"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

13 November 2005

Tapak Sulaiman (Starfish)

Dulu.

Semasa gemar melepak. Di Crossroad. Aku ketawakan. Cina yang duduk di sebelah. Yang menyanyi-nyanyi, “Lon‘t let me lown! Lon‘t let me lown!”, apabila disua mikrofon kepadanya.

“Solly aaa kawan! Saya punya lidah memang itu macamlah! Tatak boleh tolong lagi la...” Cina tu.

Aku kata, “Tak apa, tauke! Tak apa!” Dan, aku, dia, teruskan ketawa. Aku ketawakan dia. Dan. Dia ketawakan aku ketawa. Alahai!

Dulu.

KOMA

Tadi.

Aku ke Aquaria KLCC. Dan, untuk menikmati secara tuntas ikan-ikan di dalam balang kaca yang penuh dengan air - aku berdiri satu meter jauh.

Dan, entah mana datangnya entah, tup-tup muncul Cina gemuk berambut tegak-tegak dengan rantai tebal setebal lipan bara berkeliling leher, semacam tauke balak (or tauke babi?) lagaknya; melanggar, menghimpit lantas menghadang pandangan mata aku tanpa belas-kasihan...

“Come come come!” Cina gemuk berambut tegak-tegak dengan rantai tebal setebal lipan bara berkeliling leher. Memanggil-manggil sanak-saudaranya. Mengajak tengok. Haiwan-haiwan di dalam balang kaca yang penuh dengan air.

“See see see! Starfruits! There there there!” Cina gemuk berambut tegak-tegak dengan rantai tebal setebal lipan bara berkeliling leher.

STARFRUITS? Apa kejadahnya ‘starfruits’ buat di dalam balang kaca yang penuh dengan air tu? Ha ha.

Tadi.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home