"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

24 September 2005

Burung

Khamis. Menjelang malam. Suasana di syarikat D masih seperti di waktu-waktu siangnya. Dengan masing-masing tekun mengadap PC. Ada kerja yang perlu disiapkan dan perlu diserahkan kepada pelanggan, seawal pagi esok.

“Awal balik kak?” Sapaku. Kepada kakak yang suka mengumpat itu.

“A'ah! Nak balik cepat ni... Nak kena mandikan burung!” Balas kakak yang suka mengumpat itu.

Eeeiiiiiuuuoooo!

17 September 2005

Macam-macam ada

Jamban rumah Masayuki. Macam ‘cockpit’. Kapalterbang. Penuh dengan. Segala macam. Punat.

Tekan yang ini - keluar air. Tekan yang itu - keluar angin. Tekan yang ini ini - alas punggung dipanaskan. Tekan yang itu itu - keluar pembalut plastik melapik alas punggung. Tekan yang ini ini ini - sisa perkumuhan dipam keuar. Tekan yang itu ini itu ini... Dan. Kau mula seronok. Ya ya. Menekan punat-punat. Macamlah, kau tak pernah. Tekan punat-punat. Sebelum ini.

Lantas. Aku pun. Berfantasi macam-macam.

“Aaaa... This is ya captain speaking! Bzzz, bzzz! Cabin crew, please be seated. Bzzz, bzzz! Prepare for take... AUWWWWWWWW!!!!” Aku.

“Kenapa kenapa?” Masayuki.

Ada. Air panas. Yang menyembur. Tepat ke ***. Apabila aku. Menekan. Punat yang terakhir. Alahai!