"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

25 Ogos 2012

SUDAH TERBIT. BAKAL MELETOP.



PENUTUP KATA (dalam buku ini)

Saya syak, feminism mula bertapak di negara ini seawal kaum perempuan mula mengangkat senjata melawan musuh. Mula mula pistol, kemudian senapang. Kemudian, ada di kalangan mereka yang diangkat ke jawatan menteri. Ini menjadikan mereka semakin kuat.
Hari demi hari mereka semakin lantang melaungkan slogan ‘Semua Lelaki Sama – Jahat!’ misalnya.
Mujurlah ada Bart Ahmad yang menulis dalam buku Rahsia Victoria ini dan sedikit sebanyak telah membocorkan rahsia pakatan jahat dan bidaah terancang mereka itu. Ya, kalau ada kuasa - saya akan lantik Bart Ahmad menjawat jawatan Exco Perhubungan Lelaki dalam Sisters in Islam.
Orang banyak mungkin membenci dan menyukai Bart Ahmad kerana buku ini. Bart Ahmad [dan saya] bukanlah anti feminism atau male chauvinism yang kedua duanya ‘berbau’ seperti sebuah gerakan hak asasi manusia. Kami lain. Kami lebih bersifat mahu ‘safe the male’. Niat kami ikhlas. Watahelman.
Sepatah kata Bart Ahmad, “The reason ada feminism adalah kerana perempuan tak boleh bersatu, naturally. Jadi, mereka kena create ‘satu benda’ (feminism) untuk membuat mereka percaya yang mereka bersatu. Kita different, walau tanpa persatuan, badan, gerakan, kelab, dan sebagainya - kita memang bersatu, naturally!”
Akhir kata, apa pun, tanpa perempuan, kita susah nak menangis. Ya, kita (yakni lelaki) perlu menangis juga sekali sekala demi untuk menjaga kesihatan mata. Watahelman.

Lan Benhussain
Apatmen Mewah, Menara O, Bandar Baru S, Kuala Lumpur.

21 Ogos 2012

FREECABI: Ulasan

"Kadang-kadang, kita suka baca tentang pengalaman orang lain dan merasainya sebab kita tak pernah mengalaminya." - Mohd Kata Plato bin Mohd Patoni
Dulu. Di bahagian bawah. Tangga kecemasan paling bawah di sisi bangunan DBP (lama) itu. Ada ruang tempat peniaga menjual makanan dan minuman. Saya, Mazlan ‘Along’ Noor, Encik Yusof Ishak, dan Bapak (Pak Samad Said) adakalanya bersarapan di situ.

Pernah. Saya bertanya. Kepada Bapak. “Kenapa Bapak tak ada autobiografi?”

Bapak beritahu. Masa muda. Hidupnya tak best. Kotor. Busuk. Hitam. Jadi, tentu sekali tak best sangat jika dia mahu membuka pekung di dada. Kemudian, dia tersenyum. Ya, saya syak dia tersenyum. Entah, mulutnya terlindung dek misainya yang berjurai.

Cuma. Sekali-sekala. Bapak bercerita juga. Tentang hitam. Tentang busuk. Tentang kotor. Tentang tak best. Dan, kami yang mendengar - mengekek. “Jadikan teladan!” Pesan Bapak. Kemudian, mulutnya kembali mengunyah kuih.

...

Dulu. Saya syak. Banyak orang suka baca. Blog Hikayat Sinaganaga Origami ini. Kerana, saya menulis tentang pengalaman hidup saya yang tidak semua orang pernah mengalaminya. Tentang Jepun. Tentang Toyama. Tentang Ikebukuro. Tentang ofuro. Tentang kimono yang di bahagian ketiaknya berlubang. *ahaks*

...

Tadi. Saya baca zine. [Inspired by a True Event] FREECABI: Reman 7 Hari.

Saya suka. Sebab, saya tak ada pengalaman serupa ini.

Cabi. Seorang pemuda. Di reman selama tujuh hari. Kerana, dipercayai dapat membantu siasatan polis. Dalam kes menjual gitar curi.

Dalam catatan pendeknya. Pembaca dapat merasai. Suasana di dalam lokap. Dan. Pengalaman berada di dalam lokap.

Membaca zine ini terasa seperti pembaca benar-benar berada berada di dalam lokap.

Zine ini juga. Menitipkan beberapa tulisan rakan-rakannya sepanjang Cabi berada di dalam lokap. Tidak cukup dengan itu, dalam zine ini juga turut dimuatkan dengan tips ‘hak anda apabila ditahan polis’.

Saya juga suka. Reka bentuk zine ini. Loud and clear. Clean cut and fuctional.

Akhir sekali, sepatah kata Cabi, “Tidur di [dalam] lokap berbantalkan lengan, dan tidur berbantalkan lengan akan menghasilkan mimpi yang bukan-bukan!”

Saya tidur berbantalkan bulu dada itik, tadi. Saya bermimpi. Cabi menulis novelet FREECABI: The Untold Story, terbitan Studio Anai-Anai.

Cabi, ada bran, bai?