"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

27 April 2006

Qigong

Datin D beritahu. Dia belajar ‘Qigong’.

“Hah! Aku tahu. ‘Ape’ besar yang panjat ‘Empire State Building’ tu kan?” Aku.

“Bukan!!!! Itu King Kong!!!!!!!” Datin D.

26 April 2006

Prejudis?

Hari itu. Awan seperti terpilu. Aku. Jasmine. Duduk berselari bahu. Dalam wuduk. Yang tak mungkin terbatal. Di atas buai. Yang berkeriut sedikit-sedikit cuma. Kaki aku terjuntai. Kaki dia tidak.

“Stupid Malay man!” Jasmine.

“Hah!” Aku.

“Padanlah, sekarang ini, ramai perempuan Melayu yang tidak mahu berlakikan lelaki Melayu lagi.” Jasmine.

Diam. Tak lama. Dan. Awan seperti terpilu.

“Tapi… Lelaki Melayu memang tidak dibolehkan berkahwin dengan lelaki Cina kan?” Aku.

Dan, Siti pun berlagu. “Biarkan Rahsia”.

25 April 2006

Malu

Bertabur lagu ke bumi,
Sri Diah di meja depan sekali.

24 April 2006

Hujung minggu ini, Sinaganaga libur-libur di

LIVE PERFORMING ARTS CONCERT
"The Kingdom of Rebel"
[Media workshop + Music Electronic workshop + Short film/video screening + Presentation]


di
Pelita Hati House of Art
No. 22, Jalan Abdullah
off Jalan Bangsar
59000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2284 8380

30 April | Ahad
12 tengah hari - 11 malam

23 April 2006

Curiosity kill the cat

Mereka akan bertanyakan soalan. Soalan demi soalan demi soalan demi soalan demi soalan... Selagi naluri ingin tahu mereka tidak dipenuhi - mereka akan bertanyakan soalan.

“Kenapa ada tiga division? Tidakkah nanti ada yang berkecil hati?” Usop.

Usop cuma mendapat, “ha ha”, sebagai jawapan. Dan. Barang tentulah, “ha ha”, bukan jawapan yang dapat memenuhi naluri ingin tahu Usop.

Dan. Aku tidak mahu. ‘Kucing’ ini terbunuh. Juga.

NOTA EMPUNYA BLOG: Dude, fungsi ‘division’ di blog Hikayat Sinaganaga Origami II (HSO) tidak serupa dengan fungsi ‘division’ pertandingan bolasepak yang disiarkan secara langsung di TiVi (malam tadi, sehinggakan di minit-minit terakhir pun masih 0 - 0, ceh!).

Jadi, jika kau di baris terakhir division tiga HSO sekali pun, kau tidak perlu bimbang apa-apa. Ha ha. Terus menulis. Menulis terus.

21 April 2006

Haaauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

“Kalau yang menyalak-nyalak... Itu anjing!” Usop.

“Ooo.” Aku.

Diam. Tak lama.

“Kalau yang mengiau-ngiau?” Aku.

“Aaaa, he he, itu Rimau!” Usop

Ha ha. Kami mengekek. Sambil kedua-dua belah tangan. Mengangkat-angkat gesper.

20 April 2006

Anjing (siri tivi)

Image Hosted by ImageShack.us
Kami. Melintasi rumah agam tauke Cina yang berpagar. Di dalamnya ada beberapa ekor anjing garang.

“Lassie (Collie)!” Emak. Yang katarak merongrong matanya.

“Bukan. Rin Tin Tin (German Shepherd) tu!” Aku.

“Lassie!!!” Emak.

“Rin Tin Tin!!! Kalau tak percaya, cuba emak pergi dekat-dekat!” Aku.

Gonggonggonggonggonggong.

O-pocot!

19 April 2006

Anjing (puisi sebaris)

Jika menghalau anjing, pastikan beliau diberi laluan lari.

Tok Rimau
AYAH KITA BOS
Mukasurat 81

09 April 2006

Push Once 1977

Dulu. Darjah empat.
Bersekolah di SK Ampang. Tetapi. Tinggal di ‘stingarden’ emak, di Segambut.

“Apa payah sangat proses nak pindahkan sekolah anak?” Emak.

Aku. Turun naik turun naik turun naik turun naik bas. Dari rumah ke sekolah. Dari sekolah ke rumah. Dan. Transit di AIA.

“Molek budak ni. Kecil-kecil dah pandai ‘berdiri di atas kaki sendiri’.” Pak Akob. Ketua Kampung Stingarden.

Aku naik. Bas panjang. Laluan ke Lembah Jaya. Ada kerusi kosong. Di sebelah kak amoi berskirt pendek paras peha. Aku duduk. Sebelah.

Putih!

Apa?

Peha…

Peha kak amoi. He he.

Loceng bas. Dua jalur. Di lajur bumbung. Santak dari depan ke belakang. Tinggi. Tak tergapai tangan.

Seratus meter menghampiri kawasan sekolah… Aku tepuk peha kak amoi. Pap! Pap! Pap!

“Tolong tekankan! Saya tak sampai…” Aku.

Kak amoi. Bangkit dari kerusi. Membetulkan skirtnya yang kumal. Dan. Tekan loceng.

Ting!