Katarsis 1
Matanya membuntang. Keningnya menggumal. Suaranya menggumam. Liurnya menggumpal. Uraturatnya mengejang. Yang tinggal hanyalah bunyi nafasnya yang menderas dan bunyi kipas siling yang berpusing dengan kelajuan amat perlahan. Fikirannya kosong - hah, otaknya telah tiada!
Hanya, ketika dia bersusahsusah untuk bangkit dari pembaringan, barulah diketahui bahawa otaknya telah melurut dan membongkah di tempurung lutut, alahai!
Dia mengurut dada dan mengucap syukur.