"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

19 Februari 2008

Siri Pilihanraya Sudah Dekat: Pengacau

Celakanya orang Melayu ini, kata Haji Dua Kupang, cuma mahu menerima calon anak tempatan, tidak mahulah mereka menerima calon paracut!

Pak Akop Ketua Kampung mencongak-congak di dalam kepala. Sambil jari telunjuknya me*tap-tap* bibir. Ermmm…

Lebai Sayuti dan Wak Merah-merah Taman Kok Doh – orang Jawa. Out! Mamang Sulan – orang Bawean. Out! Aziz Ayam – orang Bawean Singapore. Out! Hassan Kedai Runcit – orang Malbari. Out! Mail Ketapang – orang Pokok Sena. Out! Harun Serkam – orang Serkam. Out! Mat Sanggul – orang Semabok. Out! Mat Nangka dan Mat Kambing – orang Lenggong. Out! Mat Rojek – orang Rembau. Out! Aziz Pesah – orang Kuala Muda. Out! Cina Goh? Ermmm… Bukan budaya dia untuk jadi pengacau. Out jugalah!

Ermmm…

HAH! *Tap!* Pak Akop petik jari. Usop Ludin Tanah Lot! Usop Ludin Tanah Lot boleh jadi ketua pengacau, kata Pak Akop, Usop Ludin Tanah Lot memang anak jati Kampung Pasir!

PERGH! *Tap!* Haji Dua Kupang tepuk dahi. Usop Ludin Tanah Lot! Nasib baik ada Usop Ludin Tanah Lot, kata Haji Dua Kupang, lupa pula aku yang Usop Ludin Tanah Lot memang anak jati Kampung Pasir!

KOMA

Asap berpuput-puput dan berpupul-pupul. Mata Pak Akop Ketua Kampung berpupur-pupur menahan pedih. Bertahan! Bertahan! Kata Pak Akop Ketua Kampung. Semua bertahan!

Ada suara terpugas-pugas, macam orang kena belasah dengan cota, barangkali mungkin itu Usop Ludin Tanah Lot. Ada benda meletup-letup, *plek-pek-pek-pek-pek!*, kemudian.

Haji Dua Kupang, Mat Trompet, Lebai Sayuti, Hassan Kedai Runcit, Wak Merah-merah Taman Kok Doh, Aziz Pesah, Mail Ketapang, Aziz Ayam, Mat Nangka, Harun Serkam, Mat Kambing, Mamang Sulan, Mat Sanggul, Mat Rojek habis lari keruntang-pukang.

Tinggal, Karim Driving School, itu pun antara mahu lari dengan tidak.

Macamana ni, Kop? Tanya Karim Driving School.

Kita rempuh! Kata Pak Akop Ketua Kampung. Rempuh! Rempuhhhh!! Mata Pak Akop Ketua Kampung berpupur-pupur menahan pedih. Asap berpuput-puput dan berpupul-pupul.

Mereka berdua lucup ke dalam asap.

KOMA

Api padam. Asap pupus. Yang tinggal hanyalah kawah legam. Dan dodol luluh. Di tangan Usop Ludin Tanah Lot – ada puing kayu pengacau.

Macamana boleh jadi macam ni, Sop? Tanya Karim Driving School.

Entahlah *sob*, kata Usop Ludin Tanah Lot, I terlelap tadi, kejap, sedar-sedar sekawah dodol dah dijilat api…. *sob*

Sambil mengacau pun boleh lelap? Tanya Pak Akop Ketua Kampung.

Dah mata ni nak terlelappp…, kata Usop Ludin Tanah Lot, I nak buat macammanaaa…. *sob*

FIN

NOTA: Cerpen kontot ini ditulis oleh salah seorang penulis dari kelompok Penulis Angkatan Baru (PARU). Hak! Hak! Hak!

13 Comments:

Blogger Anonymous said...

Nantilah bila petang-petang sikit, bila dah teduh. Aku baca sekali lagi.

Siri kali ini komplikated sikit.

*pling..pling*

..bukan ke ketua kampung yang selalu lelap? Bukan ke pengacau selalunya orang luar yg di bawa masuk ke dalam kampung dengan paracut?

Februari 19, 2008 12:52 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Zzzzz.... Malas betul nak komen. Mata ni asyik berat memanjang .....

Hahaha!

Februari 19, 2008 1:09 PTG

 
Blogger tapai said...

PARU ke? Aku ingatkan PENABUR (Penulis Angkatan Baru Takbur) He he!!

Februari 19, 2008 2:50 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

tido je lah sopp.. nanti tukar yang lain kalau yang tu tak jadik...

Februari 19, 2008 3:46 PTG

 
Blogger Amyz! said...

Kacau dodol ke? Raya dah habis bang. Sekarang pilihanraya bang.

Februari 19, 2008 5:08 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Komplikated...ya..ya(sambil angguk kepala sorang-sorang). zzzzzzzz....orang sakit nak tidur. Dia tak mau raya. Dia juga tak suka dodol. Tapi seronok tengok orang KACAU DODOL sedang TIDUR.

Dia salah seorang penduduk kampung Maha Laba Malaya.

Februari 19, 2008 5:32 PTG

 
Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Naga,

Certot (cerita + kontot) ini sedap dibaca.

Gunakan sistem tanda bacaan yang betul.

Februari 19, 2008 7:46 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Po,
Dah malam dah niiiii - dah baca sekali lagi tak, Awang weh?

Purp,
Kau gantung anting2 kat pelupuk mata kau ke? Ha ha.

Tapai,
PENABUR? Ha ha. Tunggu2, kejap lagi baru nak takbur weh!

Cik,
Pssst! Dengar ceritanya, bulan Jun, tukar yang lain. well, entahkan betul entahkan tidak. Ha ha.

Amyz,
Pengacau - bukan kira musim, dek! HA HA.

Water,
Mana ada kompelikated-nya weh?

Puan Ainon,
Ok, projek PTS yang sedang diusahakan ini (kalau ada stamina le ye hak hak hak) - saya akan menggunakan tanda baca yang baku.

Februari 19, 2008 9:06 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

beratnya mata nak baca. nak kata sebab ubat kuning tak jugak kot.

Februari 20, 2008 8:43 PG

 
Blogger zizie ali said...

kacau. kalau tak kacau, berkerak.

Februari 20, 2008 3:24 PTG

 
Blogger Unknown said...

oooOOoooooo panggil penulis jemputan? kira dtg pakai paracut kah hak! hak!

Februari 20, 2008 3:37 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Dug,
:)

Zz,
Kena tangkap; kena pasung nanti bang. Ha ha.

Amora,
Jemput datang ke Maskara. Paracut disediakan. Ha ha.

Februari 20, 2008 11:01 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

... dan meGAH.

Februari 21, 2008 9:52 PG

 

Catat Ulasan

<< Home