"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

28 Oktober 2005

Aduh Saleha

Lewat lagi!

Aku. Keluar dari stesen LRT. Melangkah cepat-cepat. Agar tiba di pejabat nanti. Tidaklah terlalu lewat. Seperti hari-hari terdahulu.

Menyusuri lorong siar kaki. Yang separuh penuh. Dengan peniaga-peniaga Cina. Menjual nasi lemak, mi goreng, pau, dan kuih-muih entah apa-apa entah.

Dan. Jalan aku terhalang. Oleh seorang perempuan. Yang menghayun tangan 45 darjah. Persis askar sedang berkawat. Sedangkan langkahnya tidak sepantas mana. Kerana kain kebarungnya. Ketat.

Aku. Perlu pintas. Perempuan ini. Ya ya.

Dumm! Tangannya yang menghayun. Menghentak ‘anu’... Aku.

Dan. Mawi pun berlagu. ADUH SALIHA.

“Urghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!”

14 Oktober 2005

Jawa Kacau

Hey! Ini serius! Bukan lelucon!

Aku. Punya kenalan. Wartawan. Umur sudah pertengahan separuh masa kedua. Berambut panjang nipis lurus. Berberet seperti Che Guevara. Mudanya, gemar menghentak-hentak meja Ketua Pengarang. Tuanya, ‘disejukbeku’ di Kelang. Ha ha.

“Wak! Kalau aku tanya, Wak jangan marah ya!” Aku.

“Ermph!” Wak.

“Wak ni..., Jawakan? Tapi, kenapa guna nama samaran Cina?” Aku.

“WONG KAM PUNG tu Jawalah, Labu!” Wak.

“Ooo...!??” Aku.

Ekekekekek... Aku gelak mengekek. Wak pun. Kemudian, aku dan Wak makan rempeyek. Seorang satu. Rempeyek.