"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

22 Ogos 2011

Meniaga air di Pasar Romodhonnnn!

"Gua rasa gua nak meniaga airlah, Jefri!"

"Lu nak meniaga air apa? Cendol, air cincau, air soya bean, air asam boi, air kelapa laut Afrika, air kelapa muda, air jagung, air tebu, air mata kucing, air sirap Bandung... tu semua orang dah berniaga dah, Jimi!"

KOMA

"Gua ingat gua nak meniaga air selusuhlah, Jefri!"

"Kah kah kah!"

12 Ogos 2011

Karipap-Karipap Cinta

Fasha Sandha melihat-lihat karipap itu dengan rinci. Setelah sekian lama, dia bersuara, "Saya tak reti nak kelim karipap, awak!" Kemudian, dia mengigit hujung kelim karipap yang garing itu dengan giginya yang tersusun cantik; remah karipap tertumpah ke atas ribanya yang berbalut jean warna pirus; aku pura-pura tak perasan (sebab, aku bukan suka sangat kepada kebersihan dan alam sekitar pun, ha ha ha).

"Awak pernah cuba kelim karipap guna hujung garfu?" Aku tanya.

"Boleh ke?" Dia tanya aku semula.

"Entah!" Aku jawab.

FIN

05 Ogos 2011

Memori Ramadan 1

Dulu.

Abang Manaf angkat-angkat kening. Isa menyeringai. Aku menyeringai. Raman, yang mukanya sebiji Cina, buka pintu kereta, lalu bergegas masuk ke kedai Ayam Mas; sebentar kemudian dia keluar dari kedai Ayam Mas dengan beberapa beg plastik di tangan. Aku menyeringai. Isa menyeringai. Abang Manaf angkat-angkat kening.

Isa kata, dia tahu ada satu port baekkkkk punya. Abang Manaf terus start enjin kereta dan terus 'chalo'. Bau ayam goreng memenuhi kereta. Kereta pergi berlumba-lumba. Berlumba-lumba sampai ke tiang LRT baru nak siap. Siap tak siap belakang kira. Kira nak berbuka puasa siang-siang hari saja ni, keh keh keh.

Sedang kami berbuka puasa dengan Ayam Mas... ada radio car sampai dan parking di sebelah. Pergh! Kelam kabut kami hisap sisa nasi dan ayam di jari; tak sempat nak sedut air sarsi. Kami pura-pura terlentok di head rest, konon-konon penat berpuasa.

Dua orang polis buka pintu radio car, lalu membuka bungkusan surat khabar, di dalamnya ada nasi beriani lauk ayam goreng. Kami berpandangan. Mereka angkat-angkat kening. Abang Manaf menyeringai. Isa menyeringai. Aku menyeringai. Raman menyeringai.

Kami sambung semula makan nasi dan Ayam Mas.

Dulu.

01 Ogos 2011

KATA LUPA KEPADA INGAT oleh PROF. LIM KIM HUI

Selepas Sajak-Sajak Suci Abdullah Jones, Perahu Fansuri Rahimidin Zahari - KATA LUPA KEPADA INGAT LIM KIM HUI adalah di antara buku sajak terbaik terbitan Sindiket Sol-Jah. Wajib beli! Berbaloi-baloi!



sewaktu kautersungkur
baru kutahu
betapa bahagianya
menjadi aku!


Puisi merupakan bahasa kenangan yang merakamkan peristiwa-peristiwa masa lalu. Tatkala kita sudah lupa, metafora bahasanya bagaikan mengingatkan rindu kita pada masa silam. tatkala kita mahu mengingati sesuatu, ada suatu pesan yang tidak harus kita lupakan: kadangkala lebih baik lupa daripada ingat. Kumpulan puisi KATA LUPA KEPADA INGAT ini mengumpulkan sejumlah 71 puisi yang merakamkan pelbagai peristiwa yang mahu dilupakan penulis tapi citra-citranya terus menerus bertali temali dalam ingatan.
~ Profesor Lim Kim Hui, Jabatan Pengajian Melayu-Indonesian, Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea.

Prof. Lim Kim Hui pernah mengambil bahagian dalam ASEAN Writers Conference/Workshop (poetry) kedua di Manila, 1995. Beliau pernah memenangi Hadiah Sajak Khas Utusan Melayu - Public Bank dalam kategori bukan Melayu tahun 1987, 1989, 1993, dan 1994, Hadiah Penghargaan Cerpen Malayan Banking - DBP II, Hadiah Pertandingan Puisi Keamanan, Hadiah Puisi Kebangsaan Shapadu - GAPENA (1992) dan Hadiah Penulisan Puisi Bosnia (1994).

Sama seperti Abdullah Jones dan Rahimidn Zahari, Prof. Lim Kim Hui bersahabat dengan Sinaganaga, ahaks!

KATA LUPA KEPADA INGAT
oleh penyair Prof. Lim Kim Hui
160 halaman
45 NASKHAH sahaja yang kami akan jual! Jadi, beli cepat, sebelum terlambat!
RM20 + *RM4 (pos ekspress sahaja) = RM24
*50 sen tu untuk tambang teksi aku pergi ke Pejabat Pos, keh keh keh.

Bayaran boleh dibuat ke akaun berikut:
Nama: AZALAN BIN HUSSAIN
Akaun: 1-14141-15430-1 (Maybank)

Kemudian, emelkan bukti pembayaran ke emel : jimimahmud@gmail.com dan pada subjek tulis: BELI KATA LUPA KEPADA INGAT. Tulis nama sebenar anda dan alamat yang betul dan tepat (untuk menjamin buku-buku sampai kepada anda).

Kemudian, kami akan pos buku anda, dan balas emel anda dengan menyertakan 'nombor rujukan pos ekpress' untuk anda menyemak sendiri di laman web rasmi Pos Malaysia: http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_express_mail_old.asp

Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya buku tidak sampai kepada anda jika status tracking pos ekspress mengatakan: Final Delivery.

Jadi, pastikan anda memberi alamat anda yang valid sahaja.

Katakan selantang-lantang suara
tentang bahasa demokrasi
kerana satu undi lebih berharga
daripada peluru seguni...