SONGLAP: Kesepaduan cerita dan visual yang tidak meleweh-leweh
PRINSIP REKAAN
Haris Hue Abdullah telah dengan sengaja meletakkan subjek dalam satu per tiga ruang layar bagi mewujudkan kesan ‘imbangan tidak simetri’. Hampir keseluruhan titik tumpuan dalam filem ini disusun di atas garis-garis grid yang bersilang dan bertemu. Tiang, dinding, pintu, tingkap, dan segala batang yang menegak dan melintang dijadikan panduan oleh Haris Hue dalam mengolah prinsip rekaan – unsur ‘imbangan’. Cuma, sesekali, Haris Hue bermain dengan unsur ‘opposition’ (berlawanan) sebagai kaedah untuk ‘break the monotonous’ (memecahkan kebosanan). Hal ini boleh dilihat pada framing (perbingkaian)/cropping (pemangkasan) dalam babak Ad duduk dan bercakap membelakangi kamera – dimana, lengkung badan Ad adalah unsur ‘opposition’ yang dapat dikesan dalam kebanyakkan garis-garis lurus menegak dan melintang Haris Hue.
Pembukaan visual yang menarik apabila Haris Hue meletakkan subjek (kereta berhenti) dalam satu per tiga atau satu per sembilan di sebelah kanan layar – ini telah membawa pandangan penonton bergerak dari kiri ke kanan, dan seterusnya membuka helaian cerita ini seperti membuka kandungan sebuah buku. Cuma, hal ini tidak konsisten pada framing babak-babak seterusnya.
KERJA KAMERA
Songlap banyak menggunakan steadicamera. Cuma sekali, seingat saya, kren digunakan – pada babak ‘rumah keluarga Hawa dan Razak. Dan, sudut kamera ‘bird’s eye view’ tidak dipraktikkan dalam pembikinan filem ini. Nak jimat duit nampak!!!! Ahaks.
FOKUS
Hampir keseluruhan Songlap menerapkan teknik ‘depth of field’ – dengan mengaburkan background (latar belakang) dan foreground (latar hadapan) – bertujuan untuk mendominankan subjek utama sebagai titik tumpuan.
Bagi saya, Kuala Lumpur, semua orang sudah tahu rupa dan jiwanya; tidak perlu disua-sua lagi (seperti filem-filem lain: KL Menjerit, KL Gengster, dll). [Betapapun kita cuba mengaburkan imejnya – Kuala Lumpur tetap sahaja hanyir!]
Bagi babak dua (atau lebih) orang sedang berbual - focus puller telah mengaburkan subjek yang sedang tidak berdialog dan menajamkan subjek yang sedang berdialog. Hal ini memerlukan ketepatan. Sesekali, focus puller ‘terbabas’ juga, ha ha, kali ini dengan mengaburkan subjek yang sedang berdialog dan menajamkan subjek yang sedang tidak berdialog – dengan itu, penonton dapat mengesan mimik muka dan emosi yang dibawa oleh peran yang sedang tidak berdialog. Mungkin ini yang pengarah mahukan.
[Tiba-tiba, saya teringatkan sebuah drama TV Hong Kong, Man in The Net – yang mempunyai focus puller yang sentiasa ‘sharp’ dalam pemasaannya (timing).]
PENCAHAYAAN
Songlap tidaklah mempunyai pencahayaan yang best sangat pun – kecuali pada beberapa babak. Babak Ad dan Razak di bangunan tinggal di Brickfields, misalnya.
Secara peribadi, jika Haris Hue menggunakan lampu merah pada babak di rumah pelacuran – Songlap akan lebih berjaya dari segi teknikal – kerana ia akan menerbitkan kesan ‘tegang’ untuk babak ini.
PEMILIHAN LOKASI
Lokasi lantai bangunan terbengkalai di Brickfields – saya suka apabila ada LRT sedang lalu pada babak Ad dan Razak ambil dadah.
Saya suka babak port lepak-lepak (port judi) mereka – walaupun port judi mereka taklah port sangat-sangat pun! HA HA.
SEMIOTIK
Songlap menjelirkan lidahnya menerusi babak kejar mengejar Am dan Keong di tengah kota yang sesak dengan lagu latar secara sinis mempersoalkan makna negara Malaysia. Terdapat sebuah papan tanda kedai buku terpuruk di lorong belakang deretan kedai bukannya melambangkan ketiadaan golongan ilmuwan tetapi ilmuwan tidak berfungsi sepenuhnya. Imej ‘karat’ dan ‘buruk’ melambangkan ketiadaan ilmu. – Ali Atan.
Apa yang boleh saya kata, Songlap lansung tidak menerapkan nilai semiotik pada visualnya. Apa yang berlaku adalah kebetulan. Sepatah kata Fadli al-Akiti, “miracle dalam perfileman”, macam tiga kereta api yg melalui antara satu sama lain dalam filem Cinta (saya pernah ulas filem ini dahulu).
Mengapa saya kata begitu? Kerana, kalau Effendee dan Fariza Azlina ingin menerapkan nilai semiotik dalam Songlap – mereka dah boleh buat sejak awal-awal lagi dah - tidaklah menunggu sehingga ke saat akhir cerita! HA HA.
Ali Atan, this time, you silap! HA HA HA HA HA (Gua ketawa macam setan). Or, you memang mengada-ngada apabila mengulas nilai semiotik dalam filem ni?
RUNUT BUNYI
Saya suka muzik latar babak Ad bawa Hawa lari dari wad bersalin.
Saya suka muzik latar babak kejar mengejar Ad dan Fared Ayam & Keong dan Hamzah dengan kereta.
By the way, Fared Ayam dah berlakon filemlah!!!!! Bila nak open table ni, my friend? Ahaks.
SUNTINGAN
Lari konti pada babak Am suruh Ad pergi – pada masa Am menolak Ad jatuh ke tanah tu ada komuter lalu – tapi, apabila kamera fokus semula kepada Am – latarbelakangnya hanyalah jambatan kereta api yang dikaburkan; tanpa ada lagi komuter. Sebagai pengguna pengangkutan awam tegar, saya terfikir, “Pergh! Laju sungguh komuter pada hari ni?” HA HA.
Babak ini akan lebih menjadi jika produksi filem ini menggunakan dua buah kamera untuk merakamkannya. Best juga jika babak Am dan Ad ini dilatari oleh bunyi bingit komuter – ketegangan babak ini akan lebih terasa. (Rujuk babak Pierre Andre kata ‘I love you’ kepada Sharfah Amani dalam Cinta).
[KOMA]
CERITA
Ok, kuasaliti yang direct to the point – tanpa twist di pengakhiran cerita.
Ada seorang teman mengatakan, “Sebenarnya, agak kecewa juga tgk songlap… Predicted-la!”
Tapi, saya rasa ok. Sebab, takkan kita nak tengok semua filem yang ada twist, dek! HA HA.
Takkan semua cerita kita cuma tahu ‘ooooo, apak dia yang rogol awek ni sampai terberanak, ooooo!’ pada pengakhiran cerita?
SKRIP
Saya suka skrip, “Ini saya!!!! Saya!!!! Saya ni!!!!!” dalam babak Ad kena ‘humban’ keluar dari bilik di rumah pelacuran oleh Bapak Ayam.
Kalau saya, ha ha, mungkin saya dah tulis skrip macam ni, “Makkkkkk! Ini sayaaaaa! Adddd! Saya ni anak emakkkkkkk! Anak yang emak beranakkan hasil daripada kegiatan tidak bermoral emak dan entah berapa banyak jantan yang emak sendiri pun lupa nak kira jumlahnya….” KAH KAH KAH. Poyo! Sama poyo dengan penulis skrip yang lain-lain.
PERKEMBANGAN WATAK
Tidak perlu dalam filem ini.
LAKONAN
Lakonan Shaheizy (Am) dan Syafie Naswip (Ad) seimbang. Cuma, sedang kita mengharapkan Syafie lebih menyerlah pada sesetengah babak – Shaheizy pula yang superb; begitulah sebaliknya. Shaheizy dan Syafie tetap sahaja Shaheizy dan Syafie – nothing’s new!
Sara Ali – saya rasa dia cantik. Itu sahaja. Ha ha.
Omar Abdullah – Omar Abdullah sesuai untuk watak ini, terutama watak sedang melancap di dalam teksi, HA HA.
Tapi, jangan terperanjat – pelakon-pelakon pembantu dalam Songlap sangat superb!!!!
Saya tak pernah melihat Fauzi Nawawi berlakon sebaik ini, pergh!!! Bapak ayam tahap dewa yang begitu meyakinkan dan selamba gilerrr. Fauzi Nawawi mungkin boleh menang Anugerah Perlakon Pembantu Terbaik pada kali ini. Percayalah!
Normah Damanhuri tetap sahaja Normah Damanhuri dan kita selalu menyukainya.
Rashidi Ishak – walaupun wataknya sebagai Man Remos sedikit sangat – bagus, sesuatu yang lain daripada kebiasaan watak-watak lakonannya.
Hasnul Rahmat – juga bagus, terutama dalam babak ‘Hyeeeee… kat muka jangan usik!!!!’ (Saya tak ingat skrip sebenarnya macamana).
PENGARAHAN
Saya suka apabila ‘cerita’ Ad dan Am terpecah dua di bahagian-bahagian akhir cerita – 1, babak Ad bawa Hawa lari; 2. babak Am lari dari Keong (samseng). Kedua-dua babak ini disunting secara berselang-seli, aaa, you now what I mean-lah!
Saya juga suka babak Am yang tertinggal bas yang sepatutnya dinaiki oleh dia, Ad, dan Hawa (bertiga) di penghujung filem. Saya suka apabila Ad tidak berpaling apabila Am yang mengejar bas yang sedang bergerak – mengetuk-ngetuk cermin bas di bahagian adiknya sedang duduk mengelamun. Kalau pengarah lain – mereka akan buat Ad berpaling dan… bas berhenti, Ad turun, mereka berdua berpelukan – and, happy ending!
KESELURUHAN
Untuk keseluruhan filem ini – saya kasi TIGA bintang. Dan, ia lebih baik daripada filem KAMI.
Wajib tonton!