Jangan makan itu rerama
Malam masih di separuh masa pertama. Hujan merenyai. Jalan menyesak. Jonos tersesat. Aku merokok. Bart mengambil gambar itu ini itu ini.
Aku suruh Bart baca sajak. Atau bacalah apa-apa sahaja.
Bart tak mahu. Perut dia masih ada rerama, katanya. Muka dia kelihatan sungguh lonjong apabila dihimpit rerambut lurusnya yang panjang berjurai di kiri dan kanan.
Aku pandang juadah di atas meja. Ada kek gulung Swiss. Ada teh o panas.
Tak ada pula rerama!
21 Comments:
makan gulunganorangswitzelen tu nanti ada mentegaterbang kat lam perut kau, mujur ada teh o panas...
kekekekek...
September 11, 2007 12:27 PG
Hahaha. Mana nak ada rerama atas meja tu? Bart dah makan dah. Ya. Aku pun ada rerama dalam perut juga.
September 11, 2007 7:54 PG
hahah, cute!
September 11, 2007 8:26 PG
Chik,
:)
Amyz,
Mana kau orang berdua dapat rerama?
Fadz,
Siapa cute? Bart????
Ha ha.
September 11, 2007 8:45 PG
Aku sudah lebih sepuluh tahun mengamal.
Sampai kini, setiap kali ada bicara..rerama akan tetap ada di dalam perut aku.
Masa mula-mula mengamal dulu, besar reramanya.Kini, sudah menjadi kecil.Mungkin, rerama besar dulu sudah bercucu dan cucunya memulas-mulas perut aku.
Sekadar bermain,mungkin.
September 11, 2007 8:46 PG
kek gulung swiss itu perisa apa agaknya ek?
September 11, 2007 8:50 PG
YA aku sesat! Sebab ikut rerama terbanglah Naga!!
Aha-ha!
September 11, 2007 9:57 PG
rerama?! masak apa?! boleh makan ke?! macam mana nak siang?! ke goreng terus?! belalang lain la...
September 11, 2007 10:05 PG
Itu rama rama betina la, ada 2 ekor. Kalau rama rama jantan aku tak kisah.
September 11, 2007 12:25 PTG
Po,
Rerame ade di dalam perut sesiapa sahaje. :)
Sas,
Warna hijau. Perisa pandang aku rase.
Jonos,
Hujan. Tak basah ke sayap?
Jai,
Ha ha.
Bart,
Erk hemmmm! Ada dua tu - bagi le kat aku sekor! Tiap-tiap bulan aku asyik berkepit dengan Vovin je - bosan juga.
Muerekekekkekekekkeekkeee...
September 11, 2007 12:54 PTG
vovin kan rerama gergasi sesuai la tu
September 11, 2007 2:36 PTG
Comelnya alasan....
September 11, 2007 2:47 PTG
rerama? dalam perut? wah! mesti cantikkan berterbangan berkawan-kawan di dalam ruang yg sempit itu. Sungguh mengharukan.
owh! *Puff*
September 11, 2007 5:30 PTG
owh! lupa nak komplen.. sungguh serius bangat [mungkin konsentrate] brader jigo sewaktu memandu utk ke opisnya itu. Wakakakaka...!
September 11, 2007 5:33 PTG
re... re... je... je... de... imbuhan yang dulu dipopularkan oleh Kemala, lalu menjadi ikut-ikutan penyair-penyair amatur.
rama-rama = rerama
jari-jari = jejari
daun-daun = dedaun
pari-pari = pepari
pijat-pijat = pepijat
September 12, 2007 12:08 PG
Butterfly Effect adalah salah satu filem kegemaran saya.
September 12, 2007 4:48 PG
Jai,
Vovin bukan rerama. Dia reramas. Ha ha.
Purp,
Ya. Bart sesangat comel.
Nura,
Dalam perut aku ada cecacing. Ha ha.
Puan,
Saya ingin tambah lagi:
Gopa selalu tulis - KELELAWAR. Ha ha.
Tanah,
Pernah tengok filem Madam Rerama?
HA HA.
September 12, 2007 9:20 PG
bro! temankan bart pi nikah kah atau blind date? butterflies in the stomach...?
September 12, 2007 2:13 PTG
Amora,
Bart suka yang bertudung tu, walau yang tidak tu sungguh mengebu-gebu dan 'penuh'. Woo!
Aku? Aku peratikan sajalah. :)
September 12, 2007 3:36 PTG
Tak basah sebab aku sapu ubat gegat.
September 12, 2007 9:06 PTG
hahaha,..klakanya..tapi tak paham..
September 18, 2007 4:59 PTG
Catat Ulasan
<< Home