"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

10 Mac 2006

Hidup ini rolerkoster

Aku telah lelah.

Pulang ke rumah. Mengisi ‘toaster’ dengan roti. Dua keping.

Menunggu garing dengan bosan, kemudian. Sambil bola mata hitam. Mengitar bundar ke langit-langit rumah...

“Dude! Cicak tu dah menyelonong ke dalam ‘toaster’ tu!!!” Sufian Abas. Tiba-tiba muncul. Kemudian *Polp!*.

Opocot!

07 Mac 2006

Aku perlu makan ubat warna putih itu…

PROLOG
Tadi malam. Tidur aku terganggu. Padahnya, ini pagi. Langkah aku ongkah-angkih.

Terlebih nikotina barangkali. Atau. Fikiran terbelenggu. Seperti cecair belikat punggung yang diempang kantung kontrasepsi.

CERITA
Hari itu. Mengunjungi Dr Tuti. Teman sekolah dulu. Yang menghuni kerusi Ketua Jabatan, Fakulti Pergigian, UKM. Di atas mejanya, kertas kuliah beronggok-onggok.

“Semasa bersekolah dahulu… Kami tak pernah berbual pun.” Dr Tuti. Beritahu kakak misi separuh umur itu.

“Ramai sangat yang nak berbual dengan dia… Saya tiada peluang. Dia cantik. Saya tidak.” Aku. Beritahu kakak misi separuh umur itu.

“Ya ya. Betul! Dia tak cantik. Sampai sekarang tak ada orang yang mahu…” Dr Tuti. Beritahu kakak misi separuh umur itu.

Muerekekekekeke… Kami mengekek. Macam pontianak terjumpa paku setengah inci.

KOMA
Dr Tuti beritahu. Misi baju putih ialah jururawat pelatih. Misi baju biru cair ialah jururawat. Misi baju coklat cair ialah pembantu perubatan.

Ooo...

Sufian Abas,
Aku rasa. Aku nak tukar kerjayalah. Aku nak jadi misi….

EPILOG
Paracetamol!