Melipat origami
Aku. Pernah menulis. Mengenai Tugu Peringatan Kanak-kanak. Di Hiroshima. Dulu. Dan. Tulisan-tulisan (picisan?). Seperti ini. Dianggap ‘kerja mudah’. Oleh Saharil. Kerana. Menulis rakaman pengembara. Baginya. Tidak memerlukan plot. Ha ha. Aku setuju!
... Tugu Peringatan Kanak-kanak selalunya dihiasi oleh banyak ‘sambazuru’ (kertas yang dilipat menyerupai burung keria) yang dihadiahkan oleh pelawat kanak-kanak sebagai doa untuk kedamaian (kesejahteraan?). Tugu ini juga dikenal dengan panggilan Tugu ‘Sembazuru’.
Pembinaan tugu ini adalah untuk memperingati kematian seorang kanak-kanak perempuan yang diserang radiasi bom atom. Dia percaya bahawa kebahagian sepenuhnya (sembuh?) akan diperoleh apabila dapat menyudahkan 1000 lipatan kertas burung keria. Dia pun mula melipat kertas daripada sisa kertas ubat-ubatan semasa berada di hospital. Malangnya dia mati sebelum mampu melipat 1000 lipatan kertas keria.
Tugu ini siap dibina pada tahun 1958. ...
COMMA
Miyuki. Kalau aku demam. Akan melipat ‘origami’ juga. Burung keria. Dua ekor. Dan. Aku terasa sihat. Serta-merta. Macam magis.
Akupun. Kalau Miyuki demam. Akan melipat ‘origami’ juga. Burung keria? Naa. Aku tak pandai...
"Balik-balik sampan balik-balik sampan..." Miyuki.
"Sampan pun molek juga, apa. Nanti aku boleh letakkan demam kau di dalam sampan. Dan hanyutkan ia jauh-jauh. Lepas tu sembuhlah! ...atau, kau nak aku lipatkan jet?" Aku.
"Eeeeeeeeiiiii!" Miyuki.
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home