"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

02 Februari 2009

Heater

Heater itu kadang ok kadang tidak.

Kamar buram yang statusnya adalah dingin, kotatsu, kucing gemuk, Vivaldi, aku, Miyuki yang ber-sweater warna merah teluki dan ber-jeans warna kobalt.

Di luar, salji bak tetepung yang gugur dari pengayak. Di dalam, Miyuki sedang memalit gincu warna momo ke bibir. Setelah dirasakan gincu itu telah benar-benar melata, dia mendatangi aku dari belakang, menyangkut dagunya ke tulang selangka aku, dan berbisik dalam decibel paling minima.

"Labu! Sejuk-sejuk macam ni... buat apa sedap?" Miyuki tanya.

"Aaaaaaaaaaaa... makan dorayaki?" Aku teka.

"Yay!" Miyuki kata.

Dia capai kunci kereta, pakai but, keluar rumah, start kereta, mmm, entahkan dia pergi beli dorayaki entahkan tidak...

"Aaaaaaaaaaaa... minum koko panas?" Aku teka, lagi.

Heater itu kadang ok kadang tidak.

39 Comments:

Blogger Nizam.Ariff said...

Sekarang musim hujan. Sejuk. Teringat salji? Teringat Miyuki? heheh...awas, kesan sangkutan dagunya mungkin masih berlekuk di tulang selangka bro...

Februari 02, 2009 5:42 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Miyuki pasti istimewa. Kau letakkan dia di tempat paling tinggi dalam hatimu bang!(aku sekadar meneka)

Dan dalam entrimu, pasti Miyuki sentisa ada!

:)

Insyallah jumpa lagi di Maskara ya!

Februari 02, 2009 5:54 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nizam,
Ha ha.

Water,
Kadang2, orang yang kita sayang tu lah yang paling kita susah nak faham. :)

Februari 02, 2009 6:02 PTG

 
Blogger hegira said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Februari 02, 2009 6:03 PTG

 
Blogger hana_kirana said...

Quote: "Kadang2, orang yang kita sayang tu lah yang paling kita susah nak faham."

Benar, tuanku.

Februari 02, 2009 6:15 PTG

 
Blogger sEmut said...

dua tiga heater rosak boleh diganti,

manakan sama dagu sangkutnya seorang..



;p

Februari 02, 2009 7:07 PTG

 
Blogger Amyz! said...

Makan waffle panas2 sambil minum koko panas pun best.

Februari 02, 2009 7:08 PTG

 
Blogger asuhara sue said...

nasib baik dorayaki, bukan doraemon!

Februari 02, 2009 7:26 PTG

 
Blogger hajijani said...

bilamasa salji turun lak? babak ni berlaku kat mana agaknya ya? banglong!

Februari 02, 2009 9:40 PTG

 
Blogger hegira said...

kalau heater tak ok. pasanglah cooler.

Februari 02, 2009 10:04 PTG

 
Blogger K.H said...

Dorayaki itu sejenis apa?

Februari 02, 2009 10:10 PTG

 
Blogger HE said...

apa kata sejuk sejuk kita buat yuki?

:P

Februari 02, 2009 10:44 PTG

 
Blogger Anonymous said...

setahu aku.

Dorayaki adalah kueh kegemaran Nobita.

Tapi itu la...Heater itu kadang ok kadang tidak.

Februari 02, 2009 11:43 PTG

 
Blogger asrul said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Februari 03, 2009 12:15 PG

 
Blogger asrul said...

haaa..


cinta dan rindu itu membuat debu salji sepanas heater

Cinta dan rindu itu membuat kuih dorayaki berasa seperti kuih Donut..

haaaaaaa
pstttt...bang mcm mane petua nak ngorat aweks jepun?..sbb sy sudah terpikat dkt sorang aweks yg jual sushi di sushi king...

apa perlu sy belanjenye kuih dorayaki jua?

Februari 03, 2009 12:18 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

Tu nama dia sejuk di luar, panas di dalam. Hihihihi

Februari 03, 2009 1:00 PG

 
Blogger reverie said...

Aku rasa sangat kagum. Tak tahu mengapa tapi aku tersenyum bila baca material ni. =)

Tumpang iklan jap ek.

http://reveriemalaya.blogspot.com/

komen penggunaan bahasa melayu aku/ idea aku. thx. =)

Februari 03, 2009 2:38 PG

 
Blogger tuan tanah said...

Hari ini salji sepanjang hari. Tak taulah kenapa, tapi salji bikin rasa melankolia.

Februari 03, 2009 3:39 PG

 
Blogger hana_kirana said...

Cik Tuan Tanah, aku tak melankolia langsung. Tapi aku seronok terkinja sana sini pijak salji! Aku harap perjalanan kau hari Khamis nanti ok. Harap-harap salji dah reda.

Februari 03, 2009 6:10 PG

 
Blogger Cat Cat said...

Abang Naga,
Miyuki sungguh istimewa bagi Abang Naga. She has left a piece of her in your heart! Betul tak..? ;)

Februari 03, 2009 9:05 PG

 
Blogger tasekM said...

orang jepun tak minum sup ke sejuk-sejuk?

aku tak bulih pergi dgn sup ala jepun ni. nak termuntah. haih~


.

Februari 03, 2009 9:08 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Hana,
Ha ha. Apa khabar orang jauh? Salji masih turun ka weh?

Mut,
HA HA.

Amyz,
Masih dalam mood honeymoon ke weh? Ha ha.

Asu,
Ha ha.

Bang Long,
Hah! Kat Malaya tak ada salji? Hah? Hah? Ha ha. Bang Long, apa barang duduk [kat] Malaya - bukan best pun, bukan setakat tak ada salji - ADUN pun dah kejap ada kejap tak ada ni weh. Hahahahahahaaa....

Alina,
Hah? *Blur.*

(Weh, buku yang abang kirim suruh beli tu jangan lupa weh! - Kelas nak bokak dah ni. Huhu.)

Indra,
Sejenis kuih. :)

He,
Februari? MMM, kat Tokyo dah tak ada yuki rasanya. Tapi, dia Nagano or Niigata masih ada yuki kotttt.

Po,
Itu ADUN kadang letak jawatan kadang belum letak jawatan. Ha ha.

Ni yang kawang raso nok gi belaja buak molotov cocktail ja ni, Awang!!!!

Asrul,
Yang jual shushi kat Shushi King tu amoi Cina la weh! Ha ha.

Petua ngorat awek Jepun: Jangan tanya umur, jangan kau kira tahi lalatnya. :)

Dug,
Kau bijak. Ha ha.

Rev,
Hari ni aku cuti. Esok aku browers blog kau ek. :)

Tanah,
Weh! Jangan lupa pakai snowcap dan jacket ya! (Kau tu dah le halussssss je - gi makan protein banyak2 - kasi panas sikit badan tu).

Hana,
Ni yang aku cemburu ni - si Ain turun London ke weh? Ceh! Naik bas or naik flight dari Dublin tu? (Banyak duit kau, Ain?)

Cat,
Janga le kau percaya sangat - ni semua fiksyen je! HA HA.

Februari 03, 2009 9:20 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Tasek,
Miso sup boleh dimakan pada bila-bila masa, tak kira musim sejuk ka, musim panas ka. Dan, miso sup adalah makanan kegemaran Rudy Bluehikari, ha ha.

Note; Miso sup diperbuat daripada ikan ayu yang telah dikeringkan. Ikan itu jadi semacam serbut perasalah - aji-no-moto (aji shio).

Rudy,
Ikan ayu kan? Ek? Ke ikan lain? Aaaaa...

Februari 03, 2009 9:23 PG

 
Blogger kingbinjai said...

sejuk sjeuk makan donat kesukaan doraemon???? rugi rugi

Februari 03, 2009 10:42 PG

 
Blogger Papa said...

bro, kau tak terkesan dengan provokasi naturalis?... miyuki adalah heater!

Februari 03, 2009 12:33 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

makan apam sedap weh...

Februari 03, 2009 6:09 PTG

 
Blogger Unknown said...

entah bila saji mau turun di malaya

Februari 03, 2009 7:45 PTG

 
Blogger ka-ii said...

saya nk perform kt maskara bole?

Februari 03, 2009 9:02 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

Encik Naga,

Naik low-cost flightlah. Sekali sekala apa salahnya menziarahi saudara sesama Islam di negara jiran.
Hehe.

Februari 04, 2009 3:00 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Jai,
*Tap!* Aku tepuk dahi.

Bai,
*Tap!* Aku tepuk dahi.

Cik,
*Tap!* Aku tepuk dahi.

Kelam,
Ha ha.

Ka-ii,
Boleh. Sila hubungi Vovin.

Tanah,
Cuti Thaipusam ke, Ain? Ha ha.

Februari 04, 2009 8:41 PG

 
Blogger SolitudeInMind said...

:)

Senyum dengan gincu warna MOMO

Februari 04, 2009 5:48 PTG

 
Blogger Nizam Ahmad said...

kirimkan aku salji.. buat selimut malam.. hiks~

Februari 04, 2009 6:04 PTG

 
Blogger zizie ali said...

teringat 'sejuk sejuk tokyo' karya wijaya mala.

Februari 04, 2009 9:20 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

In,
Gincu warna momo dah tak 'in' dah la ni. :)

An,
Amboi, selimut daripada salji - tak sejuk ke? Ha ha.

Zz,
Pergh!

Februari 05, 2009 8:37 PG

 
Blogger yoshz said...

minum sake la apalagas.ja.

Februari 05, 2009 10:19 PG

 
Blogger Hanie T. said...

best jadi miyuki.sentiasa tersedak ada orang sebut/tulis pasal dia.

Februari 05, 2009 1:20 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Yosh,
Mimi naik kapalterbang pergi mana? Kata 15hb baru pergi Tokyo???

Umi,
:)

Februari 05, 2009 2:10 PTG

 
Blogger yoshz said...

pergi penang la. mkn nasik kandaq.

Februari 05, 2009 8:46 PTG

 
Blogger mimi said...

uncle L,

mimi baru balik from penang. seminggu kene keje kat sana. tokyo ahad ini baru pegi yah. sabar sabar. nnt mimi belikan keychain tokyo mmkkaayy...

Februari 10, 2009 1:19 PG

 

Catat Ulasan

<< Home