Tokonang-konang
Dulu. Rumah kami. Di Gemas.
Di halaman rumah kami. Ada ampaian. Ada pokok jambu. Ada pokok pandan.
Dan. Pokok pandan itu. Pada mulanya sepokok. Tetapi akhirnya mengakar dan merimbun. Sehinggakan jiran-jiran kami. Tidak perlu membeli daun pandan dari pasar lagi. Kerana, mereka boleh mendapatkannya secara percuma dari halaman rumah kami.
KOMA
Jiran kami. Seorang kakak jelita. Dengar khabarnya. Dulu. Dia kena buatan orang. Lamaaaaaaaaaaaaaaa berubat. Baru sembuh. Seperti sedia kala.
Tapi. Ada pantang larangnya. Dia tak boleh. Melintas di bawah ampaian.
KOMA
Satu hari. Dia nak ambil daun pandan. Dari halaman rumah kami. Tapi, untuk mengambilnya. Dia terpaksa melepasi ampaian. Di rumah kami. Terlebih dahulu. Jadi, untuk tidak melanggar pantang. Dia meminta pertolongan aku. Untuk mengambilnya.
"Nanti akak upah dua puluh sen!" dia kata.
Maka, aku pun menjalankan perintah: Aku lalu di bawah ampaian. Kemudian, aku petik daun pandan tu. Satu helai. Dua helai. Tiga helai. Empat helai. Lima helai. ...
Tiba-tiba. Aku mengelupur. Macam kena sampuk. Macam kena rasuk. Macam kena buatan orang. Terlompat ke sana. Terlompat ke sini. Menjerit sana. Menjerit sini. Kesurupan. Daun pandan pun berteraburan. ...
KOMA
Kakak jelita tu. Sapu minyak cap Geliga. Di kaki-kaki aku.
"Bila pula semut api tu bersarang kat bawah pokok pandan tu eh? Hari tu tak ada..." dia kata.
Aku. Buat-buat muka meluat. Huh!