Pada suatu hari di musim yang berangin
Naser. Tak pernah lekang. Dengan minyak cap kapak.
Kejap-kejap. Di buka. Tudung botol. Minyak cap kapak. Ditonyohnya. Minyak cap kapak. Ke hujung jari. Digonyohnya. Minyak cap kapak. Ke lubang hidung. Lalu. Di tutup. Tudung botol. Minyak cap kapak. Itu. Kembali. Dan. Di simpan. Ke dalam. Saku seluar. Poket hadapan.
Kejap-kejap. Di buka. Tudung botol. Minyak cap kapak. Ditonyohnya. Minyak cap kapak. Ke hujung jari. Digonyohnya. Minyak cap kapak. Ke lubang hidung. Lalu. Di tutup. Tudung botol. Minyak cap kapak. Itu. Kembali. Dan. Di simpan. Ke dalam. Saku seluar. Poket hadapan. Naser.
Macam deja vu! Mungkin dia diserang. Selsema.
"Uh uh!!???" Naser.
"Kenapa?" Aku.
"Minyak cap kapak aku tumpah!" Naser.
"Kat mana?" Aku.
"Kat dalam seluar! Uh uh uh, berangin!!!" Naser.
Ya ya. Pada hari itu. Satu botol penuh. Minyak cap kapak. Naser. Tertumpah. Di dalam seluar. Kerana tudung botolnya. Tidak ditutup. Ketat.
MORAL: Jangan simpan. Minyak cap kapak. Di dalam. Saku seluar. Poket hadapan. Kalau tak mahu. Angin.
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home