"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

04 Disember 2013

INI BUKU BARU. INI BARU BUKU.



"Maghrib semalam menyelesaikan bacaan kumpulan cerpen Kuntowijoyo "Pelajaran Pertama Bagi Calon Politikus" (Kompas, 2013) yang mengandungi 15 buah cerpen di dalamnya. Sebelumnya membaca "Nama Ai Alusmitai". Bezanya, Kuntowijoyo memang cerpenis yang hebat dalam pengolahan cerpen dan dia sangat terkenal di Indonesia semasa hanyatnya sebagai sejarahwan. Dalam "Nama Ai Alusmitai" hanya Siti Jasmina Ibrahim sahaja yang dikenali sebagai penulis, selainnya Serra Samz yang menjadi rebutan teman-teman yang saya kenal. Selain daripada itu, saya tidak kenal dengan penulis-penulis di dalam buku ini. Apalagi dengan nama aneh seperti Ingrid Anggriani dan Cik Samsuki Sukibari Kadarain Indarawiyah. Cerpennya sangat mini, kontok dan seolah-olah penulisnya dalam kalangan "orang malas" yang ditujukan kepada "pembaca malas" yang ketiadaan masa untuk duduk berjam-jam di Malaysia. Jadi bacalah "Nama Ai Alusmitai" - yang santai, simple dan menghiburkan."

- Rahimidin Zahari
Dalang wayang kulit, aktivis teater, penulis, penyair, penerima Anugerah MASTERA 2013.

RM25 senaskhah (termasuk kos pos)
Emelkan pesanan anda kepada jimimahmud@gmail.com
dan katakan NAK ALUSMITAI

24 Oktober 2013

SAYA BUTA SAJAK

Saya buta sajak! Sungguh!

Dan, kalau ada orang tanya, “Sajak tu apekebendenye, bai?”... sumpah, saya tak tahu nak jawab apa.

Saya ni bekas budak sekolah sains. Dulu, di sekolah, saya cuma belajar: 1. membuat bom, 2. melantunkan bola pingpong, dan 3. membedah tikus. Selebihnya: 4. pergi prep, 5. kemas cadar untuk inspection pada pagi hari Sabtu, 6. public caning, 7. keluar bandar pergi Emporium Selangor, dan 8. mengorat makwe STF atau TKC. Jadi, saya tak belajar bahasa dan sastera Melayu secara rinci. Oleh yang demikian, kefahaman saya terhadap 'sajak' - bolehlah dikatakan setakat level 'buta', tetapi tidaklah sampai ke level 'buta meraba-raba'.

Yang saya ingat: Cikgu BM saya, Cikgu Burn Putih (Kenapa Burn Putih? Sebab ada lagi seorang cikgu kami gelar Cikgu Burn Hitam... Mmm, lain kalilah saya cerita pasal kedua-dua Burn ini ya.), pernah beritahu: Puisi tu sajak, bait, balada, syair, pantun, gurindam, seloka, satira, lirik, madah, kelong, talibun, tembang, kakawin, (haiku), bla bla bla... Belum pun dia habis cakap - dah bell ring - dan Mrs Nathan dah betul-betulkan sarinya di luar kelas, menandakan kelas ENG akan mengambil alih kelas BM.

Di hari lain, Cikgu Burn Putih pernah suruh saya baca sajak yang tertera dalam buku teks BM. Saya bass-kan suara dan baca. Lagi pun, masa tu suara saya baru nak 'pecah'. Arwah Dalilah Tamrin (kawan saya) kata suara saya sedap! Ha ha. Saya tahuuuuu (suara saya sedap)...! *ahaks*

Kemudian saya mulai faham. Dalam dunia 'sajak' ni ada dua perkara: 1. tulis sajak dan, 2. baca sajak. Dan, dalam dunia 'baca sajak' ni ada dua perkara: 1. baca sajak dan, 2. mendeklamasikan sajak. Dan, kedua-dua benda ni berbeza. Yang satu, mereka bacaaaaaa 'ja macam baca buku teks. Yang satu lagi, mereka baca sambil bergaya-gaya macammm... mmm... "Merdeka! Merdekalah jiwa anak-anak bumi bertuahhhhh..." sambil gengam-gengam penumbuk ke langit macam baru lepas jaringkan gol penyamaan.

Malangnya, Cikgu Burn Putih tak pernah ajar saya: 1. tulis sajak dan, 2. mendeklamasikan sajak. Dia cuma suruh, "Baca!" sahaja (dan jawab soalan seperti yang terkandung dalam buku teks).

Jadi, lama selepas itu, baru saya tahu: 1. Yang mendeklamasikan sajak - itu Kolonel Mohd Radzi, dan Bang Marsli NO, misalnya dan, 2. yang membaca sajak - itu Ridzuan Harun dan ramaiiiiiiiiii lagi, misalnya. Dan, ada orang kata, 'mendeklamasikan sajak - itu art. Dan ada orang kata, 'alaaa... lu baca 'ja la... baca 'je la walau macamana pun, janji dapat sen!'

Tetapi, bila Bang AGI baca sajak - saya kata, "Ni apekebendenye ni?" HA HA. Dan, Bang AGI pernah beritahu saya, "Inilah 3V! Tak ada orang buat lagi di Malaysia ni, bai!"

Sebenarnya, lama sebelum itu (sebelum saya tengok persembahan Bang AGI), saya pernah pergi menonton teater Nanamun Mantanani karya Prof. Emeritus Dato' Dr Mohamed Ghouse Nasuruddin (oh, saja nak eksen, saya pernah design buku dia, Muzik Tradisional hape entah, dan buku tu menang hadiah Buku Terbaik MKBM ke hape entah, pergh!). Jadi, dalam persembahan teater tersebut ada macam-macam. Ada lakonan berdialog. Ada tarian. Dan ada... mmm... pergerakkan orang sedang mengejar (dalam bulatan manusia yang kesemuanya duduk bersila) sambil melibas-libaskan kain batik kepada orang yang dikejar, dan perbuatan melibas-libas kain batik itu mengeluarkan bunyi zap, zap, zap... (repeat till fade) + tanpa sepatah pun dialog yang terkeluar daripada mulut mereka. Dan saya faham: benda ni di namakan 'happening' atau dikenali juga sebagai 'performance art'.

(ed: Yang budak-budak sekarang cakap, "Wo! Lu happening la, beb!' - itu benda lain!)

Jadi, selalu saya bertanya kepada diri, "Apekebendenye yang Bang AGI buat ni? Asyik dok 'Ark! Ark!! Arkkkk!' je nni?" Sajak mendenye?

...

Tiba-tiba Bang AGI muncul di sebelah meja kerja saya baru kejap ni dan kata, "Kau hape tauuuuuuu! Kau budak sekolah sains! Dan kau buta sajak! Ark! Ark!! Ark!!!" dan kemudian dia *plop*, macam selalu-selalu.

Ops!

bersambung...

09 Julai 2013

Mengapa Melaysia tidak boleh menjadi negara maju 3

Aku penat. Beg galas aku berat. Bateri iPod shuffle aku habis di saat Hafiz sedang melagukan bait-bait Deritaku Deritamu. *Menyumpah* Aku jentik putung rokok terus ke dalam tong sampah. Masuk!

Semasa aku turun ke platform LRT, ada pasangan hipster sedang duduk-duduk di atas tangga sehingga menghalang perjalanan. [Aku syak mamat tu hipster sebab dia pakai topi macam Chef Sherson Lian dari rancangan TV 5 Rencah 5 Rasa tu pakai]. Jadi, aku sepak mamat hipster tu. Tepat di belakang rusuk dia. Kalau dia anak anjing - dia akan keluarkan bunyi, “Kengggg!”

Aku cakap, “TEPI!!!” Mamat hipster tu mengaduh dan bangkit dan pandang aku dengan muka tak puas hati. Aku pandang dia semula. Aku buat-buat muka macam abang-abang polis IPD Sentul (cawangan kongsi gelap). Kemudian, aku blah! - cari bangku yang ada kipas angin terpacak di atasnya.

Masa tu, apa yang bermain di fikiran aku - sistem pendidikan negara ini telah gagal dan ibu bapa juga telah gagal dalam mendidik mamat hipster ini menjadi insan yang kompeten. [Aku guna perkataan ‘kompeten’? Pergh!].

Mula-mula aku rasa bersalah. Kemudian, lama-lama, aku rasa ok. Harap-harap aku telah menghalang sebuah kezaliman (kerana ‘tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya’). Harap-harap mamat hipster tu ambil kejadian tadi sebagai iktibar. Supaya lain kali dia boleh sepak hipster lain yang duduk di tangga pula.

Masa aku keluar dari LRT - ada orang buta keluar dari LRT juga. Kendatipun dia guna tongkat boleh lipat-lipat tu - dia masih langgar-langgar papan tanda iklan di platform LRT tu. Jadi, cepat-cepat aku sauk lengan dia. Konon, nak bantu dialah... Sebenarnya, nak cover semula dosa aku sepak mamat hipster tadi. HA HA.

“Tak apa, bang! Saya kerja sini [yakni, dia nak beritahu aku yang dia memang dah expert dengan kawasan stesen LRT ni]!”

‘Kerja sini?’ Aku macam tak percaya. ‘Takkanlah orang buta kerja dengan syarikat LRT. LRT tak berlanggar ke nanti?’ Getus hati ‘besar’ aku. [Besarlah sanggggggat!]

Aku membontoti dia. Dia tak perasan pun [Rasanyalah]. Lepas tu dia keluar dari stesen LRT menuju ke jenjatas SOGO, dia buka beg besar yang dikelek, dia keluarkan kerusi boleh lipat-lipat dan...

...beberapa bungkus kertas tisu.

20 Januari 2013

Mengapa Melaysia tidak boleh menjadi negara maju 2

(pernah diterbitkan dengan judul - Hari Tanpa Beg Plastik adalah hari tanpa otak)


Hari itu hari Sabtu. Aku singgah di kedai stesen minyak. Aku beli barang-barang: rokok, pencucuh api, air mineral, air Kokakola, kacang tumbuk, Cekedis, gula-gula, suratkhabar.

Tet tet tet, pekedai itu imbas barang-barang yang aku beli. Kemudian, dia beritahu harga yang aku perlu bayar.

Ok, aku kata, dan aku hulur duit.

Kemudian, dia pulangkan duit baki dan resit.

Beg plastik, aku tanya.

Hari ini hari Sabtu, hari tanpa beg plastik, dia jawab. Kita nak selamatkan dunia, beg plastik tak boleh dikitar semula, sebab itu kita nak kurangkan penggunaan beg plastik, dia jawab, macam NGO alam sekitar.

Ok, aku kata, kalau begitu, bagi saya beg kertas sahajalah.

...dan kami tak sediakan beg kertas, dia tambah.

Mana boleh, aku kata, di negara maju seperti Jepun misalnya, jika mereka tak sediakan beg plastik... mereka akan sediakan beg kertas kepada pelanggan, aku kata lagi, Melaysia negara mundur... negara mundur perlu mencontohi negara maju! [Aku berhenti seketika untuk menghela nafas.] Dan, dan, dan, aku tambah, ada Najib [Datuk Seri] bagi arahan supaya kita semua hentikan penggunaan beg plastik pada hari Sabtu????? Mata aku dah terjegil-jegil. Suara aku dah macam bunyi Marsli NO baca sajak. Tangan aku dah macam orang India sedang bercakap.

Pekedai itu cuba berkeras.

Aku minta duit aku semula.

Pekedai tu kata, bila duit dah di-pump in - tak boleh nak di-pump out dah.

Fuck, aku kata, kalau awak tak bagi saya beg plastik... saya akan curah dan tabur barang-barang yang saya beli ni di dalam kedai stesen minyak awak! [Masa tu aku dah start goncang-goncang botol Kokakola dengan rancaknya.]

KOMA

Hari itu hari Sabtu. Aku singgah di kedai stesen minyak. Aku beli barang-barang: rokok, pencucuh api, air mineral, air Kokakola, kacang tumbuk, Cekedis, gula-gula, suratkhabar. Ketika pengguna lain tak dapat beg plastik - AKU DAPAT!

28 Disember 2012

Mengapa Melaysia tidak boleh menjadi negara maju 1

Ada dua jenis manusia yang pergi ke farmasi.

Satu, manusia yang nak cari dan beli ubat-ubatan dan benda-benda lain – seperti gincu Simplysiti, misalnya. Dua, manusia yang suka lihat-lihat benda-benda yang terdapat di dalam sesebuah farmasi - supaya, apabila timbul sesuatu hal diluar jangkaan pada masa akan datang, dia ingat, "Oh, iodine ada dijual di farmasi!", misalnya.

Hari ni aku adalah manusia jenis nombor 'Dua'.

"May I help you, sir?" Jurujual itu panggil ‘sir’ semasa aku sedang jalan-jalan ‘baca label’ di farmasi tersebut (to be precise - farmasi di Sogo). Sebelum itu, jurujual itu sedang borak dengan rakan-rakannya – macam ‘mak-nenek berborak pasal pembahagian tanah pusaka’ – dan hanya bergegas ke work station yang dia sepatutnya jaga apabila melihat seorang lelaki hip (ahaks) sedang tercangak-tercangak bagaikan sedang mencari sesuatu.

“Errr... saya tak tahu lagi nak beli apa...” Aku kata. Jujur.

“Hah! Kalau tak tahu – kenalah bertanya!" Jurujual tu kata, sambil buat muka meluat. Pada masa yang sama, dia melekapkan teteknya ke rak ubat-ubatan – seperti Mopiko, misalnya. Dalam posisi ini - dia sambung borak pasal ‘pembahagian tanah pusaka’ dengan rakannya-rakan yang berada di rak syampoo dengan nada kuat.

“Awak block dengan tetek awak benda yang mungkin saya nak beli...” Aku kata.

“Ops! Sorry, sir! He he.” Jurujual tu kata. “So, may I help you, sir?”

“Errrr... ada jual Kalium Permanganat (KMnO4)?” Aku tanya.

“HAH? Apa magnet, sir? Errr..., errr..., errr....” Jurujual tu tanya aku semula.

Jadi, ada dua moralnya di sini. Satu, untuk menjadi sebuah negara maju, kita tak boleh sekadar mempunyai jurujual muka lawa yang tidak faham/tak master dengan produk yang mereka jual dan sekadar menghafal kalimah “May I help you, sir?” sahaja. Dua, ha ha ha, don’t play-play dengan budak sekolah sains!

“Ubat untuk bunuh Clorococcus ada?" Aku tanya soalan lain. Kali ini, tetek jurujual tu dah tak melekap lagi di rak ubat-ubatan. Dia dah mula buat muka cute-cute kat aku.

Aku blah!

25 Ogos 2012

SUDAH TERBIT. BAKAL MELETOP.



PENUTUP KATA (dalam buku ini)

Saya syak, feminism mula bertapak di negara ini seawal kaum perempuan mula mengangkat senjata melawan musuh. Mula mula pistol, kemudian senapang. Kemudian, ada di kalangan mereka yang diangkat ke jawatan menteri. Ini menjadikan mereka semakin kuat.
Hari demi hari mereka semakin lantang melaungkan slogan ‘Semua Lelaki Sama – Jahat!’ misalnya.
Mujurlah ada Bart Ahmad yang menulis dalam buku Rahsia Victoria ini dan sedikit sebanyak telah membocorkan rahsia pakatan jahat dan bidaah terancang mereka itu. Ya, kalau ada kuasa - saya akan lantik Bart Ahmad menjawat jawatan Exco Perhubungan Lelaki dalam Sisters in Islam.
Orang banyak mungkin membenci dan menyukai Bart Ahmad kerana buku ini. Bart Ahmad [dan saya] bukanlah anti feminism atau male chauvinism yang kedua duanya ‘berbau’ seperti sebuah gerakan hak asasi manusia. Kami lain. Kami lebih bersifat mahu ‘safe the male’. Niat kami ikhlas. Watahelman.
Sepatah kata Bart Ahmad, “The reason ada feminism adalah kerana perempuan tak boleh bersatu, naturally. Jadi, mereka kena create ‘satu benda’ (feminism) untuk membuat mereka percaya yang mereka bersatu. Kita different, walau tanpa persatuan, badan, gerakan, kelab, dan sebagainya - kita memang bersatu, naturally!”
Akhir kata, apa pun, tanpa perempuan, kita susah nak menangis. Ya, kita (yakni lelaki) perlu menangis juga sekali sekala demi untuk menjaga kesihatan mata. Watahelman.

Lan Benhussain
Apatmen Mewah, Menara O, Bandar Baru S, Kuala Lumpur.

21 Ogos 2012

FREECABI: Ulasan

"Kadang-kadang, kita suka baca tentang pengalaman orang lain dan merasainya sebab kita tak pernah mengalaminya." - Mohd Kata Plato bin Mohd Patoni
Dulu. Di bahagian bawah. Tangga kecemasan paling bawah di sisi bangunan DBP (lama) itu. Ada ruang tempat peniaga menjual makanan dan minuman. Saya, Mazlan ‘Along’ Noor, Encik Yusof Ishak, dan Bapak (Pak Samad Said) adakalanya bersarapan di situ.

Pernah. Saya bertanya. Kepada Bapak. “Kenapa Bapak tak ada autobiografi?”

Bapak beritahu. Masa muda. Hidupnya tak best. Kotor. Busuk. Hitam. Jadi, tentu sekali tak best sangat jika dia mahu membuka pekung di dada. Kemudian, dia tersenyum. Ya, saya syak dia tersenyum. Entah, mulutnya terlindung dek misainya yang berjurai.

Cuma. Sekali-sekala. Bapak bercerita juga. Tentang hitam. Tentang busuk. Tentang kotor. Tentang tak best. Dan, kami yang mendengar - mengekek. “Jadikan teladan!” Pesan Bapak. Kemudian, mulutnya kembali mengunyah kuih.

...

Dulu. Saya syak. Banyak orang suka baca. Blog Hikayat Sinaganaga Origami ini. Kerana, saya menulis tentang pengalaman hidup saya yang tidak semua orang pernah mengalaminya. Tentang Jepun. Tentang Toyama. Tentang Ikebukuro. Tentang ofuro. Tentang kimono yang di bahagian ketiaknya berlubang. *ahaks*

...

Tadi. Saya baca zine. [Inspired by a True Event] FREECABI: Reman 7 Hari.

Saya suka. Sebab, saya tak ada pengalaman serupa ini.

Cabi. Seorang pemuda. Di reman selama tujuh hari. Kerana, dipercayai dapat membantu siasatan polis. Dalam kes menjual gitar curi.

Dalam catatan pendeknya. Pembaca dapat merasai. Suasana di dalam lokap. Dan. Pengalaman berada di dalam lokap.

Membaca zine ini terasa seperti pembaca benar-benar berada berada di dalam lokap.

Zine ini juga. Menitipkan beberapa tulisan rakan-rakannya sepanjang Cabi berada di dalam lokap. Tidak cukup dengan itu, dalam zine ini juga turut dimuatkan dengan tips ‘hak anda apabila ditahan polis’.

Saya juga suka. Reka bentuk zine ini. Loud and clear. Clean cut and fuctional.

Akhir sekali, sepatah kata Cabi, “Tidur di [dalam] lokap berbantalkan lengan, dan tidur berbantalkan lengan akan menghasilkan mimpi yang bukan-bukan!”

Saya tidur berbantalkan bulu dada itik, tadi. Saya bermimpi. Cabi menulis novelet FREECABI: The Untold Story, terbitan Studio Anai-Anai.

Cabi, ada bran, bai?