapa orang pelajar lain di tempatkan di Set Six ini. Teacher kelas elite ini bernama Mrs Nathan.

Pada suatu hari. Mrs Nathan. Suruh kami. Buat ayat. Dari perkataan, “loveeee!”.

“I love Puan Zuraidah because she is cute!”

“Ermmm… so, you mean… you don’t love me anymore?”

“I am still loving you, Mrs Nathan! So, don’t worry too much… Malay man can married plural!”

Ha ha. Mrs Nathan ketawa hentak-hentak meja. Dari celah-celah lilitan sarinya, kami dapat lihat tayar Michelin pada pinggang yang bergegar-gegar.

Special note: Wanted to say thanks for all those things you did when you thought we weren't looking (we looked… and yet still not turned out the way our parents and teachers wanted laa. Ha ha). We love you, Mrs Nathan! Happy Deepavali.

05 November 2007

Plaster luka duka lara

“Berkasih tak semestinya bersatu.” Itu klise!

Dan, apabila kau berkasih, kemudiannya tak dapat bersatu, maka kau akan berduka lara. Itu fitrah!

Bagi sesetengah kawan-kawan. Akan mempersembahkan pertunjukan silap mata. Untuk meredakan sedikit perasaan nestapa kau itu. Yang kemudiannya kau akan beritahu kepada aku pula, “Wo! Amir Mukhriz dah pandai main silap mataaaaa!” “Ermmmm… Dia cuba nak happy-kan kau tu, dude!” “Oh, iye ke?”

Tetapi aku. Akan bagi sebatang jarum. Untuk kau cucuk-cucuk pada hujung jari-jemari sendiri sehingga berdarah.

Ha ha.

“Ramli Sarip pernah berkata: Kubujuk hati nan rindu / Melihat engkau berlalu / Terpegun bagai bermimpi / Hilang kau dari sisi / Kini ku bersendiri…”

“Huhuhu! Kau buat aku sedih.”

“Jatt pernah berkata: Sayang / Engkaukah bulan di langit / Teman di malam yang sepi / Untuk seorang penanti… Sayang / Engkaukah mimpi yang indah / Untuk jiwa yang gelisah / Dari serangkai doa… / Kini, adakah kau mengerti sayang / Hatiku sedang merindu / Belai dan kasih darimu….”

“Huhuhu! Kau buat aku sedih lagi.”

“Awie pernah berkata: Cari perhentian di mana nak berhenti / Camar kesucian satu cinta abadi / Di mana dia / Sedang aku terlena….”

“Huhuhu! Kau buat aku sedih lagi dan lagi.”

“Aaa… Alleycats pernah berkata: Suatu hari minggu ku ke taman haiwan / Seronok bukan kepalang / Melihat bermacam jenis binatang / Dengan telatahnya… / Ada yang ketawa ada yang meradang / Melihat orang datang….”

“Hahaha! Lagu tu hanya sesuai untuk kaulah, Naga!”

Ha ha.

Mrs Nathan, guru bahasa Inggeris set six aku pernah berkata “Class! One is singular and more than one is plural! For example, if you give me more than one present for this coming Teacher’s day – I’ll love you more! Ha ha.”

Jadi. Aku belajar satu perkara daripada Mrs Nathan ini. Perempuan akan lebih suka jika mendapat lebih daripada satu hadiah. Oleh kerana itu, untuk cik Nestapa, aku telah hadiahkan kau: 1. jarum, 2. plaster luka duka lara.

Jadi. Tahu sudahlah kalian. Mengapa begitu ramai perempuan memasang fantasi untuk berjalan berpimpin-pimpinan tangan dengan Sinaganaga. Humcha!