"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

27 September 2011

Katarsis 1

Matanya membuntang. Keningnya menggumal. Suaranya menggumam. Liurnya menggumpal. Uraturatnya mengejang. Yang tinggal hanyalah bunyi nafasnya yang menderas dan bunyi kipas siling yang berpusing dengan kelajuan amat perlahan. Fikirannya kosong - hah, otaknya telah tiada!

Hanya, ketika dia bersusahsusah untuk bangkit dari pembaringan, barulah diketahui bahawa otaknya telah melurut dan membongkah di tempurung lutut, alahai!

Dia mengurut dada dan mengucap syukur.

14 Comments:

Blogger Fahmi Ismail said...

Pembersihan diri? atau penyucian jiwa?

September 27, 2011 12:27 PTG

 
Blogger Cik Ina Do Do Cheng said...

maksudnya apa tu?otak letak kat lutut ke? bahasa ko mendalam sangat buat otak cik ina beku.

September 27, 2011 12:52 PTG

 
Blogger Hantu Kak Limah said...

seb baik masih bernafas lagi..:)keh..keh..keh..

September 27, 2011 2:40 PTG

 
Blogger Nizam.Ariff said...

aku salahkan kipas yang berpusing perlahan tu...

dia puncanya..

September 27, 2011 5:11 PTG

 
Blogger Kazman myPillBoard said...

Sebelum otaknya sampai ke lutut, perlu melalui bahagian tengah badan.

September 27, 2011 8:07 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Fahmi,
:)

DDC,
HA HA.

Kak Lim,
HA HA.

Aku,
HAHAHAHAHAHAHHAHAHA...

Kaz,
Entahlah. :)

September 27, 2011 10:13 PTG

 
Blogger pye:rudz said...

zombie kah?

September 28, 2011 12:31 PTG

 
Blogger Lagenda said...

terlalu bodo untuk faham apa yang berlaku. huhui..

September 28, 2011 5:46 PTG

 
Blogger Corey said...

Jadiiiii...sup gearbox yang gua makan selama ini adalah otak? Begitukah halnya bang naga eh?

September 28, 2011 8:06 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Pye,
:)

Lag,
:)

Corey,
Lebih kuranglah. HA HA.

September 29, 2011 10:02 PG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

Baru tau..Kalau otak kat lutut masih boleh bersyukur..haha

September 29, 2011 5:07 PTG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

September 29, 2011 5:08 PTG

 
Blogger kepollica said...

Otak dan lutut! Kan lebih korang bai...

Oktober 03, 2011 1:22 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Mut,
Keh keh keh.

Kep,
HA HA.

Oktober 05, 2011 10:14 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home