"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

16 November 2011

Kisah budak-budak hostel dulu-dulu: Chapter 1

Dulu-dulu, tak ada LRT. Dulu-dulu, tak telefon bersel. Dulu-dulu, tak ada Astro. Dulu-dulu, tak ada Blogspot. Dulu-dulu, tak ada Youtube. Dulu-dulu, tak ada Facebook. Dulu-dulu, tak ada Twitter. Dulu-dulu, tak ada macam-macam. Tetapi, tak ada macam-macam bukanlah bermakna kami tidak merdeka dan gembira,

Dulu-dulu, pagi, kami ke sekolah, ke makmal, ke bengkel. Dulu-dulu, petang, kami ke prep petang, ke padang. Dulu-dulu, malam, kami ke surau (berlatih menyanyi lagu Sepohon Kayu Daunnya Rimbunnnn!), ke prep malam. Dan, sebahagian besar prep malam – kami habiskan masa untuk mengarang surat-surat cinta – demi jiwa yang merdeka dan rasa yang gembira, pergh!

Dulu-dulu, tiada apalah yang akan menggembirakan hati kami selain daripada – mengutus surat cinta dan menerima surat cinta. Isnin, terima surat cinta dari makwe di Sri Puteri. Selasa, terima surat cinta dari makwe di TKC. Rabu, terima surat cinta dari makwe di STF. Khamis, terima surat cinta dari makwe di TIGS. Jumaat, terima surat cinta dari makwe di SIGS. Sabtu, terima surat cinta dari makwe di SEMESRA. Ahad, tak terima apa-apa surat, sebab posmen cuti.

Ini tak termasuk surat-surat cinta domestik yang harus kami balas saban malam, ha ha.



Contoh surat domestik:

Ke hadapan Alin,

Apa khabar? Diharapkan Alin sihat wal’afiat hendaknya.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu bahawa sayalah lelaki comel yang duduk di meja Alin semasa pertukaran kelas untuk matapelajar English (set 4). Dan saya jugalah yang telah menulis ayat “Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan… destinasi!” di atas buku latihan Alin. Saya tak ada niat langsung nak conteng buku latihan Alin sebenarnya. Saya ingat, yang saya conteng itu buku latihan saya, rupa-rupanya bukan. Saya minta maaf! Saya sungguh menyesal, oh!

Sebagai menebus kesalahan – saya ingin belanja Alin makan nasi Padang di Warong Beringin, berhampiran Masjid India, Kuala Lumpur, pada hari sabtu ini, selepas saya selesai latihan Kadet.

Kalau padi katakan padi,
Tidak saya tertampi-tampi;
Kalau sudi katakan sudi,
Tidak saya ternanti-nanti.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
LAN BENHUSSAIN
1 Budi

01 November 2011

TV dulu-dulu

Hari itu hari Sabtu. Hari budak-budak tak sekolah. Hari budak-budak macam gua tengok TV dari petang sampai ke malam.

Dulu-dulu TV 'start' petang. Kecuali pada Hari Kebangsaan atau pada hari Muhammad Ali lawan Joe Frazier.

Jadi, awal-awal petang lagi gua dah 'switch on' TV. TV belum bersiaran pun. Yang ada hanyalah grafik macam 'sound hole' gitar; berlatar belakangkan lagu Guantanamera. Gua sabar. Kemudian, keluar gambar bendera warna hitam putih sedang berkibar (sumpah dek! dulu-dulu, bendera Melaysia memang warna hitam putih, keh keh keh); berlatar belakangkan lagu Negaraku. Gua sabar. Kemudian, keluar rancangan Toto Sport. Gua sabar. Sesekali gua pandang jam di dinding. Dah dekat pukul tiga petang. Kemudian, jeng jeng jeng, keluar Felix The Cat. Kemudian keluar Merrie Melodies. Kemudian keluar Giant Robot. Etc, etc, etc.

Pukul enam petang, mak gua suruh gua pergi mandi. Lepas tu kena gua pergi makan. Lepas tu gua kena pergi baca muqadam. 'Sharp' pukul 8:30 gua dah 'terpacak' semula di hadapan TV untuk tengok Ironside, tengok Mannix, tengok Rockford Files. Pukul 10 malam, mak gua suruh gua masuk tidur.

Gua cakap, tunggulah kejap, gua nak tengok Peristiwa. Peristiwa ni penting sebab ada berita-berita dari luar negara. Selalunya, kalau tengok Peristiwa, kita kena tengok sampai hujung. Sebab, di hujung-hujung, selalunya ada berita perang: Mesir lawan Israel atau Amerika lawan Vietcong. Kalau bernasib baik, Peristiwa akan tunjuk gambar USS Nimitz. Pergh!

Mak gua suruh tidur! Gua cakap, kejap! Mak gua suruh tidur, sekarang! Gua cakap, kejap kejap, lepas ni ada cerita 'best' agaknya ni! Mak gua cakap, kalau tak mahu tidur sekarang, hah, kena tengok TV sampai habis siaran, selagi tak habis siaran - jangan tidur, kalau tidakkkkkkkk - esok tak boleh tengok TV lagi!!!

*gulp*

Pap! Payton Place, episod 373 & 374 'start'.

'Damn!' Gua dah 'start' mengantuk dah... Punyalah 'slow' cerita ni - tuhan sahajalah yang tahu!

Pap! Payton Place tamat!

Lega. Dan, ketika gua baru sahaja nak pergi 'switch off' TV... [dan masuk tidur].

Pap! GUS STEYN 'start'!

.
.
.
.
.

'Guys', malam tu, sampai berair-air jugalah biji mata gua kena 'layan' Gus Steyn di sebelah mak gua yang dah macam Siti Tanjung Perak tu, alahai!

FIN