Menjelang PRU13: Rukun negara yang pertama
Semenjak Lebai Sayuti dan Mamang Sulan bertelagah tentang 'boleh tak boleh, boleh tak boleh', orang-orang kampung telah mengalihkan saluran untuk merujuk mereka kepada Cikgu Hasan Umbut kerana seperti lazimnya - manusia lebih mempercayai kata-kata bijak pandai agama, doktor dan guru berbanding yang lain-lain.
Tetapi, oleh kerana orang-orang kampung tidak begitu pasti apa pegangan hidup Cikgu Hasan Umbut - entahkan Islam Plural, entahkan Islam Liberal, entahkan Syiah, entahkan Sunnah, entahkan Qadiani, entahkan Kakak-kakak Dalam Islam - maka orang-orang kampung telah mengalihkan saluran untuk merujuk mereka kepada Sepiah Bermata Smokey.
"Kalau akak makan ubat ni... boleh kurus ke, Piah?" tanya Kak Pinoi.
"Jangan kata boleh kurus... saya gerenti, dalam masa tiga bulan sahaja badan akan jadi bergetah, youuuu!" jawab Sepiah Mata Smokey sambil mencicah biskut Merry ke dalam teh Ceylon di cawannya.
Ani Beyonce mengangguk-angguk dan mengiya-iyakan kata-kata Sepiah Mata Smokey. Sekejap dia bangun, berlagak seperti ratu kebaya dan menyelusuri kontur badannya yang 'bergetah' dengan tangan, "Tiru macam sayaaaaa!"
Tik! Tik! Tik!
"Opcot!"
"Aaa... Ubat kuat untuk kesejahteraan suami isteri ada ke, Piah?"
"Oh! Abang Usop rupanya... Piah ingat siapalah tadi!"
Lima minit kemudian, Usop Ludin Tanah Lot dah duduk bertimpuh di sebelah Sepiah Mata Smokey sambil membelek-belek kotak ubat dan Ani Beyonce sedang mendemonstrasikan kaedah penggunaannya dengan mengosok-gosokkan jari telunjuk kanannya ke jari telunjuk kirinya - atas ke bawah, atas ke bawah, atas ke bawah.
"Boleh percaya ke ni, Piah?"
Label: PRU13
26 Comments:
Jadi boleh ke tak boleh bang Naga? :D
Januari 10, 2010 2:57 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Januari 10, 2010 2:59 PTG
Stingarden 2 ke bro? Bila nak kuar?
Januari 10, 2010 3:01 PTG
Pap,
Tak tahu lagi! Mahkamah belum putuskan lagi.
Payed,
Ha ha. Tunggu!
Januari 10, 2010 3:21 PTG
ha'ah apa kesudahannya boleh ke tak boleh,bro naga?berjayakah ani beyonce tu?
Januari 10, 2010 4:06 PTG
Kakak-kakak Dalam Islam pun tak serajin Ani Beyonce dalam membuat demokrasi.maksud saya,demonstrasi
.
Januari 10, 2010 7:44 PTG
dude... gosok bawah dagu je... lelebih kang... kebas... kehkehkeh..
Januari 10, 2010 8:02 PTG
siapa ani beyonce?
haha
Januari 10, 2010 9:29 PTG
Aku sekadar tertarik dengan ubat kurus tu je.
Yang lain2 aku tatau haha!
woit pakcik ko mencarut ek?
Januari 11, 2010 1:20 PG
Woo..dah lama tak keluar cerita pasal depa ni.Mana satu rukun negaranya bang?Perenggan pertama atau part ubat kuat? hehehe
Januari 11, 2010 9:23 PG
Nad,
Tunggu mahkamah putuskan. Tunggu!
Nonee,
HA HA.
Chik,
KAH KAH KAH.
Dug,
Sidekick Sepiah Mata Smokey. :)
Water,
Apa yang berlaku di Malaysia sekarang ini adalah mencarut. :)
Kori,
Kepercayaan Kepada Tuhan!
Januari 11, 2010 9:42 PG
tetiba teringat dengan party tupperware jer la cara Ani Beyonce menjual tuh.
hahahahah
Januari 11, 2010 10:51 PG
utk penjualan lebih efisyen, kak sepiah mata smokey kene ada teknologi baru,mesin pengimbas badan contohnye. haha!
eh, bukan ani beyonce tu sepatutnye pemalu ke? hehe
Januari 11, 2010 10:51 PG
Lel,
Ha ha.
Amora,
Nak jadi penjual yang baik tak boleh pemalu. :)
Januari 11, 2010 12:24 PTG
Aslkm, fuh gud n nice blogging,cantik blog,.Mmm,leh visit n linkkn blog saye ni http://tolongsenyap.blogspot.com bleh ?Ok saye nak pegi la dulu,ok bye
Januari 11, 2010 1:05 PTG
ooooooo...atas ke bawah..ke atas ke bawah...gosok jari je boleh bahagia yer piah..
Januari 11, 2010 2:49 PTG
Zaidiyah kot?
Januari 11, 2010 5:44 PTG
Art,
HA HA.
Tera,
Hah?
Januari 12, 2010 9:12 PG
Apa kaitannya dengan gosok2 jari ni... tak faham lah...
Januari 12, 2010 2:58 PTG
memilih saluran untuk merujuk amat penting. terutama dalam bab kebahagian rumah tangga. jangan percaya kalau ada yang mendakwa bahawa tidak semua orang layak menggunakan istilah 'darling'.
Januari 12, 2010 9:41 PTG
wah wah, siap demo lagi tuhhhhhh
Januari 13, 2010 1:19 PTG
Purp,
Sajalah tuuuu....
Zz,
Tapi betul juga bang - kalau gua darling2 dengan lu - nampak macam sumbang mumbanglah!
Asu,
HA HA.
Januari 13, 2010 5:41 PTG
errr....selamat menyambut 2010 en naga. :-)
Januari 14, 2010 3:45 PTG
naga hijau..gempak
Januari 15, 2010 11:05 PTG
Salam
Tentang Qadiani
http://barahinahmadi.blogspot.com/2009/10/respon-to-kuliah-hadi-awang.html
Januari 17, 2010 6:11 PG
Salam
Tentang Qadiani
http://barahinahmadi.blogspot.com/2009/10/respon-to-kuliah-hadi-awang.html
Januari 17, 2010 6:13 PG
Catat Ulasan
<< Home