"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

15 November 2005

Buku tentang Nordeen

“Kalau kau. Jadi Datuk Bandar KL. Apa perkara. Yang mula-mula sekali. Kau hendak buat?” Aku. Di meja sebelah Nordeen.

“Saya nak bina pantai, bang! KL tak ada pantai. Jadi, tak payahlah warga KL nak bersusah-susah ke PD; mencari pantai, nanti.” Nordeen. Di meja sebelah aku.

“Ooo!” Aku. Di meja sebelah Nordeen.

Diam. Tak lama.

“Kalau saya jadi Datuk Bandar, apa perkara yang abang mula-mula sekali nak buat?” Nordeen. Di meja sebelah aku.

“Aku. Tulis buku. Tentang kau.” Aku. Di meja sebelah Nordeen.

“Buku?” Nordeen. Di meja sebelah aku.

“Ya ya! Buku. Dengan tajuk: Skandal Seks dan Rasuah Encik Nordeen!” Aku. Di meja sebelah Nordeen.

Ha ha. Ketawa kami mengekek. Dan setelah puas mengekek, kami kembali diam.

13 November 2005

Tapak Sulaiman (Starfish)

Dulu.

Semasa gemar melepak. Di Crossroad. Aku ketawakan. Cina yang duduk di sebelah. Yang menyanyi-nyanyi, “Lon‘t let me lown! Lon‘t let me lown!”, apabila disua mikrofon kepadanya.

“Solly aaa kawan! Saya punya lidah memang itu macamlah! Tatak boleh tolong lagi la...” Cina tu.

Aku kata, “Tak apa, tauke! Tak apa!” Dan, aku, dia, teruskan ketawa. Aku ketawakan dia. Dan. Dia ketawakan aku ketawa. Alahai!

Dulu.

KOMA

Tadi.

Aku ke Aquaria KLCC. Dan, untuk menikmati secara tuntas ikan-ikan di dalam balang kaca yang penuh dengan air - aku berdiri satu meter jauh.

Dan, entah mana datangnya entah, tup-tup muncul Cina gemuk berambut tegak-tegak dengan rantai tebal setebal lipan bara berkeliling leher, semacam tauke balak (or tauke babi?) lagaknya; melanggar, menghimpit lantas menghadang pandangan mata aku tanpa belas-kasihan...

“Come come come!” Cina gemuk berambut tegak-tegak dengan rantai tebal setebal lipan bara berkeliling leher. Memanggil-manggil sanak-saudaranya. Mengajak tengok. Haiwan-haiwan di dalam balang kaca yang penuh dengan air.

“See see see! Starfruits! There there there!” Cina gemuk berambut tegak-tegak dengan rantai tebal setebal lipan bara berkeliling leher.

STARFRUITS? Apa kejadahnya ‘starfruits’ buat di dalam balang kaca yang penuh dengan air tu? Ha ha.

Tadi.

05 November 2005

Batu

Dulu.

Aku. Berambut panjang afro. Gondrong! Macam Thana. Penyanyi utama Metalian. Berseluar ‘jeans’ sendat. Potong cawat. Potong pinggang. ‘Lowered!’ Sehingga menampakkan alur bontot. Tali pinggang berpaku payung penuh. Berkasut ‘high-cut’. Bukan Aliph. Reebok! Berbaju T bendera Union Jack. Bukan mahu menyembah penjajah. Cuma... Baju tu nampak cantik sangatlah!

Kami bukan KUTU. Yang melepak kosong di (kompleks) Pertama. Tanpa wang sekupang. Bukan! Masing-masing sudah punya kerjaya. Aku di Page Design. Non di Onion Design. Saypol di BRB DBP. Gembol di Kilang Kaca Keng Ying.

Kami. Tanpa kapchai rempit. Naik bas LEN. Nombor sembilan puluh tiga. Dari Taman Kok Doh. Ke Campbell. Ada konsert ROCK. Di tanah lapang. Di sebelah Pertama. (Kini Medan Mara). Dan terserampak. Dengan budak-budak kugiran. Yem Bai dan Haron. Bumiputera Rockers. Yang rambutnya panjang lurus. Santak ke pinggang. Mengalahkan pontianak.

Persembahan dimulakan dengan menyanyikan lagu Negaraku secara beramai-ramai.

Ali pun datang juga. Ali nak tubuhkan Assault. Bukan ROCK. TRASH!

“Aku nak ajak kau sekali. Apa alat kau boleh main?” Ali.

“Aaaa... Angklung??!!!” Aku.

Dulu.