"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

24 Disember 2009

Sindiran Politik Gaya SINAGANAGA

Suara Keadilan Bil 212, 22 – 29 Disember 2009

15 Disember 2009

Percubaan berani mati untuk menghabiskan baki cuti

[,]

09 Disember 2009

Dari Rakyat Untuk Rakyat


Gua benci Meor! Pertama, kerana Meor jalan 'slow', ha ha. Kedua, kerana Meor pandai menyanyi, main gitar dan menulis lagu. Sedangkan gua tidak.

Sama seperti lagenda muzik folk Woody Guthrie, Leonard Cohen (Bird On A Wire), Bob Dylan, Joan Baez, Joni Mitchell dan Melanie Safka (Beautiful People, Ruby Tuesday, What Have They Done To My Song, Ma?), Simon & Garfunkel - Meor menyanyikan lagu-lagu yang sering dikelaskan oleh orang banyak sebagai lagu-lagu dari rakyat marhaen atau lagu-lagu besar dari jiwa-jiwa kecil.

MEOR: Dari Rakyat Untuk Rakyat mengetengahkan tema-tema yang diangkat dari rasa ketidakpuasan hati rakyat kepada Kerajaan (tidak kiralah Kerajaan itu dibentuk dari mana parti pun). Bernuansakan Folk, Folk Rock, Raggae, Blues, dan Country - lagu-lagu dalam album ini memang sedap di dengar dan ‘you can sing along’.

Gua paling suka lagu Rakyat Bersatu (seni kata oleh Isham Rais). Bernuansakan Raggae, Meor menggarap onomatopeia dalam lirik sinikal Isham Rais sehingga menghasilkan sebuah lagu yang benar-benar sempoi. Kekuatan lagu ini memang pada onomatopeia yang berritma dan berulang-ulang. Huh hah huh hah, takde duit hidup susah; Huh hah huh hah, sudah merdeka masih susah…

Gua juga suka lagu Ke Jalan Lagi (seni kata oleh Isham Rais juga). Ada ketikanya, vokal Meor bagaikan membadai sehingga ke tepi pantai berkerikil ketika menyanyikan lagu berentak Folk Rock ini. Kendatipun, inilah motif (corak) yang menjadikan lagu ini menarik. Gua syak, Meor amat berseronok ketika menyanyikan lagu ini.

Memulakan intronya dengan tiupan harmonika, fikiran dan tubuh gua bagaikan melayang-layang dan akhirnya mendarat di sebuah padang ragut hijau lelalang yang berpagarkan kayu putih metah dan datang kemudian seekor kuda hitam bitumen membawa gua pergi untuk bermain koboi-koboi, lagu Bapakku Seorang YB adalah dari sajak gudfarther Sindiket Sol-Jah, Sasterawan Rakyat (SR) Pyanhabib.

Sampai Bila pula memperlihatkan kedewaan Meor sebagai penulis lagu, penulis lirik, dan penyanyi lagu-lagu Folk. Sebuah lagu yang santai dan sempoi, tapi sarat dengan kata-kata.

Lagu-lagu lain yang gua suka dalam album DRUR ini: ISA (Ikut Suka Aku) (Amer Hamzah), Membenar Kebodohan (Abdullah Jones), Raungan Anak Belantara (Ubilepih), Lagu Aman, Lagu Damai (Ubilepih), Shuhada Memali (Black).

Bagi gua, ini adalah album terbaik dari Meor dan harus dimiliki oleh orang banyak, tak kiralah siapa-siapa.

Gua benci Meor! Pertama, kerana Meor jalan 'slow', ha ha. Kedua, kerana Meor pandai menyanyi, main gitar dan menulis lagu. Sedangkan gua tidak.

“Tak apa, Ge…,” kata Rahmat Haron, ”Kita ni rare! Kalau cari kat eBay pun tak boleh jumpa!”

Klik sekali kalau mahu membeli album DRUR.

That's all folks!

Label:

03 Disember 2009

Diam tak diam, dah ke-18 dah ek

Image Hosted by ImageShack.us

Wahyudi MY - si poet dari lembah semarak api.

Raihani - perempuan yang tidak suka menulis pasal kahwin cerai dan cinta tiga segi.

Lt. Kol. Mohd Radzi - penembak tepat dan Juara Sayembara Puisi Kebangsaan 2009.

Sinaganaga & Mat Jan - sol-jahs yang membacakan cerita perang-perang. [Naga dan Mat Jan akan baca petikan daripada buku Platun Harimau karya Lt. Kol.]

Wani Ardy - gadis genit yang memetik gitar ini gemar mengarang puisi, lagu, prosa, cerita pendek dan skrip.

Zhafir - katanya kepada dunia, 'kesunyian bukanlah masalah, dan ketiadaan adalah sesuatu yang indah'.

Azzam Supardi - lelaki rahsia yang minum air sambil bercerita tentang rahsia lelaki. kini, semuanya bukan lagi rahsia, a'hah!

Pres Ban - kami belum terkenal lagi. tetapi, music is our passion.